Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 12/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud

Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, bukan komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 



"Adakah ianya jadi pembebasan, penaklukan, atau anarki?"
Jumaat, 11 April, 2003 @ 14:09:53 CST 

http://yellowtimes.org/article.php?sid=1234

Ash Pulcifer oleh Ash Pulcifer
YellowTimes.org Columnist (United States)

(YellowTimes.org) -- Sebab kenapa kebanyakan pihak di dunia tidak yakin bahawa AS telah membebaskan Iraq ialah kerana kegagalan AS membebaskan Afghanistan. Kegagalan untuk menstabilkan, memberikan komitmen kepada Afghanistan merisaukan sekali, terutama di kalangan dunia Arab. Mereka risau fasa baru "pembebasan" akan mengikuti apa yang berlaku di Afghanistan.

Bukan hanya demokrasi tidak dibawa ke Afghanistan, tetapi negara itu, dilihat dari banyak piawaian, lebih teruk dari sebelum ia 'dibebaskan' AS. Walaupun puak Taliban kejam, sekurang-kurangnya mereka membawa kestabilan ke kebanyakan tempat, dan penduduk Afghan tahu apa yang akan berlaku di hari esok. Kini, masa depan merela tidak menentu oleh kerana penduduk Afghan tidak tahu samada mereka akan tersepit dalam pertempuran yang semakin menjadi-jadi diantara pejuang Islam dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (International Security Assistance Force - ISAF) di Kabul, atau menjadi sebahagian dari statistik ribuan orang awam yang terkorban akibat dari kemusnahan yang dibawa AS.

Keseluruhan negara di luar Kabul diperintah oleh ketua-ketua perang ('warlords') yang bertelingkah antara satu sama lain untuk mengukuhkan kuasa dan mereka sanggup membunuh untuk mencapainya. Salah seorang dari ketua perang itu ialah Jeneral Rashid Dostum yang menjadi rakan AS melawan Taliban; seorang pemberita Ahmed Rashid menceritakan mengenai pertemuannya dengan Dostum dalam bukunya Taliban: "Pertama kali saya tiba di pangkalan untuk menemui Dostum, terdapat kesan-kesan darah dan cebisan-cebisan daging di kawasan perkarangannya yang berlumpur. Saya bertanya para pengawal jika seekor kambing baharu sahaja disembelih. Mereka memberitahu saya sejam lalu, Dostum menghukum seorang askarnya kerana kesalahan mencuri. Lelaki itu diikat di kereta kebal buatan Russia, yang kemudiannya digerakkan di sekeliling kawasan pangkalan itu sehingga tubuhnya mencari daging hancur sambil Dostum dan pasukannya menyaksikannya."

Bukan hanya tidak menghentikan ketua-ketua perang ini dari mendera orang ramai, malahan tentera AS sering membantu mereka, menyokong satu ketua perang yang ganas melawan ketua perang yang lain. Semua usaha oleh kerajaan pusat dipimpin Hamid Karzai untuk melebarkan kuasa ISAF di luar Kabul ditolak oleh kerajaan Amerika Syarikat, yang risau pasukan pengaman akan membantutkan misi "pembersihan" oleh tentera AS di luar ibu negara. Malangnya sehingga kini, tidak kira sebanyak mana usaha pembersihan itu dilakukan, negara itu tidak menjadi lebih baik, malahan lebih teruk lagi dimana serangan-serangan roket keatas Kabul dan ibu pejabat ISAF berterusan.

Ramai yang mengesyaki AS berniat membiarkan Afghanistan tidak stabil dijadikan alasan bagi membolehkan AS terus berada di situ dan mengukuhkan pengaruhnya di Asia Tengah. Ini menyebabkan dunia, terutama Timur Tengah mengesaki pembebasan Iraq oleh AS, seperti di Afghanistan, akan bertukar menjadi penaklukan.

Kalaupun AS mencuba sedaya upaya unntuk menenangkan Afghanistan, ianya tidak berkesan untuk menghilangkan kerisauan penduduk dunia: Jika AS tidak mampu mempertingkatkan masyarakat Afghan selepas 'pembebasan'nya, jadi bagaimana seseorang itu boleh meletakkan nyawa penduduk awam Iraq di tangan pentadbiran yang hanya menukarkan sekumpulan penjahat dengan sebuah anarki? Bagaimanakah sebuah negara yang gagal menyekat Afghanistan dari hampir kepada sebuah perang saudara mampu menyekat perang saudara dari berlaku di Iraq, dimana pelbagai puak bangsa dan agama saling bertelingkah antara satu sama lain sejak lama?

Inilah sebab-sebabnya kenapa kebanyakan pihak dunia tidak yakin dengan Operasi Pembebasan Iraq ('Operation Iraqi Freedom'). Jika AS gagal membawa peraturan di Iraq seperti kegagalannya di Afghanistan, akibatnya akan menjadi lebih buruk dari kekejaman rejim Saddam Hussein. Mereka yang mengkritik campurtangan ketenteraan AS di Iraq percaya AS sepatutnya terus menggunakan tekanan diplomatik untuk memaksa Saddam berubah dari mencipta kekosongan kuasa di sebuah negara yang mempunyai sejarah menentang penaklukan asing dan sejarah kediktatoran.

Untuk sementara waktu, tidak banyak yang boleh kita buat selain dari melihat pentadbiran Bush cuba mencapai rancangan-rancangannya di Iraq. Samada ianya menjadi pembebasan, penaklukan, atau anarki, keputusannya perlu dinantikan.

[Ash Pulcifer, seorang aktivitis untuk hak asasi antarbangsa, tinggal di AS. Ash tidak dapat menerima bahawa dunia melupakan orang yang kurang bernasib baik di kalangan manusia yang terpaksa hidup melarat dan perang saudara.]

Ash Pulcifer menggalakkan komen anda: apulcifer@YellowTimes.org


:: MukaDepan   :: Berita Dunia