Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

 

: : 15/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud

Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, bukan komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 

 

 

Bush mem'veto' rancangan perang ke atas Syria
http://www.guardian.co.uk/Iraq/Story/0,2763,937105,00.html
Julian Borger di Washington, Michael White, Ewen MacAskill di Kuwait City dan Nicholas Watt
Selasa April 15, 2003
The Guardian


Rumah Putih secara peribadinya tidak menerima cadangan-cadangan supaya AS menyerang Iraq pula selepas berjaya di Iraq, dan telah menyekat rancangan awal kempen seumpama itu di Pentagon, akhbar the Guardian dimaklumkan semalam.

Beberapa minggu lepas, setiausaha pertahanan AS, Donald Rumsfeld, mengarahkan rancangan-rancangan kecemasan untuk perang keatas Syria seleaps kejatuhan Baghdad

Dalam pada itu, pembantu beliau untuk polisi, Doug Feith, dan William Luti, ketua pejabat rancangan-rancangan khas Pentagon, diminta untuk membuat laporan ringkas untuk perang keatas Syria, sambil menggariskan peranannya membekalkan senjata-senjata kepada Saddam Hussein, hubungannya dengan kumpulan-kumpulan pengganas Timur Tengah dan didakwa mempunyai program senjata kimia tahap tinggi. Kedua-dua Mr Feith dan Mr Luti merupakan orang penting yang memujuk Rumah Putih untuk memerangi Iraq.

Mr Feith dan lain-lain dari puak konservatif kini memainkan peranan penting dalam pentadbiran Bush, memaklumkan kerajaan Israel pada tahun 1996 bahawa ia mampu "menyediakan persekitan straregiknya...dengan melemahkan, mengepung, malah melumpuhkan Syria".

Walaibagaimanapun, Presiden George Bush, yang akan menghadapi pilihanraya presiden tahun depan dengan tanggungjawab membina semula dua negara yang lumpuh iaitu Afghanistan dan Iraq, dikatakan telah memberhentikan perbincangan di kalangan penasihat-penasihatnya mengenai kemungkinan "perang terhadap keganasan" keatas Syria.

"Perbincangan mengenai Syria tidak kemana-mana. Pada amnya, Rumah Putih menghentikan perbincangan itu," satu sumber risikan di Washington memaklumkan akhbar the Guardian.

Berdepan dengan kegusaran mengenai kemungkinan konflik yang baru, Tony Blair memberikan jaminan kepada ahli-ahli parlimenya semalam bahawa Britain dan AS "tidak ada apa-apa rancangan" untuk menawan jiran Iraq.

Sambil menafikan kerisauan penaklukan oleh Britain-Amerika sebagai satu lagi "teori konspirasi", perdana menteri itu berkata Mr Bush tidak pernah menyebut mengenai perang keatas Syria dalam perbincangan-perbincangan mereka.

"Saya berpeluang untuk sering bercakap dengan presiden Amerika dan saya boleh jamin tiada rancangan untuk menakluki Syria," kata beliau. "Tiada seorang pun dari kedua-dua benua, setakat yangf saya tahu, berkata ada rancangan sedemikian."

Pentadbiran Bush walaubagaimanapun bertekad untuk menggunakan pengaruh ketenteraannya di kawasan itu untuk memberikan tekanan diplomatik dan ekonomi keatas Damaskus dan menyelesaikan masalah-masalah lama, termasuk ancaman puak Hizbullah. Hamas, dan Islamik Jihad  yang disokong Damaskus terhadap Israel, dan senjata-senjata kmia yang dimiliki Syria.

Mr Rumsfeld mengulangi tuduhan-tuduhan semalam bahawa Syria telah menguji senjata-senjata kmia sejak 12 hingga 15 bulan lalu. Walaupbagaimanapun, Syria tidak menandatangani perjanjian senjata kimia dan tidak melanggar sebarang undang-undang antarabangsa jikapun ia memiliknya. Ia juga tidak disyaki menjual sebarang senjata kimi kepada pihak lain.

Seorang pegawai pentadbiran AS bersetuju: "Mereka tidak melakukan apa-apa tindakan yang membolehkan kita mengambil tindakan ketenteraan."

Mr Blair menjelaskan kepada Syria semalam bahawa ia tidak boleh menerima pelarian politik tertinggi [Iraq] ataupun senjata pemusnah ramai dari Iraq.

"Amat penting untuk Syria tidak melindungi mana-mana orang dari rejim Saddam atau membenarkan pemindahan barang-barang dari Iraq ke Syria. Saya telah bercakap dengan Presiden Assad dan memberikan jaminan kepada saya itu tidak berlaku dan saya katakan kepadanya yang pentingnya jaminan itu adalah sahih," kata Mr Blair kepada ahli-ahli parlimen.

Seorang diplomat di Washington yang rapat dengan pihak pentadbiran bersetuju tiada tanda-tanda tindakan ketenteraan akan diambil.

"Tidak menjadi persoalan mengenainya do Rumah Putih," kata diplomat itu, sambil menekankan tentera Syria lebih kuat berbanding tentera Iraq yang lumpuh. "Orang yang berpijak di bumi nyata tidak akan menganggap perkara ini lebih dari kebisingan sahaja."

Sebaliknya, pihak pentadbiran menjangkakan kehilangan pendapatan dari penyeludupan senjata dan minyak ke dan dari Iraq akan membuatkan Damaskus lebih lemah dalam menghadapi tekanan ekonomi.  Kongress sedang meneliti akta pertanggungjawaban Syria, yang boleh mengenakan tekanan yang kuat terhadap Damaskus.

Pegawai-pegawai Britain mengesahkan, seperti pihak AS, mereka juga gusar dengan tindak-tanduk terbaru Syria dan pembiyaiannya untuk keganasan Palestin. Tetapi Mr Blair teah berlembut dengan Bashar al-Assad, presidenya yang berpendidikan Britain, dan mengambil sikap lebih bertolak-ansur terhadap Damaskus.

"Ia seumpama polis baik dan polis jahat," kata seorang pegawai Whitehall mengenai sikap lebih keras pihak AS.

Laporan ceria kemengan oleh perdana menteri dicacatkan oleh syak-wasangkan dari kedua-dua pihak berdasarkan laporan-laporan dari Washington bahawa 'helang' (orang kuat)  Bush mahu meneruskan serangan terhadap rejim Ba'athist yang bersebelahan [Syria]. Nampak jelas tergamam, Mr Blair menafikan "teori konspirasi" itu dan menegaskan dia bertekad untuk menguruskan Syria secara diplomasi.

Kenyataan-kenyataannya datang beberapa jam selepas setiausaha luar, Jack Straw, memberikan amaran kepada Mr Assad bahawa dia perlu menghadapi "realiti baru" dunia selepas Saddam. Ketika memberi ucapan di Kuwait dalam lawatan empat-negara Teluknya, Mr Straw berkata: "Ada beberapa persoalan yang amat penting untuk dijawab Syria dengan cara berkerjamsama."

Kenyataan kerasnya diulangi oleh setiausaha pertahanan, Geoff Hoon, yang memberikan amaran bahawa Britain ada masalah mengenai keinginan Syria untuk membina senjata pembunuh awam.

Mr Hoon merujuk kepada laporan kerajaan, yang dibentangkan di parlimen bulan Februari tahun lepas, yang menimbukan persoalan mengenai program senjata Syria. Dokumen itu menyebut Syria ialah salah satu dari lima negara-negara yang cuba "mendapatkan simpanan peluru berpandu balisitik jaraj-jauh". Negara-negara lain ialah Korea Utara, Iran, Iraq dan Libya.

Duta Syria ke London dengan marah menolak cadangan-cadangan bahawa Damaksus mempunyai sebarang senjata pemusnah atau melindung anggota-anggota rejim Saddam. Mouafak Nassar memberitahu rancangan The World at One di Radio 4: "Saya akan kata saya pelik kenapa mereka mensasarkan satu demi satu negara Arab. Mereka tidak menghiraukan sama sekali negara yang memang mempunyai senjata pemusnah awam- Israel."

Britain menggariskan kesungguhannya untuk diplomasi apabila menteri muda Pejabat Luar, Mike O'Brien, bertemu Mr Assad di Damascus semalam.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia