Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

16/03/03 Ahad


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact salamku@hotmail.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


 

 

Bush nampak 'peluang baru' untuk Amerika di Asia Tengah

http://www.iht.com/articles/89852.html 

Brian Knowlton/IHT International Herald Tribune

WASHINGTON Presiden George W. Bush mengumumkan Jumaat lalu bahawa Amerika sudah bersedia untuk membentangkan 'peta jalan' (rancangan-sic) menuju kedamaian Israel-Palestin, dan PM Tony Blair yang telah mendesak usaha seperti itu, berkata penyelesaian kedamaian agak munasabah untuk berlaku sebelum 2005.

Bush berkata pilihanraya Israel Januari lalu dan pengenalan jawatan perdana menteri oleh Pihak Berkuasa Palestin bermakna "saat ini membuka peluang baru."

"Masa sudah tiba untuk bergerak dari pendirian sekarang dan untuk bertindak kearah perdamaian," Bush berkata dalam satu pengumuman Rose Garden yang diadakan secara tergesa-gesa.

Antara yang mendesak rancangan perdamaian yang dibentuk oleh Amerika, bersama PBB, Kesatuan Eropah, dan Russia, ialah Blair. Di dalam saru turutan peristiwa yang dirancang dengan teliti, beliau menemui pemberita sejam selepas pengumuman Bush itu untuk memuji inisiatif Amerika. Kepentingannya "tidak teramat penting," kata beliau.

Peristiwa ini mungkin membantu mengurangkan tekanan teruk yang Blair hadapi di Britain disebabkan sokongan beliau kepada kemungkinan perang diketuai Amerika di Iraq; ramai pengkritik perang bersetuju krisis Israel-Palestin, yang telah mengorbankan beratus-ratus nyawa dalam satu kitaran keganasan dan tindakbalas yang teruk, merupakan perkara yang lebih penting berbanding pelupusan senjata Iraq.

Blair yang tertekan, nampak tersenyum untuk seketika semasa menemui pemberita di pejabat PM di No. 10 Downing Street, tidak menjawab soalan mengenai Iraq, dan atau soalan mengenai kemungkinan kaitan diantara pengumuman itu dan kemungkinan perang.  Tetapi beliau membuat satu kaitan yang tidak disebut Bush. Pada saat ini, ketika perang yang diketuai Barat terhadap sebuah negara Muslim sudah hampir bermula, adalah masanya "untuk kita berkata kepada dunia Arab dan Muslim: Kita menerima tanggungjawab untuk berlaku adil. Kita menerima hakikat bahawa kita perlu berkata isu keamanan di antara rakyat Palestin dan Israel adalah sama pentinnya dengan isu-isu lain untuk kita".

Dalam satu petanda jelas kepada sasaran pengumuman hari Jumat, Blair memberi komen itu kepada pemberita dari Asia Tengah yang berpusat di London dan enggan mengambil sebarang soalan dari pemberita-pemberita yang biasa membuat liputan di Downing Street atau mengenai hal-hal lain selain daripada konflik Israeli-Palestinian

Blair menolak cadangan seorang pemberita bahwa perhatian yang diberikan Amerika dan Britain terhadap rancangan Asia Tengah ini akan menjadi tidak penting disebabkan kemungkinan perang, dan masa pengumuman dibuat akan menimbulkan kesangsian di Asia Tengah.

"Perkara ini bukannya sesuatu yang kita pandang remeh," beliau berkata. "Ianya sesuatu yang kita memang telah berikan komitmen."

Bush telah membentangkan kerangka kerja untuk perdamaian Asia Tengah pada 24hb Jun. Namun, disebabkan ketiadaan perubahan demokrasi oleh pihak Palestine, dan disebabkan bantahan oleh Israel selagi keganasan berterusan, beliau menangguhkan perkara tersebut.

Walaupun Russia, Kesatuan Eropah, dan Palestin membantah, Amerika menangguhkan pembentangan rancangan itu pada bulan December, sambil berkata ia perlu menunggu sehingga habis pilihanraya Israel di bulan Januari.  Pada bulan Februari, Washington berkata ia masih menunggu perubahan dalam kepimpinan Palestin, yang diertikan sebagai pengecilan kuasa Yasser Arafat, pengerusi Palestin, dan juga tindakan-tindakan dari kedua-dua pihak untuk meningkatkan keselamatan.

Bush membayangkan Jumaat lalu, bahawa pembentukan jawatan PM boleh dilihat sebagi tanda Arafat, dipencilkan sedikit.

"Untuk menjadi sekutu yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab, PM Palestin yang baru mesti mempunyai kuasa sebenar," kata Bush. "Kami harap PM Palestin akan disahkan dengan segera. Sejurus selepas pengesahan, rancangan perdamaian itu akan diserahkan kepada pihak Palestin dan Israel."

Parlimen Palestin Isnin lalu memberikan tugas harian untuk hal-ehwal Palestin kepada perdana menteri- tetapi tidak pula diperincikan secara khusus kuasanya - sambil mengekalkan Arafat bagi tanggungjawab kepada keselamatan, perbincangan dengan Israel, dan hal-hal lain.

Arafat memilih Mahmoud Abbas, orang nombor 2 beliau dalam hiraki kuasa Palestin untuk jawatan itu. Blair berkata Jumaat lalu beliau telah bercakap dengan Abbas dan Arafat beberapa minit sebelum itu, dan PM baru itu boleh dilantik awal minggu depan.

Israel meluahkan perasaan optimistik tetapi berhati-hati mengenai Abbas, 68, yang baru-baru ini meminta penangguhan serangan oleh para pengganas (pejuang Palestin-sic) terhadap Israel.

Bush meletakkan syarat untuk penyerahan rancangan damai itu kepada keperluan PM baru itu mesti mempunyai kuasa yang besar. Blair pula tidak begitu. Kata beliau mengenai PM Palestin yang baru itu: "Apabila dia mengambil tugasnya, rancangan damai itu akan diserahkan kepadanya" dan kepada Israel.

Bush berkata rancangan damai akan membuka "turutan langkah-langkah" menuju kearah kedamaian: penamatan keganasan; keujudan sebuah negara Palestin yang berdaya-saing dan boleh dipercayai; tugas kearah "persetujuan terakhir," yang akan menyelesaikan persoalan-persoalan yang kritikal seperi status Jerusalem dan pelarian Palestin.

Disamping itu, tentera Israel perlu keluar dari kawasan Palestin. Dan Bush berkata negara-negara Arab perlu bersetuju untuk menentang keganasan, menyokong negara Palestin yang demokratik, dan menyuarakan hasrat mereka untuk ujud dengan aman bersama Israel.

Memandangkan usaha perdamaian diteruskan, Bush berkata, "penempatan (Israel-sic) di kawasan yang dirampas perlu berhenti." Desakan itu seakan-akan sama dengan desakan Palestin yang menuntut penempatan dihentikan dengan serta-merta.

10 terkorban dalam serangan di kem

Tentera Israeli di Tebing Barat membunuh 10 orang yang disyaki pejuang Islam dalam dua pertembungan, satu pada pagi Jumaat di kem pelarian Jenin, Associated Press melaporkan dari Jerusalem. Dibantu oleh helicopter perang dan kereta kebal, tentera Israel membunuh lima orang yang bersenjata dari kumpulan Islamic Jihad dalam satu kawasan persembunyian di kem itu.

 © 2003 Newsweek, Inc


:: MukaDepan   :: Berita Dunia