Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

 

Mr Bush Memilih Untuk Membunuh
Memang ada kes moral untuk menjatuhkan Saddam. Tetapi bagaimana dengan yang lain?

http://www.observer.co.uk/worldview/story/0,11581,910024,00.html

Terry Jones
Ahad Mac 9, 2003


Mr. Bush memang betul, Saddam Hussein seorang lelaki yang jahat dan tiada seorang pun yang tidak menyokong jika Mr. Bush ingin membunuhnya. Hanya cara yang dia cadangkan yang merisaukan saya. Menjatuhkan 3000 bom dalam masa 48 jam ke atas Baghdad akan membunuh ramai orang tidak berdosa.

Itulah hujjah moral yang saya tidak dapat ikut. Ia seolah-olah seperti seorang polis yang berkata ia tahu seorang pembunuh datangnya dari selatan England lalu mereka akan membunuh semua orang di Epsom.

Kenapa Mr. Bush perlu menjatuhkan 3000 bom ke atas Saddam Hussein? Pada fikiran saya, satu bom pun sudah memadai untuk membunuhnya, jika dia tahu dimana Saddam berada. Dan jika dia tidak tahu dimana Saddam, apa pula hujjah untuk beliau menjatuhkan bom-bom tersebut? Bukankah Mr. Bush sedar bom suatu benda berbahaya yang boleh membunuh apabila ia jatuh?

Atau Mr. Bush seronok untuk membunuh ramai rakyat Iraq? Saya menghargai hujjah Mr. Bush bahawa Saddam Hussein tidak menghormati PBB, maka Mr. Bush perlu mengajarnya dengan mengebom beliau. Tetapi sekarang dia sedang memberitahu kita bahawa walaupun tanpa persetujuan PBB, beliau akan tetap mengebom Saddam. Dalam hal ini, bukankah Mr. Bush juga bersalah seperti yang beliau tuduh Saddam Hussein? Nampaknya tidak begitu pula disebabkan, menurut Mr. Bush, jika PBB tidak membenarkan beliau mengebom Saddam, badan itu telah berhenti menjadi Badan Dunia Yang Bertanggungjawab dan oleh itu beliau tidak perlu mendengar pandangannya.

Tetapi bukankah hujjah yang sama betul untuk Saddam? Jika PBB berhenti dari menjadi Badan Dunia Yang Bertanggungjawab, mengapa pula hakikat  Saddam Hussein tidak mengambil pandangannya suatu yang jahat sehingga perlu mengebom manusia yang berdosa?

Dan itu satu hal yang lain - mereka nampaknya yakin dengan menjatuhkan banyak bom ke atas Baghdad boleh menghapuskan Saddam Hussein? Akan berlaku begitukah? - seperti yang berlaku di Afghanistan (membunuh mungkin 20,000 orang) dan Al-Qaeda berjaya dihapuskan? Satu laporan terbaru PBB menyebut jika dan bila Amerika mula mengebom, 100,000 orang Iraq mungkin akan mati.

Saya tidak percaya Presiden Amerika merasa seronok selepas membunuh orang. Itu perangai Saddam Hussein.

Dan pada masa yang saya saya risau bila Mr. Bush berkata salah satu sebab beliau mahu membunuh ramai rakyat Iraq ialah kerana Saddam Hussein sendiri telah membunuh mereka. Nampak seperti ada pertandingan dalam hal ini?

Pada tahun 1988 Saddam membunuh ribuan dalam satu masa di bandar Halabjah. Sejak itu beliau tidak lagi membuat kerja jahat begitu. Malahan terbukti sejak kejadian tahun 1988, Saddam tidak lagi membunuh rakyatnya seperti juga George W. Bush tidak membunuh rakyat Texas ketika menjadi Gabenor Texas. Ketika Mr. Bush menjadi gabenor pada tahun 1995, kadar purata hukuman bunuh ialah 7.6 setahun. Mr Bush berjaya meningkatkannya empat kali ganda kepada 31.6 setahun. Dia tentu merasa sedih untuk menandatangani 150 waran hukuman bunuh ketika menjadi Gabenor. Saya rasa kelebihan membunuh rakyat Iraq ialah anda tidak perlu menandatangani waran untuk setiap pembunuhan itu. Hanya satu tandatangnan dan  - bingo! Anda boleh membunuh ribuan dan tiada satu soalan pun ditanya! Malahan tiada sesiapa yang akan bertanya jika ada diantara yang terbunuh nanti orang kurang akal atau remaja, suatu berlaku kepada George W. Bush semasa beliau menjadi Gabenor Texas.

Saya tidak berkata George W. Bush tidak boleh dibenarkan membunuh seramai orang yang dia ska. Lagipun beliau seorang pemimpin yang tidak dipilih di negara paling berkuasa di dunia, jadi jika dia tidak boleh bertindak sesuka hatinya, siapa yang boleh?

Dan pada tahun-tahun mendatang, kita akan lihat banyak lagi pembunuhan akan berlaku di dunia - sudah pasti lebih banyak dari pembunuhan yang dilakukan Saddam di negaranya sendiri.

· Terry Jones sering menulis kepada The Observer.

:: ke MukaDepan