Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

24/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Korban A.S. menimbulkan risiko
 http://msnbc.com/news/889892_asp.htm?0cv=CB10
Taktik Iraq menimbulkan ketidakyakinan dengan strategi perang   Image: Memorial For Fallen U.S. Marines
U.S. Marine Staff Sgt. Ramon Villa memainkan  'bugle' di pangkalan udara di Kuwait pada lewat petang Ahad tanda mengakhiri upacara pengkebumian empat askar Marin yang terbunuh dalam kemalangan helikpter di selatan Basra minggu lepask.
 
oleh Thomas E. Ricks
THE WASHINGTON POST
Mac 24 —  Tentera dan militia Iraq menggunakan serang hendap dan lain-lain taktik perang gerila yang menimbulkan risiko kepada strategi perang pantas Pentagon, mengorbankan nyawa askar A.S. dan menimbulkan tandatanya kepada keberkesanan usaha A.S. memujuk askar dan rakyat Iraq bahawa penuruan Presiden Saddam Hussein adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.
Selepas tiga hari menggempur tentera Iraq dan melabelkan kemaraan mereka menuju Baghdad sebagai  “the Baghdad 500,” askar-askar menemui beberapa tentangan sengit. Satu unit askar biasa Iraq menyerang hendap konvoi A.S. Ada juga yang memperdaya tentera A.S. dengan memalsukan penyerahan diri, dan ada yang menyamar sebagai orang awam. Di selatan, saki baki satu kumpulan tentera membawa senjata berat ke kawasan penempatan penduduk di Basra yang menyebabkan tentera A.S. dan Britain mengelak dari menembaknya.

Lt. Gen. John Abizaid, penolong komander A.S. untuk perang ini menyifatkan tentangan tentera Iraq sebagai membahayakan askar-askar A.S. tetapi menganggapnya tidak penting. "Kita berada dalam perancangan kita dan akan sampai di Baghdad tidak lama lagi," katanya ketika memberi taklimat di ibupejabat Pusat Arahan A.S. di Qatar.

Walaubagaimanapun, imej-imej yang ditayangkan di seluruh dunia menunjukkan askar-askar A.S. tertangkap atau mati dalam rumah mayat sementara di selatan Iraq menimbulkan sedikit ketidakyakinan kepada andaian yang digunakan dalam strategi perang A.S. Pegawai-pegawai Pentagon menjangkakkan tentera A.S. akan diterima umum sebagai pembebas, sekurang-kurangnya di kawasan Syiah di selatan. Pandangan itu mempengaruhi strategi perang berdasarkan sebahagiannya kepada sasaran mencapai kemenangan dengan memujuk rakyat Iraq dan tenteranya bahawa kerajaan Saddam akan ditamatkan.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Nampaknya pemimpin-pemimpin kerajaan Iraq masih utuh. "Kami membawa mereka ke dalam tasik, dan mereka tidak akan dapat keluar dari situ," tegas Menteri Penerangan Iraq Mohammed Saeed Sahhaf di Baghdad.

 

OPERASI PSIKOLOJI
Penentangan berterusan tentera Iraq juga menimbulkan tandatanya kepada keberkesanan operasi psikoloji terbesar pernah dibuat tentera A.S.  Sejak enam bulan lalu, kapalterbang A.S. menggugurkan lebih dari 25 juta kertas bernota keatas unit-unit tentera dan orang awam yang menggesa mereka supaya jangan menentang penaklukan ini. Kempen itu dibantu pula dengan siaran radio dan panggilan talipon kepada komander-komander unit yang mempelawa mereka untuk menyerah diri.

Ketiadaan penyerahan diri secara besar-besaran membayangkan komander-komander Iraq mungkin telah mempermain-mainkan harapan pihak A.S. yang menghubungi mereka. Komander A.S. menjangkakan askar-askar Iraq telah meninggalkan medan perang dan pulang ke rumah. Tetapi munasabah juga jika sebahagian dari unit-unit itu sedang mencuri masa sahaja.

