Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

17/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@alamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


"Oops, bukti itu palsu"

http://www.yt.org/article.php?sid=1163 
Mac 17, 2003 @ 01:14:25 EST)

Power and Interest News Report (PINR)

(PINR) -- Dalam beberapa minggu ini, susunan dunia akan datang akan ditentukan. Jika pentadbiran Bush memilih menakluki Iraq selepas gagal mendapatkan kelulusan PBB, satu 'precedent' (yakni pertama kali berlaku) akan terhasil yang menggalakkan negara-negara membuat polisi secara bersedirian bukan secara berkumpulan. Kegagalan PBB untuk menyekat Amerika mungkin akab memupuk ombak baru nasionalism, dimana sesebuah negara itu tidak lagi berasa sellamt berada di bawah payung perjanjian dan persepakatan antarabangsa. Ini akan melemahkan kerjasama antarabangsa dan meningkatkan kemungkinan kepada lebih banyak konflik di seluruh dunia.

Amerika, bekas penggalak kepada kerjasama dan perkumpulan PBB, telah mengubah polisi nasionalnya dengan mengambil tindakan bersendirian dimana kepentingan Amerika lebih diutamakan berbanding perkara-perkara lain. Menarik diri dari perjanjian Anti-Peluru Berpandu 1972 (Anti-Ballistic Missile Treaty), menolak protokol perjanjian senjata bio, melupakan protokol Kyoto dan mengugut untuk menyerang sebelum diserang adalah semuanya kesan dari polis nasionalism dan unilateralism (bertindak sendiri) Amerika yang diperkenalkan oleh pentadbiran sekarang.

Keputusan samada menakluki Iraq amat penting untuk susunan dunia akan datang. Jika Amerika menakluki Iraq tanpa mendapat kelulusan Majlis Keselamatan yang membenarkan penaklukan, ia sah mengikutu polisi nasionalis dan unilateralis dan bukannya polisi internasionalis, multilateral. Sebaik sahaja Amerika melupakan polisi multilateralisma, negara-negara lain akan mengikut jejak itu untuk menjaga kepentingan mereka yang tidak lagi dijamin oleh perjanjian dan kumpulan antarabangsa.

Polisi Korea Utara mempamirkan perubahan ini. Pyongyang tidak lagi berasa selamat dengan jaminan antarabangsa dan kini sedang mempertingkatkan tenteranya dengan mengeluarkan senjata-senjata nuklear yang mampu menentang kekerasan Amerika. Iran juga telah bertindakbalas terhadap kerakusan A.S. bertindak di luar institusi antarabangsa seperti PBB. Tehran melahirkan hasrat untuk mengawal setiap aspek program tenaga nuklearnya, termasuk memproses bahanapinya - satu prosedur yang boleh digunakan untuk mengeluarkan senjata nuklear. Jika negara-negara besar lain juga melupakan persepakatan (multilateralism), persepakatan dunia akan diganti oleh persepakatan lebih kecil yang mengambil contoh yang dibuat oleh pentadbiran Bush dengan "persepakatan mereka yang bersedia"nya.

Kuasa-kuasa besar seperti Perancis, Jerman, Russia dan China membantah penaklukan A.S. keatas Iraq oleh kerana tindakan itu mengabaikan persepakatan bersama. Sebab-sebab negara-negara besar tidak mahu meninggalkan persepakatan bersama ialah kerana A.S. mempamirkan tahap penguasaan ekonomi dan tentera yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Negara-negara lain ini akan mendapati sukar untuk mempastikan kepentingan negara mereka di dalam dunia yang dikuasai kuasa besar yang mengabaikan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Walaubagaimanapun, jika A.S. benar-benar mengabaikan persepakatan bersama dengan menakluki Iraq tanpa kebenaran PBB, negara-negara seperti Perancis, Jerman, Russia, dan China juga akan melupakan persepakatan bersama untuk memastikan kepentingan negara sendiri di hadapan sebuah kuasa yang tidak menghiraukan perjanjian antarabangsa.

Bahaya ini sudah semakin jelas di kalangan Kesatuan Eropah. Rancangan awal penyatuan Eropah ialah untuk menyatukan Eropah. Tetapi, untuk melemahkan bantahan Kesatuan Eropah terhadap rancangan A.S. untuk memerangi Iraq, pentadbiran Bush membahagikan benua itu kepada "Eropah Lama", dan "Eropah Baru." Dengan cara mendapatkan sokongan negara-negara yang mahu menjadi ahli E.U., A.S. mempekecilkan kesepakatan E.U., menyebabkan negara-negara tersebut untuk menyebelahi Washington daripada menyebelahi negara-negara Eropah yang lain. Ini memperkecilkan negara-negara ahli sedia ada dan menyebabkan penggubal dasar E.U mengkaji semula cadangan untuk menyatukan seluruh Eropah; risau akan kehilangan pengaruh terhadap polisi E.U kepada kepentingan A.S. yang tidak lagi sama dengan kepentingan mereka, semangat kebangsaan Perancis yang muncul kembali kini sedang cuba mengekalkan pengaruh mereka terhadap pertubuhan itu.

OLeh itu, perdebatan mengenai Iraq sebenarnya perkelahian mendapatkan kuasa di peringkat dunia. Mereka yang percayakan semangat persepakatan seperti memang lebih suka jika A.S. mendapat mandat PBB, atau satu pakatan yang lebih besar sebelum menakluki Iraq. Tujuan Powell ialah dia tidak mahu A.S. secara keras membelakangi persepakatan bersama  oleh kerana itu mungkin akan merosakkan kepentingan A.S. untuk jangka panjang. Mereka yang digelar "helang" ("hawks") pentadbiran yang ada hubungan dengan Pentagon tidak begitu peduli dengan kegagalan A.S. mendapatkan sokongan antarabangsa. Nasionalis-nasionalis ini mahy melihat A.S. tidak terikat dengan perjanjian antarabangsa, dan hanya bertindak berdasarkan kepentingan jangka pendeknya walaupun ia menimbulkan kemarahan negara-negara besar lain. Sehingga kini, "helang-helang" ini mengawal keadaan, yang terbukti dengan kesediaan A.S. menyerang Iraq dengan atau tanpa sokongan PBB.

Jika A.S. terus mempamirkan semangat kebangsaannya dan menakluki Iraq tanpa kelulusan PBB, sentimen kebangsaan akan menular di seluruh dunia. Jika ini berlaku, kemungkinan untuk konflik akan bertambah oleh kerana pertubuhan antarabangsa menjadi lemah dan kemungkinan berlakunya pertembungan antara kepentingan negara-negara lebih tinggi.

Erich Marquardt menulis laporan ini.

 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia