Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

21/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Di Baghdad
Kiluan Cahaya Di Langit

http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/articles/A64833-2003Mar20.html
Serangan Pendek tapi Bertalu-talu Menghujani Sebuah Bandaraya Tua

 


Marin dari Alpha Company, 1st Battalion, Regimental Combat Team 5, ditempatkan dekat telaga minyak di selatan Iraq yang dikatakan telah dibakar tentera Iraq. (Mark Avery -- Orange County Register Via AP)
oleh Anthony Shadid
Washington Post Foreign Service
Jumaat, Ma 21, 2003

BAGHDAD, Mach 20 -- Jam 8:50 malam, bunyi siren amaran membelah kesunyian malam. Untuk 20 minit, Baghdad menjadi bandar kaku. Ia menunggu, seperti hari-hari yang lalu. Ia mengintai-intai. Tiba-tiba pukulan membelah kesunyian.

Letupan besar berbunyi di ibu negara itu dari sebelah selatan yang hebat dipertahankan, menandakan serangan udara kedua untuk hari itu. Penggera kereta berbunyi, dan sebuah teksi bergerak laju melepasi ukiran permaidani terbang di tebing Sungai Tigris. 

Selepas beberapa minit, letupan-letupan dari satu perang moden menggegarkan bandar itu. Meriam-meriam anti-kapalterbang memuntahkan peluru-pelurunya. Kesan-kesan tembakan bertalu-talunya membentuk garisan bulat merah di langit. Seperti bintang yang bergemerlapan, kilauan cahaya mencerahkan malam yang gelap. Di ufuk, letupan-letupan yang berturut-turut membentuk cahaya yang mencerahkan ibu negara Iraq yang memang menunggu saat-saat perang sejak berbulan-bulan dan kini mendapati ia terpaksa menghadapinya sekali lagi.

Seperti serangan waktu pagi yang pendek tetapi bertalu-talu berlalu menjadi hari yang tenang, serangan waktu malam itu juga berhenti selepas sejam. Kesepian kembali semula. "Gegaran dan kegerunan" yang dijanjikan Pentagon belum lagi kelihatan. Namun, para penduduk memang mengharapkan serangan yang teruk yang dikhuatiri akan tiba juga.

Selepas letupan-letupan berhenti, bagunan 10-tingkat yang menempatkan TPM Tariq Aziz telah musnah. Bangunan itu terletak di tebing barat Sungai Tigris di kompleks utama presiden. Empat tingkat darinya terbakar sehingga lewat malam dengan cahayanya berkilauan di Sungai Tigris. Bangunan itu terkena sekurang-kurangnya dua bedilan dan kebakarannya mengeluarkan bau yang boleh dihidu sehingga sebatu jauhnya.

Tiada laporan tergempar mengenai keadaan Aziz, salah seorang dari orang yang paling dikenali dari kerajaan.

Serangan sebelah malam berakhir dengan pegawai-pegawai tertingi Iraq yang berpakaian uniform khaki hijau dan bertopi beret menampakkan kegembiraan kerana kegagalan tentera A.S. membunuh Saddam Hussein dalam serangan pertama itu.  Lebih dari 40 peluru berpandu dan bom berpanduan-tepat dibedil kearah sebuah kawasan penempatan yang dipercayai menjadi tempat Saddam bersembunyi, kata pegawai Amerika. Seorang jurucakap kerajaan berkata dalam satu kenyataan di radio Iraq malam ini bahawa serangan telah mensasarkan rumah-rumah peribadi Saddam, isteri, dan tiga anak-anak perempuannya.

Bangunan yang berdekatan dengan istana presiden, dikatakan menempatkan Kementerian Perancangan, juga turut terbakar dalam serangan malam ini. Namun, kebanyakan bedilan peluru berpandu dilaporkan mengena kawasan Pegawal Republikan di luar Baghdad. Laporan ini disahkan pegawai-pegawai A.S. di Washington.

Di dalam satu kenyataan yang disiarkan TV Iraq, pihak tentera Iraq berkata tentera A.S. menembak 72 peluru berpandu ketika serangan siang hari, membunuh empat askar dan mencederakan lima orang yang lain. Ia menyebut tentera Iraq menembak jatuh banyak dari peluru-peluru tesebut tanpa menyatakan jumlahnya. Ia juga mengesahkan penembakan peluru-peluru berpandu ke arah Kuwait dan ia juga berkata ia berjaya menangkis serangan musuh di Anbar, sebuah daerah padang pasir yang berpanjangan sehingga sempadan Jordan, 300 batu di barat.

Sepanjang serangan malam, TV Iraqi memainkan lagu-lagu patriotik dan menayangkan keratan-keratan yang menayangkan askar-askar yang memijak angsa (?) dan imej Saddam sedang menembak senapang ke udara, melambail-lambai kepada orang ramai, dan berjalan-jalan di dalam tempat-tempat suci Iraq. Lagu-lagu di radio Iraq sering diganggu oleh rayuan supaya rakyat Iraq menangkis penaklukan A.S. dan supaya percaya Tuhan bersama mereka.

"Kita dari satu bangsa yang masyhur, mulia dan baik hati," suara seorang wanita kedengaran di radio. Ia diikuti laungan: "Ya, ya, untuk Saddam Hussein."

Hussein muncul di kaca TV kerajaan tiga jam selepas serangan Subuh yang disasarkan untuk membunuh beliau dan anak-anak lelakinya, Uday and Qusay. Dia nampak terlalu lemah dan pucat menyebabkan sebahagian rakyat Iraq berpendapat yang muncul itu  mungkin bukan Hussein, tetapi penyamarnya.

Sambil memainkan tema yang memenuhi ucapan-ucapannya, dia mengindahkan kenyataan-kenyataannya dengan rujukan ugama dan menggunakan ayat-ayat Quran, kitab suci orang Islam. Dia menggunakan sejarah Iraq untuk menaikkan semangat mempertahankan diri. Dan seperti ketika Perang Teluk 1991, dia menyebut perjuangannya ialah untuk negara Palestin dan menganggap dirinya sebagai juara Palestin.

"Hidup jihad! Hidup Palestin!" laungnya, dengan bendera Iraq ditepinya.

Walaupun dia membayangkan Iraq tidak mampu mengalahkan tentera Amerika dengan teknoloji perang yang dimiliki A.S., beliau berjanji bahawa perang ini mungkin membawa kemenangan dengan cara melemahkan musuh mereka, satu tema biasa di kalangan pegawai-pegawai Iraq yang mengangap A.S. terlalu yakin.

"Kami berikrar dengan nama anda, dengan nama kepimpinan, dengan nama orang Iraq dan tenteranya yang berani, dan dengan nama Iraq, peradaban dan sejarahnya, bahawa kita akan menentang penakluk-penakluk kita," kata Hussein, yang bercakap menggunakan nota-nota dan memakai cermin maa hitam yang jarang beliau lakukan di khalayak umum. "InysaAllah, kita akan menentang mereka hingga kehilangan sabar dan harapan untuk mencapai rancangan mereka dan apa yang disuruh yang penjenayah Zionis menyuruh merea lakukan."

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kenyataan-kenyataan rasmi Iraq nampak lebih marah, dan kadang-kadang terdesak. Hussein dan lain-lain menganggap Bush sebagai orang bersalah dan penjenayah. Di sidang media mereka memperkecil-kecilkan beliau sebagai "Bush kecil." Retorik hari ini tiada bezanya. Menteri Maklumat Mohammed Saeed Sahhaf berkata usaha membunuh Saddam "membuktikan mereka pembunuh dan penjenayah."

Sahhaf berkata sekurang-kurangnya seorang orang awam terbunuh dalam serangan; pegawai hospital berkata 14 yang lain tercedera.

Mengulangi perkara yang sama, Menteri Perdagangan Mohammed Mehdi Saleh yakin terselamatnya Saddam memberikan keyakinan baru untuk kerajaan yang mana pegawai bawahannya sering berlawak mengenai kemaraan tentera A.S. yang pasti tiba.

"Saya fikir anda boleh rasai keyakinan dari rakyat sendiri," katanya dalam satu sidang media dimana dia bersalaman dengan orang asing yang menjadi perisai manusia secara suka rela di tempat simpanan bahan bijirin di Taji, 25 batu ke utara Baghdad.

Kerajaan telah mencari retorik yang boleh digunakan untuk meraih sokongan rakyat yang masih dihantui dua perang sejak tahun 1980 dan lebih dari dua dekad pemulauan ekonomi PBB. Hussein, seorang yang pernah menjadi pemimpin sekular yang kuat, telah bertukar arah kepada simbol agama untuk mendapat sokongan rakyat.

Manakala pegawai-pegawai Iraq yang lain menganggap A.S. tidak mempedulikan bantahan dunia antarabangsa terhadap perang. Merujuk kepada sejarah, beberapa pegawai menekankan pemberontakan rakyat Iraq terhadap penjajahan Britain pada tahun 1920; sementara yang lain merujuk kepada perbadingan dengan perang Arab-Israel 1956, apabila tentera Britain, Perancis, dan Israel terpaksa berundur dari Semenanjung Sinai selepas campurtangan President Dwight D. Eisenhower.

Untuk berhari-hari, kerisauan dirasai di Baghdad, dimana ketika Perang Teluk 1991 kmusnahana yang dilakukan oleh kempen ket pejuang A.S. masih diingati penduduk. Penduduk telah mengosongkan jalan-jalan di banda Rabu lalu kerana takutkan serangan. Setelah serangan pagi ini berakhir dua jam kemudian, kelegaan dirasai oleh semua. Kenderaan mulai memenuhi jalan-jalan. Penduduk berjalan melepasa pengawal bersenjata Parti Baath yang menjaga kubu beg pasir. Ada yang memakai 'beret', topi keledar dan kopiah.

Kanak-kanak lelaki bermandian di Sungai Tigris yang menyurusi ibu negara Iraq itu. Nelayan-nelayan menaiki bot-bot mereka menyusuri tebing sungai itu. Ketika pemberita ditemani ketika melawat bandararay menaiki tiga bas Mercedes-Benz, pengawal bersenjata dan penduduk melambaikan tanda kemenangan, dan berteriak, "Hello!"

Untuk pertama kali, dua kereta kebal dilihat di pusat bandar Baghdad, yang sebelum ini sunyi dari kehadiran tentera. Mereka bersedia di pintu lorong-lorong, tetapi tidak jelas apa yang mereka sedang kawalkan.

Meriam anti-kapalterbang diletakkan di lantai kereta-kereta 'pick-up' Toyota di hadapan pejabat Kementerian Luar dan Doctors' Syndicate. Di jalan menuju ke Taji, lebih banyak meriam anti-kapalterbang dapat dilihat, walaupun pada masa yang sama askar-askar yang ditugaskan menjaganya sedang berkelah di tepi jalan itu.

Pengawal bersenjata di Baghdad bercakap dengan yakin, tetapi ada bayangan yang mereka tahu mereka akan kalah atau mati.

"Kami menjagakan apa sahajag," kata Hussein Alwan, 47, seorang ahli Parti Baath Party yang ditugaskan bersama-sama lima yang lain di satu pusat pemeriksaan di sebuah penempatan orang-orang kaya di Mansour. "Untuk rakyat Iraq, ianya persoalan hidup atau mati, samada hidup dengan hormat, atau mati juga dengan hormat."

Seorang veteran perang Iran (1980-88), beliau merasa dirinya sesuai untuk bersama-sama berperang. "Saya nampak pertempuran, saya nampak kematian syahid, saya tahu erti peperangan," katanya yang memakai 'sweater' hitam dan seluar khaki hijau.

Kedai-kedai masih ditutup di Baghdad. Hanya beberapa buah restoran, penjual-penjual sayur, pembuat roti, dan penukar wang yang membuka kedai mereka dalam suasana jalan yang agak sunyi.

"Jika seseorang itu meninggalkan rumahnya, dia tidak pasti samada dia akan kembali," kata Nadir Abed Ali, 56, seorang buruh yang duduk di tepi Jalan Rashid Street, salah satu dari kawasan 'lepak' yang terkenal di Baghdad. "InsyaAllah, semuanya akan menjadi baik."

© 2003 The Washington Post Company

:: MukaDepan   :: Berita Dunia