Komander-komander A.S. yang akan memasuki Iraq sedar mereka melaksanakan pelan yang agak berisiko. Ia menyebabkan pasukan penakluk A.S. masuk ke Iraq di hujung perjalanan yang panjang dan tidak diawasi. Ia meminta unit-unit tentera A.S. bertindak hanya jika diserang sahaja. Dan ia memaksa mereka mengambil langkah berhati-hati untuk tidak membunuh orang awam.

Malahan, sekumpulan kereta kebal M1 Abrams dan Kenderaam Penyerang M2 Bradley yang mebawa bersama beribu-ribu tentera sedang mara ke ibu negara semalam, sehingga 100 batu dari bandaraya. itu.

Tetapi ketumbukan tentera itu terpaksa kembali ke Kuwait disebabkan oleh serang hendap dekat Nasiriyah semalam dimana 12 askar samada terbunuh atau ditawan.

Serangan itu "semoga menjadi pengajaran kepada setiap orang bahawa unit-unit tentera Iraq yang tidak melawan mampu menyerang hari esoknya," kata seorang pegawai tentera semalam. Beliau terus risau bahawa saiz tentera penakluk - satu pertiga saiz tentera untuk mengeluarkan tentera Iraq dari Kuwait pada tahun 1991 - terlalu kecil.

MARA KE UTARA

Pada barisan hadapan penaklukan, tentera A.S. melakukan apa yang mereka panggil operasi "pergerakan untuk berhubung", mara ke utara menuju Baghdad sehingga mereka bertembung dengan unit tentera lawan yang menentang. Berlainan dengan kempen untuk mengeluarkan tentera Iraq dari Kuwait pada tahun 1991, tentera Iraq kali ini tidak dibom  untuk berminggu-minggu oleh kapalterbang B-52 sebelum penaklukan darat. Ini disebabkan keseluruhan strategi A.S. diasaskan kepada pandangan bahawa kepimpinan Iraq, dan bukan tentera, yang menjadi musuh mereka. 

Satu lagi aspek cara Amerika ialah mengurangkan korban orang awam. Ini bererti penggunaan tatacara pertempuran yang agak menghadkan oleh tentera A.S. dan Britain, yang berkata mereka telah diberitahu supaya tidak menembak kecuali jika ditembak. Unit-unit Iraq di selatan mengambil kesempatan terhadap dasar ini.

Korban-korban tentera A.S. akan menimbulkan kritikan kepada risiko yang diambil komander-komander A.S. ini, kata Peter Feaver, seorang pakar keselamatan negara dari Duke University. “ Anda tidak ada masalah menemui kritikan-kritikan dari pegawai-pegawai tentera bahawa pelan perang ini terlalu berisiko," katanya. Tetapi, beliau menambah, pada pendapat saya "perkara penting mengenai pelan ini ialah ia meletakkan kejayaan misi mengatasi keselamatan pasukan tentera.”

Pakar-pakar tentera menjangkakan penentangan di selatan tidak tersusun dan kecil yang akan tamat dengan pantas. "Tidak mengejutkan." kata Kolonel bersara Marine Col. Gary Anderson, yang mengambil bahagian sebagai komander Iraq dalam beberapa permainan penakulan perang tentera A.S. Dalam permainan itu, yang dibuat untuk mencari kelemahan kepada pelan-pelan perang, beliau berkata, "Kami bertembung dengan tentangan yang lebih teruk (dalam permainan-pent).” Beliau berkata serangan Iraq tiada tumpuan dan kecil, hanya mampu menghentikan unit-unit kecil A.S. untuk sementara waktu tetapi tidak mampu melawan kemaraan tentera A.S. menuju Baghdad. Ketibaan pantas di ibu negara itu adalah objektif penting A.S..

Anderson berkata dia menumpukan kepada pertempuran dengan Pengawal Rebulikan di selatan  Baghdad, yang dijangkan akan berlaku dua tiga hari lagi. “Saya menunggu untuk melihat apa berlaku bila mereka bertembung dengan Medina division,” katanya, merujuk kepada satu dari unit Pengawal Republikan. “Pada masa itu barulah kita tahu bagaimana pencapaian kita.”
       
       © 2003 The Washington Post Company
       


:: MukaDepan   :: Berita Dunia