Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 12/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Kita mahu kamu sedar kini, untuk kali ke empat dalam 100 tahun, negara ini dan rakan-rakannya sedang mara...Woolsey -

 

Mara ke Damaskus Selepas Ini!
4/10/2003 - Political - Article Ref: WD0304-1928

http://iviews.com/Articles/articles.asp?ref=WD0304-1928


oleh: Patrick J. Buchanan
WorldNetDaily* -


Tony Blair meyakinkan rakyatnya Amerika Syarikat tidak berniat untuk menyerang Syria atau Iran. Collin Powell pula meyakinkan dunia Islam Amerika Syarikat tidak berniat menyerang Syria atau Iran.

Tetapi adakah perdana menteri Britain atau setiausaha negara AS menjelaskan kenyataan mereka kepada Richard Perler? Ini kerana Parti Perang itu mempunyai 'hidung yang sedang berdarah' (yakni suka berperang-sic) dan sedang berniat untuk mara ke Damaskus.

Ketika berucap di UCLA untuk pertubuhan Americans for Victory over Terrorism, seorang orang kuat Parti Perang,  bekas Pengarah CIA James Woolsey mengumumkan perang ini menjangkau pembebasan Iraq. Kita sedang berperang dalam "Perang Dunia ke-4,," kata Woolsey, "satu perang yang akan berlanjutan lebih lama dari Perang-perang Dunia 1 atau ke-2."

Mush-musuh kita bukan hanya al-Qaida, tetapi pemimpin-pemimpin agama Iran dan puak 'fascis' Iraq dan Syria. "Ketika kita mara ke Asia Tengah," tambah, "kita akan menyebabkan ramai orang menjadi amat gelisah."

Secara khususnya, siapa? Mesir dan Arab Saudi.

"Kami mahu kamu gelisah," kata Woolsey kepada dua rakan yang kini masih diperlukan. "Kita mahu kamu sedar kini, untuk kali ke empat dalam 100 tahun, negara ini dan rakan-rakannya sedang mara dan kita menyokong mereka yang kamu - kepimpinan Mubarak, keluarga diraja Saudi - paling takuti. Kita menyokong rakyat kamu sendiri."

"Perang Dunia ke-4" ialah panggilan yang dipopularkan oleh miltan Zionis Norman Podhoretz, yang telah mencadangkan idea perang keatas lebih dari enam atau tujuh negara-negara Arab. Kenapa seseorang itu perlu risaukan kenyataan Woolsey?

Ini ialah kerana Woolsey yang sedang ditimbang untuk memegang jawatan penting dalam usaha AS membinas semula Iraq. Lebih dari itu, Woolsey seolah-olah mengulangi kenyataan-kenyataan John Bolton dari [Jabatan] Negara dan Ariel Sharon dari Israel yang telah mencadangkan agar Amerika Syarikat memusnahkan Iran dan Syria sejurus selepas kejatuhan Baghdad.

Ini ialah masa emas untuk puak konservatif baru, dan mereka tidak berniat untuk melepaskan peluang ini untuk mengubah rupa Asia Tengah menurut imej mereka. Malahan, sebelum perang keatas Baghdad bermula pun, pertelingkahan mengenai siapa yang akan memerintah Iraq telah berjalan.

Tony Blair mahukan PBB mengambil peranan utama. Tapi tidak menarik langsung. Kebencian terhadap PBB amat berleluasa di kalangan [pentadbiran] AS. Sebarang rancangan untuk memberikan Majlis Keselamatan, dimana Perancis mempunyai veto, peranan penting dalam pentadbiran Iraq selepas Saddam akan terus dimatikan. Memang sepatutnya begitu. Perang ini, kata Presiden Bush, akan dilancarkan atas kepentingan utama AS. Dan PBB, dengan sikap kerasnya yang jelas terhadap Amerika, tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan-kepentingan itu.

Jika PBB tidak diambil kira, persoalan mengenai komposisi pentadbiran AS akan menimbulkan persoalan. Sehingga kini, yang dikatakan akan mengetuainya ialah Lt. Jen (bersara) Jay Garner, yang mengepalai misi bantuan di kawasan Kurdish selepas operasi. Tetapi Garner bermasalah.

Pada tahun 1998, belau menyertai satu rombongan ke Israel yang ditaja oleh Institut Yahudi untuk Hal-ehwal Keselamatan Negara ('Jewish Institute for National Security Affairs', sebuah kumpulan lobi Israel. Apabila intifada bermula pada tahun 2000, Garner ialah salah seorangd ari 26 pemimpin-pemimpin tentera AS yang menandatangani satu kenyataan yang dikeluarkan JINSA, yang sama dengan pandangan Parti Likud bahawa semua keganasan ialah diatas kesalahan pihak Palestin. Bijakkah untuk melantik seorang jeneral JINSA mengetuai pasukan yang membina semula sebuah negara Arab yang diaibkan?

Persoalan-persoalan lain ialah: Adakah James Woolsey, yang mengumumkan bahawa polisi AS ialah untuk memerangi Syria dan Iran dan memporak-perandakan kestabilan Arab Saudi dan Mesir, akan diberi peranan penting dalam pentadbiran Iraq?

Adakah orang yang disukai Perle, Ahmad Clahabi yang mengetuai Kongress Kebangsaan Iraq ('Iraqi National Congress), seorang orang salah di Jordan yang dijatuhkan kesalahan rasuah- akan memainkan peranan penting utama? Atau adakah rakyat Iraq akan memilih pemimpin-pemimpin mereka sendiri dari kalangan mereka sendiri yang sengsara di bawah Saddam? Samada negara ini ataupun CIA - yang memutuskan hubungan engan INC apabila Clahabi gagal bertanggungjawab terhadap kehilangan wang itu - tidak lagi mempercayai lelaki ini.

Amerika sedang berada di mercu kejayaan. Tetapi ketakutan dan kebencian terhadap Amerika di kalangan negara-negara Islam kini berada di tahap yang tiada seorang pun sedari sebelum ini. Presiden Bush berpeluang mengubah persepsi ini. Jika dia memenuhi komitmennya untuk membina semula Iraq yang telah dimusnahkan oleh sistem diktator, sekatan, dan perang, jika dia membenarkan rakyat Iraq memilij pemimpin-pemimpin mereka sendiri, jika dia memanggil semula pasukan-pasukan penakluk Amerika secepat mungkin, maka dia boleh menafikan mitos bahawa Amerika mahu membina empayar di dunia Islam.

Tetap dia perlu memberitahu Woolsey, Perle & dan sekutu-sekutunya bahawa dia, bukan mereka, yang membuat polisi-polisi luar AS. Semuanya terpulang kepadanya. Sebuah Republik atau Sebuah Empayar. Hanya presiden yang menentukannya. 

Patrick J. Buchanan telah dua kali mencalonkan diri untuk pemilihan presiden dari parti Republikan. Dan dia ialah calon dari parti Reform Party pada tahun 2000. Dia juga pengasas dan pengarang majalah baru, The American Conservative. Kini dia seorang komentator dan kolumnis. Dia pernah berkerja untuk tiga presiden di Rumah Putih, seorang penalis pengasas untuk tiga rancangan TV kebangsaan, dan penulis tujuh buku. 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia