Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

13/03/03 


Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Turki Menambah Masalah Kepada Rancangan Perang Amerika

http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/articles/A17651-2003Mar12.html
Penggunaan Udara Perlu Keizinan Parllimen

 


Askar Turki berteriak kepada penunjuk perasaan di pelabuhan Iskkenderun, dimana Amerika menunggu kebenaran parlimen Turki untuk mula membawa masuk tentera bagi perang Iraq. (Valdrin Xhemaj -- AFP)

oleh Philip P. Pan
Servis Luar Negara Washington Post
Khamis, Mac 13, 2003

ANKARA, Turki, Mac 12 -- Dalam tindakan memperkukuhkan pendiriannya, para pemimpin Turki bertegas bahawa mereka perlukan kepastian mengenai Iraq selepas perang sebelum mengizinkan tentera Amerika memasuki Turki di kawasan berdekatan sempadan sebelum serangan. Dalam satu kesulitan yang baru, mereka juga enggan membenarkan Pentagon dari menggunakan ruang udara Turki tanpa keizinan parlimen.

Walaupun persediaan tentera Amerika di tempat lain sedang rancak, para pemimpin Turki nampaknya tidak begitu tergesa-gesa untuk mengadakan undian baru di parlimen bagi menentukan kemasukan tentera Amerika atau penggunaan ruang udara. Mereka yakin Amerika akan menunggu keputusan mereka oleh kerana penaklukan Iraq tanpa bantuan Turki akan menjadi lebih berisiko, mengambil masa lebih lama dan mengakibatkan lebih banyak kematian.

Tetapi pegawai Amerika berkata kerajaan Turki tersilap menilai keazaman pentadbiran Bush untuk bergerak pantas menyerang Iraq dan semakin tidak yakin dengan penglibatan Turki. Jika Turki tidak memberikan kerjasama penuh sebelum Presiden Bush mengarahkan perang, mereka memberi amaran, Turki mengambil risiko tidak akan menerima bantuan berbillion dollar dari Amerika dan memburukkan perhubungan dua hala.

"Ujud kerisauan bahawa penilaian mereka mengenai sikap Washingon tidak begitu tepat," kata seorang diplomat di ibu negara Ankara. "Harapan kita ialah Turki menyertai pakatan ini, tetapi masa semakin suntuk. Dunia sedang bertindak pantas, dan jika dunia bergerak ke peringkat seterusnya sementara Turki masih menunggu, itu bermakna Turki akan terkeluar (dari pakatan-sic)."

Perbezaan pendapat diantara Amerika dan Turki nampak jelas malam Isnin lalu ketika perbualan talipon diantara Bush dan Recep Tayyip Erdogan, ketua parti pemerintah Turki, Justice and Development Party yang sedang menyiapkan diri untuk menjadi perdana menteri. Mereka yang bermaklumat mengenai perbualan tersebut berkata Bush bertanyakan Erdogan mengenai isu ruangan udara tetapi tidak menerima komitmen beliau. Erdogan juga tidak berjaya mendapatkan kepastian mengenai orang-orang Turkmen di Iraq dan mengenai peranan Turki dalam menentukan kerajaan Iraq selepas perang, kata seorang pegawai Turki.

"Tiada perubahan baru berlaku," kata beliau.

Keengganan Turki untuk membenarkan Amerika menggunakan ruang udara memberikan masalah besar kepada Pentagon yang merancang menggunakan jet-jet pejuang dari pengkalan udara  Incirlik di selatan Turki dan dari armada laut pembawa pesawat yang berada di timur Mediterranean untuk menyerang Iraq. Tanpa menggunakan Turki, pegawai Pentagon terpaksa merancang menggunakan laluan yang lebih provokatif dari Israel dan melalui ruang udara Jordan.

Disamping itu, para perancang tentera Amerika merancang untuk menerbangkan tentera terus dari utara Iraq sebagai rancangan kedua ('back-up') jika Turki enggan membenarkan tentera Amerika dari 4th Infantry Divsion (tentera darat?) masuk menyeberangi sempadan Iraq. Banyak pesawat-pesawat Amerika yang membawa kereta kebal dan peralatan berat sedang menunggu di perairan Turki untuk mendapatkan kebenaran berlabuh dan membawa peralatan naik ke darat.

Walapun disokong oleh Erdogan, parlimen Turki menolak kemasukan tentera Amerika dengan tiga undi pada Mac 1. Pegawai Amerika telah mengharapkan Erdogan untuk mengadakan undian baru secepat mungkin, terutama selepas pemilihan beliau ke parlimen Ahad lepas yang membuka jalan kepada beliau untuk menjadi perdana menteri.

Tetapi Erdogan bertindak secara berhati-hati, jelas kerana risau mengenai kerosakan politik yang beliau alami selepas undian pertama dahulu, apabila lebih satu perempat dari ahli parlimen partinya tidak mengikut arahan parti. Presiden Turki telah meminta Erdogan membentuk kerajaan baru, tetapi beliau gagal menyerahkan senarai ahli kabinet baru kepada presiden hari ini untuk kelulusan seperti yang dijangka oleh penganalisa.

Ketika ditemui selepas mesyuarat di ibu pejabat parti, Erdogan enggan menjawab soalan yang menyentuh mengenai kepastian yang beliau minta dari Amerika. Bila ditanya bila beliau akan meminta parlimen membuat undian kedua, beliau menjawab: "Hingga kini itu belum lagi jelas."

Dengir Firat, salah seorang dari timbalan Erdogan dan orang no. 2 dalam parti, berkata Erdogan mungkin tidak akan menyempurnakan pembentukan kerajaan baru sehingga minggu depan. Tetapi Firat berkata undian mengenai kemasukan tentera Amerika tidak perlu menunggu sehingga kerajaan baru dibentuk jika pentadbiran Bush menyelesaikan kerisauan Erdogan.

"Kita ada beberapa kemusykilan, dan kita sedang menunggu jawapan-jawapannya,"kata Firat. "Jika Amerika menjawabnya hari ini, kita boleh mengadakan undian esok."

Pegawai Amerika berkata mereka telah mencuba beberapa kali untuk menyelesaikan kerisauan Turki, yang menyentuh mengenai pembentukan kerajaan Kurdish merdeka di utara Iraq. Turki risau negara sebegitu akan meyebabkan orang Turki berketurunan Kurdish membuat tuntutan yang sama dan memulakan perang baru di antara pejuang Kurdish dan tentera Turki, apa yang telah menghantui Turki sejak lebih dari dua dekad lepas.

Pegawai Amerika amat kecewa dengan permintaan Turki untuk mendapatkan lebih kepastian, sambil berkata mereka berulangkali menegaskan bantahan Amerika terhadap pembentukan negara Kurdish dan telah ada persetujuan persefahaman (MOU) yang lengkap diantara kedua-dua negara mengenai masa depan Iraq.

Sedat Ergin, seorang penganalisa politik dan kolumnis akhbar, berkata pegawai Turki risau mengenai komitmen Amerika dengan persetujuan itu. Bantahan dari orang Iraq berketurunan Kurdish terhadap kemasukan tentera Turki dari utara Iraq, kenyataan pemimpin Kurdish mengenai kemungkinan mengambil-alih telaga minyak di utara Iraq dan gambar-gambar penunjuk perasaan Kurdish membakar bendera Turki menyebabkan orang Turki mepersoalkan samada Amerika akan mengambil tindakan supaya orang Kurdish tidak bertindak sedemikian, katanya.

"Amerika dan Turki telah mecapai persetujuan, tetapi yang belum ada ialah perjanjian di antara Amerika dan orang Kurdish," kata beliau. "Turki berkata ia mahukan kepastian dari Washington, tetapi apa yang akan benar-benar akan membantu ialah kepastian dari puak Kurdish di Iraq."

Ergin berkata ugutan Amerika bahawa Turki tidak boleh mempengaruhi apa yang berlaku di utara Iraq kelak jika ia tidak membenarkan kemasukan tentera Amerika hanya memburukkan keadaan, kerana itu menyebabkan pegawai Turki menjadi lebih sangsi dengan niat Amerika.

"Ianya satu kitaran yang ganas," katanya.

2003 The Washington Post Company

:: ke MukaDepan