Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 10/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Lidah Pengarang [Arab News] : Menentang Penaklukan

http://www.arabnews.com/Article.asp?ID=24985
10 April 2003

Imej-imej penduduk Iraq di Baghdad menari-nari di atas pecahan tapak patung Saddam Hussein kelmarin dialu-alukan oleh dunia yang bertamaddun. Saddam ialah seorang diktator dan dibenci oleh kebanyakan rakyatnya. Hakikat mereka dibebaskan darinya adalah sesuatu yang baik, dan untuk berkata sebaliknya bukan sahaja bodoh, tetapi juga kejam. Tetapi ada juga perkara yang tidak berubah.

Perdebatan mengenai perang ini bermula dengan keadaan yang silap. Ia berkata "samada anda bersama tentera AS/UK and usaha mereka menjatuhkan rejim Saddam, atau anda bersama Saddam". Ini silap kerana dunia dan masalahnya tidak boleh dengan sewenang-wenangnya dibahagikan kepada keadaan hitam dan putih, betul dan silap. Hanya diktator seperti Saddam sahaja yang berfikir sebegitu oleh kerana itulah caranya kepentingan mereka dapat dipelihara. Manakala dalam dunia yang nyata, tiada sebab untuk mereka yang menentang penaklukan AS/UK keatas Iraq berdasarkan prinsip yang menjangkau prinsip "bersama atau menentang kami" untuk mengubah pendapat mereka samada ujud sambutan atau tidak di Baghdad.

Kini amat penting, malahan lebih penting dari dahulu, untuk kita terus menumpukan perhatian kepada apa yang sedang berlaku. Rancangan untuk menakluki Iraq dibuat lebih lama sebelum tragedi 11 Sept oleh individu-individu yang kini menjadi anggota pentadbiran Bush. Mereka telah, dan masih mempunyai hubungan rapat degan banyak firma-firma banapi yang mempunyai kepentingan besar dengan minyak. Malahan, kelmarin dua orang anggota Senat AS dari parti Demokrat menuntut siasatan keatas kes Timbalan Presiden Dick Cheney dan pemberian kontrak minyak Iraq selepas [kejatuhan] Saddam.

Bagi rakyat Iraq, untuk dibebaskan dari pemerintahan diktator kemudiannya didedahkan kepada penderaan oleh pemimpin yang pro Zionis yang telah mengambil alih Rumah Putih ibarat seperti dilontarkan keluar dari kuali yang panas ke dalam api. Rakyat Iraq, seperti juga orang lain, perlu diberi peluang menentukan nasib mereka sendiri. Arab News dan lain-lain penerbitan yang mengambil pendirian menentang perang berbuat demikian kerana yakin penaklukan yang diketuai AS ke atas Iraq bukannya cara terbaik untuk membebaskan penduduk yang tinggal di dalam negara itu. Seperti yang ditunjukkan dalam kitaran sejarah, menjatuhkan sebuah rejim adalah mudah. Yang sukar ialah mengetahui apa yang perlu diisi selepas kekosongan itu. Bahayanya sekarang ialah, oleh kerana penakluk menawarkan sesuatu yang lebih baik dari Saddam untuk jangka pendek, mereka mungkin tidak tahu apa tujuan-tujuan jangka panjang para penakluk mereka.

Penduduk Iraq tidak patut menerima sesuatu yang kedua terbaik seperti kepimpinan demokrasi palsu yang dilantik oleh pentadbiran AS yang tamakkan mintak Iraq disamping mahu memastikan keselamatan Israel. Baghdad telah ditawan, Saddam telah melarikan diri dan parti Baath telah musnah. Tetapi kini mereka yang menentang perang ini mesti melipatgandakan protes mereka menentang penaklukan Amerika ini.

Rakyat Iraq kini, selepas melihat kejatuhan seorang diktator, tidak mungkin akan menerima penaklukan tentera di negara mereka. Semala, mereka berpesta, dan kita bergembira bersama mereka kerana kebebasan mereka. Tetapi hari ini cabaran mereka - dan cabaran kita - ialah memastikan hasil mahsul negara mereka tidak dicuri oleh para penakluk. Kerisuan bahwa kecurian ini akan pasti terjadilah yang menyebabkan majoriti penduduk dunia menentang penaklukan ini, dan untuk sebab yang sama ia akan terus menentang penaklukan atau eksploitasi ekonominya.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia