Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

 


Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Diplomat Amerika kedua letak jawatan sebab polisi di Iraq

Ihsan: Akhbar The Age, http://www.theage.com.au/articles/2003/03/11/1047144953819.html 

Mac 11 2003

Seorang diplomat veteran Amerika hari ini meletak jawatan kerana memprotes polisi Amerika keatas Iraq, menjadikan beliau pegawai luar negara kedua yang berbuat demikian dalam tempoh sebulan.

John Brown, yang menyertai Jabatan Negara pada tahun 1981, berkata dia meletak jawatan oleh kerana beliau tidak menyokong polisi Washington mengenai Iraq, yang beliau anggap akan menyuburkan sentimen benci-Amerika di seluruh dunia.

Dalam surat letak jawatannya kepada Setiausaha Negara Colin Powell, Brown berkata dia sependapat dengan J Brady Kiesling, diplomat di kedutaan Amerika di Athens yang meletak jawatan February lalu disebabkan oleh niat jelas Presiden George W Bush untuk berperang.

"Saya menyertai rakan saya John Brady Kiesling menyerahkan surat letak jawaran kepada Servis Luar Negara - berkuatkuasa serta-merta - oleh kerana saya tidak boleh menyokong rancangan perang Presiden Bush ke atas Iraq, " kata beliau.

"Di seluruh dunia, Amerika dikaitkan dengan pengunaan kekerasan yang tidak bersebab," kata Brown dalam suratnya, satu salinan diserahkan kepada AFP.

"Ketidak-endahan presiden kepada pandangan negara lain, disebabkan beliau tidak pedulikan aspek hubungan awam, membenihkan abad anti-Amerika," kata beliau.

"Saya menyertai Servis Luar Negara kerana saya sayangkan negara kita," Brown berkata. "Dengan hormatnya, Tuan Setiausaha, saya menamatkan semua ini, dengan perasaan yang berat tetapi diatas sebab yang sama ketika saya mengambil tugas ini dahulu."

Dua orang pegawai kanan Jabatan Negara mengesahkan bahawa Powell telah menerima surat dari Brown yang pernah berkhidmat di kedutaan Amerika di London, Prague, Krakow, Kiev, Belgrade dan Moscow sebelum ditugaskan sebagai diplomat-dalam-residen di Georgetown University in Washington.

Hanya Brown dan Kiesling dipercayai sebagai diplomat yang meletak jawatan dari Servis Luar disebablan krisis Iraq hingga ke tarikh ini.

:: ke MukaDepan