Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

 

Para diplomat diberi lima hari untuk elak perang

http://www.telegraph.co.uk/news/main.jhtml?xml=/news/2003/03/10/wirq10.xml 
Oleh Robin Gedye, Foreign Affairs Writer
(Filed: 10/03/2003)

Dengan dunia dihantui kemungkinan perang, Amerika, Britain, dan Perancis semalam berada dalam tahap akhir proses mencari sokongan, denga para diplomat hanya diberi lima hari sahaja untuk mengelakkan perang.

Baroness Amos, Setiausaha Parlimen untuk Hal-ehwal Asing dan Komenwal, sedang bersedia untuk berlepas ke Afrika ketika menteri luar Perancis, Dominique de Villepin, berlepas ke lawatan dua-hari ke  Angola, Cameroon dan Guinea untuk meyakin ahli-ahli Majlis Keselamatn PBB itu supaya menyokong pihak Perancis (yang membantah perang).

Pada masa yang sama, Condoleezza Rice, penasihat kebangsaan Amerika sedang bersedia untuk berlepas ke Moscow.

Pegawai-pegawai di London and Washington berkata undian oleh PBB untuk memberikan kata dua Mac-17 kepada Saddam Hussein akan terhasil pada bila-bila masa diantara esok dan Khamis.

Kata dua itu dikatakan akan mempunyai 72 jam dan memberikan Saddam sehingga Ahad atay Isnin untuk memenuhi tuntutan Amerika-Britain supaya dia melupuskan senjata pemusnah yang dituduh pihak bersekutu sebagai menipu pemeriksa senjata.

President Bush sedang bersedia untuk bercakap dengan pemimpin Russia dan China hari ini untuk mengelak mereka dari menggunakan kuasa veto. Manakala Tony Blair dan Mr. Straw pula bercakap di talipon dan menjalankan satu usaha diplomatik yang paling getir untuk memenangi undian berharga itu.

Dengan ahli berkuasa veto Perancis, Russia, dan China mengetuai bantahan kepada usaha Amerika-Britain, pihak yang tidak sealiran ini sedang berusaha untuk mendapatkan soongan 10 ahli tidak tetap Majlis Keselamatan. Britain, Amerika, Sepanyol, dan Bulgaria mahukan ketetapan yang memberi tempoh-akhir manakala Perancis, Russia, China, Jerman, dan Syria pula mahukan pemeriksaan senjata diteruskan. Pakistan, Mexico, Cameroon, Guinea, Angola dan Chile terus menjadi undian penting yang akan menentukan kemenangan.

Untuk meluluskan ketetapan, sembilan dari 15 ahli Majlis Keselamatan perlu meluluskannya dan tidak satupun dari lima ahli tetap - Amerika, Britain,  France, China dan Russia - boleh membuat veto.

Strategi Britain-Amerika ialah memenangi sembilan undian "ya" dan berharap untuk memujuk China, dan selepas itu China  dan akhirnya Perancis supaya berdepan dengan akibat buruk jika mereka melawan hasrat majoriti.

Cara M de Villepin ketika berucap di Afrika hari ini dan esok ialah untuk memberitahu bahawa sokongan kepada ketetapan itu tidak bermakna oleh kerana Perancis bercadanga menyekatnya.

Paris berharap dengan memujuk sebanyak mungkin negara supaya berkecuali, maka pihak yang mahukan perang tidak akan berjaya mendapat sembilan undian yang mereka perlukan.

Para diplomat Britain dan Amerika pula membuat kenyataan bahawa perang memang tidak dapat dielakkan dan akhirnya Amerika akan menang samada PBB menyokon atau tidak.

Mr Blair, dalam usaha memujuk China supaya berkecuali dan bukannya memveto, bercakap dengan presiden China Jiang Zemin yang tidak menunjukkan sikap samada China akan berkecuali atau mem'veto' ketetapan tersebut selaind dari mengulangi tuntutannnya supaya pemeriksaan diteruskan.

Apa yang akan dibuat oleh ahli-ahli tidak begitu jelas. Semuanya membuat kenyataan yang boleh difaham dengan cara yang pelbagai.

Namun, walaupun ramai rakyat mereka yang membantah perang, ada tanda-tanda beberapa negara ahli telah menjanjikan sokongan kepada Washington.

 

:: ke MukaDepan