Selamat Datang
SalamKu.com : Berita Dunia |
Blix, Baradei Puji Kerjasama Iraq, Pelupusan Senjata
http://www.islamonline.net/english/News/2003-03/07/article11.shtml
terjemahan oleh Muzammil Haji Daud
![]() |
"Tiada bukti aktiviti-aktiviti yang dikatakan..." atau "tiada kemudahan bawah tanah ... dijumpai setakat ini," kata Blix |
PBB,
Mac 7 (IslamOnline.net) – Ketua pemeriksa senjata PBB Hans Blix dan Ketua
Pengarah International Atomic Energy Agency (IAEA) Director General Mohamed
ElBaradei memuji Jumaat lalu, Mac 7, kerjasama memberangsangkan yang ditunjukkan
Iraq kepada pasukan pemeriksa PBB dan pelupusan senjata yang semakin rancak.
Ketika
membentangkan laporan terbaru mengenai pemeriksaan senjata di Iraq kepada Majlis
Keselamatan PBB, Blix mengesahkan Baghdad telah meningkatkan kerjasama dengan
pasukan pelupusan senjata, sambil menambah proses pemeriksaan akan mengambil
masa beberapa bulan.
Ketua
Suruhanjaya PBB Mengawasi, Mengesahkan dan Memeriksa (The head of the U.N.
Monitoring, Verification and Inspection Commission (UNMOVIC) membentangkan tiada
bukti aktiviti haram di Iraq dan memuji "peningkatan aktiviti" Baghdad
sejak akhir Januari sebagai perkembangan positif.
"Selepas
tempoh kerjasama dingin, terdapat peningkatan inisiatif dari pihak Iraq sejak
akhir Januari," dia mengesahkan.
"Ini
dialu-alukan," kata Blix, merujuk kepada pemusnahan peluru berpandu
al-Samoud II, satu tuntutan penting pemeriksa senjata PBB.
Sehingga
Jumaat, 34 peluru berpandu Al-Samoud 2, termasuk empat peluru untuk latihan dan
dua peluru untuk menyerang, dimusnahkan sejak Sabtu, Mac 1, dibawah pengawasan
PBB, Blix memberitahu Majlis Keselamatan.
"Pemusnahan
yang dibuat menunjukkan bukti besar pelupusan senjata, malahan yang pertama
sejak pertengahan tahun 1990an. Kita bukannya menyaksikan pemusnahan lidi
pencungkil gigi; Senjata berbahaya yang sedang dimusnahkan," katanya.
Tiada
bukti Aktivit Pemindahan
Blix
berkata tiada bukti Iraq menyembunyikan senjata yang diharamkan dalam makmal
bergerak untuk mengabui mata pemeriksa senjata. Tiada juga bukti Iraq
menyembunyikan kemudahan pengeluaran kimia dan bioloji bawah tanah.
"Beberapa pemeriksaan telah dibuat... berkenaan kemudahan pengeluaran bergerak, .. tiada bukti aktiviti yang ditemui setakat ini", tehas ketua pemeriksa PBB.
Beliau
menyarankan keperluan memberi lebih banyak masa kepada pemeriksa di Iraq
memandangkan kerjasama positif negara tersebut.
"Ia
tidak akan mengambil masa beberapa tahun, tetapi tidak juga beberapa minggu,
tetapi beberapa bulan," Blix memberitahu negara ahli Majlis Keselamatan.
Beliau
memuji kerajaan Iraq kerana berubah menjadi lebih proaktif memberi cadangan
mengenai pemeriksaan.
Blix berkata isu peluru berpandu al-Fatah yang Washington menuduh sebagai haram, masih disiasat.
Mengenai
permintaan supaya pasukan pemeriksa dibesarkan, Blix berkata yang penting ialah
mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai longgokan senjata pemusnah atau bukti
bahawa mereka telah dimusnahkan.
Ketua
pemeriksa memaklumkan pihak Iraq telah mengalakkan pakar-pakar Iraq untuk
disoal-siasat secara perseorangan oleh pemeriksa-pemeriksa senjata dan
menyerahkan senarai nama-nama mereka kepada pasukan PBB itu.
Beliau
menambah, walaubagaimanapun, PBB mungkin menyoal pakar-pakar Iraq di luar negara
di masa terdekat, sambil berjanji membentangkan program kerja bulan ini bersabit
pemeriksaan senjata di Iraq.
Penipuan
Maklumat Uranium
![]() |
Laporan "Jual-beli uranium antara Iraq dan Niger -- adalah tidak asli," El-Baradei mengesahkan |
Ketika
membentangkan laporannya mengenai siasatan di Iraq kepada Majlis Keselamatan,
ElBaradei berkata tuduhan Iraq telah cuba mendapatkan uranium dari negara Niger
adalah palsu.
Ketua
IAEA berkata agensinya telah memutuskan dokumen yang dikatakan Amerika dan
Britain untuk membuktikan tuduhan tersebut adalah palsu.
"Berdasarkan
kajian terperinci, IAEA telah menyimpulkan, dengan persetujuan pakar bebas
bahawa dokumen-dokumen ini -- yang dijadikan asas kepada tuduhan pembelian
uranium antara Iraq dan Niger -- adalah sebenarnya tidak asli," beliau
sahkan.
"Kami
juga telah menyimpulan tudukan ini tidan berasas," ElBaradei memberitahu
Majlis Keselamatan.
Beliau
juga menjaim tiada usaha oleh Iraq untuk menggunakan tiub aluminium untuk
rancangan nuklear.
Seandainya
Iraq cuba menggunakan tiub-tiub tersebut, mereka tentu akan menghadapi masalah
besar, katanya, sambil menambah Baghdad tidak pun menggunakan kuasa magnetik
untuk tujuan yang sama.
Tiada
Aktiviti Nulear
ElBaradei
juga memberitahu Majlis Keselamatan tiada satu bukti pun Iraq membuat aktiviti
nuklear atau menghidupkan semula program-program nuklear.
"Para
pemeriksa tidak menemui sebarang tanda aktiviti haram yang berkaitan dengan
nuklear di sebarang tempat," katanya.
Tiada
tanda Iraq membina semula institusi nuklear, berlawanan dengan apa yang
ditunjukkan oleh gambar satelit, katanya.
Laporan
Blix dan ElBaradei mungkin tidak dapat membaiki perpecahan di kalangan ahli
Majlis mengenai samada membenarkan perang ke atas Iraq, memandangkan kedua-dua
pihak akan menghuraikan laporan tersebut dengan cara yang berlainan.
Amerika
dan Britain menuduh Iraq gagal menunjukkan kesediaan memenuhi tuntutan untuk
melupuskan senjata dengan segera dan sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan
dalam ketetapan 1441, dan dijangka akan menunjukkan dimana Baghdaga gagal
memenuhi tuntutan.
Perancis,
Russia, dan China pula menegaskan belum tiba masa untuk perang, dan pemeriksaan
senjata, walaupun tidansempurna, sedang menunjukkan perkembangan baik dan perlu
diteruskan.
Presiden
Amerika George W. Bush pada Khamis Mac 6, menuduh Iraq berlakon dengan proses
pemeriksaan dan memberi amaran beliau akan meneruskan usaha mendapatkan undian
kepada ketetapan baru dan akan memaksa ahli Majlis Keselamatan membuat pendirian
mereka.