Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 05/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Dia membawa bantuan dan Bible, lelaki yang memanggil Islam jahat

Pendakwah kristian risau kumpulan Kristian A.S. akan memburukkan lagi keadaan
http://www.guardian.co.uk/Iraq/Story/0,2763,929399,00.html
Matthew Engel di Washington
Jumaat April 4, 2003
The Guardian


Ia hanya boleh berlaku dengan penaklukan keatas Iraq. Pendakwah-pendakwah Kristian sedang bersedia di belakang tentera, dan sambil menunggu tanda-tanda Iraq cukup selamat untuk mereka beroperasi - membawa makanan dalam satu tangan dan kitab Bible dalam tangan yang lain.

Semua kumpulan-kumpulan itu, yang dibiayai oleh ahli-ahli gereja Amerika, berkemungkinan besar akan dapat menawarkan bantuan air, makanan, perubatan, dan keselesaan kepada penduduk yang sedang ketakutan. Namun, ia menyebabkan kegusaran di kalangan orang Islam, yang risau jika rakyat Iraq yang sedang terdesak, akan terpujuk untuk menukar agama. Manakala puak Kristian pula risau pendakwah-pendakwah ini akan menjadi sasaran oleh rakyat Iraq yang sedang marah.

Kerisauan di kalangan Muslim mungkin diburukkan lagi disebabkan lelaki yang mengetuai kumpulan bantuan ke Iraq ini ialah Rev Franklin Graham, yang menyampaikan ucapan pada hari perlantikan Presiden Bush, anak kepada Billy Graham dan seorang pengkritik Islam yang amat memusuhi Islam. Beliau dilaporkan menggelarkan Islam agama yang "jahat, ganas", yang berTuhankan Tuhan yang berbeza dengan Tuhan Kristian. "Antara kedua-duanya amat berbeza seperti cahaya dan kegelapan," tulis beliau.

Beliau menguruskan pertubuhan yang dinamakan Samaritan's Purse ('Dompet Samaritan'), dimana pekerja-pekerjanya berada di  Jordan dan sedang menunggu untuk memasuki Iraq. Beliau mempunyai rekod yang kukuh dari segi bantuan kemanusian sejak 30 tahun, tetapi tujuannnya memang jelas: "Pertubuhan ini membantu gereja-gereja di seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Lord Jesus Christ."

Sejak kebelakangan ini, Mr Graham enggan membuat kenyataan-kenyataan panas dan enggan bercakap dengan akhbar Guardian. Walaubagaimanapun, beliau menulis sebuah artikel dalam akhbar Los Angeles Times semalam yang cuba menyanggah pengkritik beliau, sambil menegaskan pertubuhan Samaritan's Purse akan membantu rakyat Iraq tanpa sebarang tujuan keagamaan. "Kadangkala, dakwah terbaik yang kita boleh buat ialah dengan berada di sana bagi menyediakan secawan air sejuk, yang melambangkan ajaran Christ yang menolong orang lain," kata beliau.

Ibrahim Hooper, dari pertubuhan Council on American-Islamic Relations yang berpusat di Washington tidak mempercayainya. sambil berkata kumpulan-kumpulan yang terlibat "teruk dan berniat jahat". Mengenai Mr Graham, kata beliau: "Orang ini berulangkali berkata Islam itu ganas. Saya tidak nampak bagaimana orang seperti ini boleh memberi kesan positif di negara orang Islam. Bantuan kemanusian hanyalah satu topeng. Tujuan utama mereka ialah penukaran agama. Kumpulan-kumpulan ini melatih pekerja-pekerja mereka untuk berselindung di sebalik bantuan untuk menukar kepercayaan agama penduduk setempat.

"Saya tahu mengenainya kerana saya pernah mengikuti latihan mereka. Ada satu teknik yang dinamakan 'contextualisation'. Anda tidak pernah mendedahkan secara umum anda seorang Kristian.. Anda membuang kerusi-kerusi dari gereja untuk menukar imejnya menjadi seperti mesjid. Anda menyimpan janggut. Anda menyuruh isteri anda memakai pakaian Islam. Mereka tahu ketibaan mereka tidak dialu-alukan."

Satu lagi pertubuhan yang sedang bersedia memasuki Iraq ialah Southern Baptists, kumpulan agama kedua terbesar di A.S. selepas Catholics dan kumpulan konversatif Kristian paling berpengaruh. Mereka mungkin penyokong Bush, penyokong perang, dan penyokong gerakan politik Israel paling setia.

Penyelaras mereka di Oklahoma, Sam Porter, menegaskan tujuan utama mereka ialah bantuan kemanusian; gereja itu mempunyai seramai 25,000 sukarelawan terlatih yang membantu ketika bencana di A.S. dan tempat-tempat lain.

Tetapi beliau menambah: "Jika seseorang bertanya 'Kenapa anda datang ke Iraq untuk membantu negara yang miskin dan dilanda perang?' kita akan berkata ianya kerana kasih sayang yang ditanamkan oleh Lord Jesus Christ dalam hati-hati kita. Jika sesebuah negara itu membuka jalan untuk misi-misi dakwah masuk, kita akan ke sana. Kita percaya  Jesus Christ ialah anak Tuhan dan kita berniat untuk berkata demikian."

Beberapa pengkritik Kristian gusar bahawa pendakwah-pendakwah Kristian ini tersilap dalam memasuki negara yang tidak stabil yang mereka tidak arif menengenai bahaya-bahayanya. Tiga orang pendakwah Baptist telah ditembak dan dibunuh di Yaman Disember lepas oleh seorang pelampau Muslim, yang berkata dia melakukannya kerana "mereka menyebarkan Kristian di negara orang Islam".

Seorang penulis dakwah, Richard Mouw, dari beliefnet.org, memberi amaran kepada kumpulan-kumpulan itu: "Kita mesti membuatnya dengan hasrat suci untuk membantu manusia. Jika ini dilihat sebagai alasan untuk berdakwah, ia hanya akan memudaratkan gerakan Kristian, dan mungkin membahayakan nyawa 600,000 penganut Kristian di Iraq."

Jonathan Bonk, pengarang editor dari International Bulletin of Missionary Research, berkata pendakwah-pendakwah yang bersemangat tidak boleh memisahkan antara kerja-kerja amal mereka dan sebaran kepercayaan mereka. "Ianya bukan suatu yang sukar untuk berdakwah. Ianya satu tindakan jujur untuk berkongsi apa yang mereka percaya. Ianya berlaku di kalangan  semua agama-agama yang menganjurkan dakwah, termasuklah Islam.

"Kesukaran di Iraq bukan  kerana pendakwah itu dari Kristian, tetapi kerana mereka dari negara barat. Jika mereka berdakwah secara agresif, itu memang menjadi masalah. Tetapi mereka akan menghadapi bahaya samada mereka berkata sesuatu atau tidak. Sebagai simbol barat, dan apa yang dipercayai oleh barat, mereka memang menjadi sasaran."

 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia