Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

 


Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


General yang akan memerintah Baghdad.

http://www.csmonitor.com/2003/0311/p01s02-woiq.html 

Oleh | Penulis kanan The Christian Science Monitor

 

Tommy Ray Franks tidak bersekolah di akademi elit tentera West Point. Dia membesar di Midland, Texas - bandar yang sama dengan anda-kenal-siapa-dia (yakni Bush) - memburu puyuh dan memandu kereta buruk Chevelle berwarna hitam.

He berhenti sekolah dan menyertai Tentera pada tahun 1967 - "untuk membesar" (kata-kata beliau). Memang dia membesar dalam kerjayanya, dari pangkat prebet kepada jeneral empat-bintang.

(Photograph)
JEN. TOMMY FRANKS: Dia akan mengetuai perang Iraq.
ANDY NELSON - STAFF

Hari ini, dia ialah seorang yang perkasa pada ketinggian 6 kaki 3 inci yang berupaya memaki dan juga menghiburkan askar-askar beliau dengan lagu Garth Brooks. Dia kini sedang bersedia untuk mengetuai 300,000 tentera Amerika untuk menakluki Iraq.

Anda tidak boleh memanggil beliau "ketua komander- commander in chief" Pusat Arahan Tentera Amerika. Gelaran tersebut telah dihapuskan oleh Donald Rumsfeld atas alasan ianya terlalu membangga diri.

Tetapi cuba anda tanya para tentera. Dia mungkin memang dianggap sebagai seorang jeneral yang layak dipanggil "Chief".

"Secara ikhlas, saya sanggup mengikut beliau kemana jua,"kata seorang pegawai tentera yang telah berkhidmat dibawah beliau.

Walaupun perang baru dengan Iraq mungkin perang yang paling mencabar untuk generasi beliau, Jeneral Franks tidak hanya duduk di ibupejabat Pusat Arahan Tentera di Tampa, Fla.

Tugas beliau termasuklah mengarah pembabitan ketenteraan Amerika di beberapa kawasan paling bergolak di dunia - kawasan yang meliputi 25 negara dari selatan Afrika hingga ke Asia Tengah. Dia mengetuai perang yang amat pantas di Afghanistan, memburu Osama bin Laden, dan sekarang - jika Presiden memutuskan - akan mengetuai pula perang Iraq.

Persediaan beliau untuk saat-saat ini memang luarbiasa dilihat dari piawaian tentera. Selepas menyertai perang Vietnam (dan menerima tiga anugerah Purple Hearts), dia kembali ke kolej, dan kemudiannya menghabiskan pengajian, dilantik sebagai pegawai tentera, dan ditugaskan ke serata tempat seperti di Jerman, Korea, dan operasi Desert Storm, sekadar menyebut beberapa contoh, dalam perjalanannya menuju tahap jeneral empat bintang.

Dimana jua berada, dia belajar sesuatu yang baru yang akhirnya menyediakannya untuk tugasan terbaru ini, kata Franks di satu persidangan Pentagon. "Saya fikir, kita hidup hari demi hari, belajar dari pengalaman lepas, berfikir tentang pengalaman mendatang, menggunakan ilmu kita melalui arahan, teladan, untuk muda-mudi yang akan dipanggil untuk menjayakan tugas ini."

Dia seorang yang suka berterus-terang dan kasar. Sebab itulah orang atasan dan bawahan beliau berkata dia seorang komander yang disayangi dan dihormati. Dia dilihat sebagai pemimpin yang rapat dengan tentera bawahan di medan berbanding dengan tentera atasan di Pentagon.

"Tommy Franks seorang askar yang ingin dicontohi oleh setiap askar muda," kata  Jen. Barry McCaffrey (USA, bersara), yang mengetuai pasukan darat sayap kiri dalam operasi Desert Storm. "Dia seorang yang sofistikated, tetapi dia tiada kelemahan. Sebab itulah dia disenangi pemimpin-pemimpin Mesir, Pakistan, Saudi Arabia, dan lain-lain negara di kawasan tersebut. Apabila pemimpin politik berurusan dengan beliau, mereka tahu jika dia berkata sesuatu, dia memegang kata-katanya."

Dia selalu berjaya dalam usahanya.

Franks berasal dari kawasan luar bandar dari mana tentera Amerika mengambil ramai askar baru. Dilahirkan di Oklahoma, dia berpindah ke Midland ketika kanak-kanak. Dia dikenali sebagai "Tommy Ray" ketika membesar, kata sepupu beliau, David Foster.

Mr. Foster, yang memburu puyuh dan merpati bersama Franks ketika kanak-kanak, berkata Franks seorang budak yang hebat, tetapi itu tidak penting, sebab dia selalu mencapai 'kejayaan'. "Apabila tiga orang menembak seekor burung, tidak kira siapa yang mengena" kata Foster, "Tommy akan meneriak, "Hey, tolong ambil burung saya, boleh tak?"

Foster, yang enam tahun lebih muda dari Franks berkata,  "Saya menghormatinya, dan saya mahu bersama beliau selalu. Dia memiliki kereta Chevelle hitam yang terlaju, dan sering membawa saya dan rakan-rakan lain menaiki kereta beliau."

Foster berkata Franks amat rapat dengan keluarga dan Texas - dia membesar di Midland dalam keluarga kelas-pekerja dan belajar di sekolah awam. Dia habis bersekolah setahun sebelum First Lady, Laura Bush.

Foster berkata keluarga mereka meraikan Krismas bersama sehinggalah Franks pergi ke Vietnam. Tetapi ketika berada di luar negeri pun, Franks "membuka hadiah Krismas pada jam 8 pagi waktu Texas, bermakna kami membuka hadiah pada masa yang sama," ingat Foster.

Leslie Hinds ialah guru besar sekolah Robert E. Lee High dimana Franks belajar. Kata Mr. Hinds, Franks seorang pelajar sederhana yang tidak begitu menyerlah.

Tetapi dia juga, kata Franks - yang memakai kasut koboi apabila di luar tugas dan menyukai enchiladas - tidak lupa dari mana asalnya. Hinds menonton salah satu dari sidang media terawal di televisyen mengenai Afghanistan yang memaparkan Franks. Selepas itu, dia menalipon ahli kongressnya untuk mendapatkan alamat dan menulis surat untuk memuji Franks.  "Percaya tak, walaupun dia amat sibuk, saya menerima surat balasan yang ditulisnya sendiri?" tanya Hinds yang agak terkejut. "Dia bersifat begitu. Saya bangga dia yang akan mengetuai kita di Iraq. Dia memahami orang sekelilingnya, dan dia amat stabil."

Franks seorang yang menyayangi keluarga. Dia telah berkahwin untuk 33 tahun dengan Cathy yang sering menyertai beliau di medan perang. Malahan Franks telah disiasat baru-baru ini -tetapi dilepaskan dari sebarang hukuman semalam - kerana membenarkan isteri beliau berada bersama di dalam satu taklimat sulit.

Tugas Berat

Kestabilan Franks  dan tugasnya  mengetuai tentera  sering dibualkan oleh mereka yang bercakap mengenai beliau.

Hari ini dia orang yang tepat pada tempat yang tepat untuk Amerika, kata rakan-rakan sejawatnya. Jika perang di Iraq meletus, Franks pada asasnya memikul tanggungjawab berat membentuk masa depan Timur Tengah. Ia boleh jadi stabil seperti yang digambarkan oleh presiden, atau mencari kucar-kacir, seperti yang digambarkan oleh para pengkritik.

Mencontohi MacArthur

Jika Amerika berjaya di Iraq seperti yang Frank yakini, dia akan memikul tugas yang lebih berat lagi - membuka jalan kepada demokrasi - satu usaha yang tidak pernah dilakukan oleh Amerika sejak Jeneral membina semula Jepun selepas Perang Dunia ke-2.

Franks memikul tanggungjawab mengetuai Pusat Arahan Tentera Amerika pada Julai  2000, hanya tiga bulan selepas pengganas meletupkan kapal laut Amerika USS Cole di pelabuhan  Aden, Yemen. Serangan tersebut telah membunuh 17 orang tentera laut dan mencederakan  39 yang lain.

Perbicaraan Kongress yang diadakan selepas itu dimana Franks tampil untuk menjawab soalan bagi pigak tentera, ialah pengalaman pertama beliau untuk dikenali umum. Jelas beliau tidak suka dikenali; dia jarang menerima undangan untuk ditemubual, dan memberi jawapan pendek dan tidak penuh di sidang akhbar.

Dia sering berkata, bila ditanya berlebih-lebihan, "Saya bukan Jen. [Norman] Schwarzkopf," orang yang memeranjatkan rakyat Amerika dengan taklimat TV dan tunjuk-ajar mengenai selok-belok perang.

Tetapi dia tidak begitu terserlah dalam hal itu, dia tetap diberi pujian diatas kejayaan operasi di Afghanistan.

Selepas pejuang Al Qaeda menerbangkan pesawat ke bangunan World Trade Centers dan Pentagon pada 11 sept, Franks disuruh oleh setiausaha pertahanan, Donald Rumsfeld, supaya membentangkan rancangan perang di Afghanistan.

Memang jelas apa yang dirancang di buku, yang menuntut penghantaran 50,000 pada beberapa bulan pertama dan yang dibayangkan akan mengorbankan ramai askar, tidak akan berjaya.

Franks dikatakan telah membuat rancangan baru dalam masa 1 1/2 minggu, yang merancang pasukan paramilitari CIA dan komando tugas khas mendahului serangan - kebiasaanya menggunakan kuda - dengan dibantu serangan udara.

"Afghanistan merupakan operasi paling berisiko dan kompleks yang kami jalankan sejak 20 tahun," kata Jeneral McCaffrey. "Ia terletak 600 batu dari laut, hanya ada dua kapal pengangkut, beberapa jet pejuang  F-16. Paling ramai di darat ialah 300 komando tugas khas sehinggalah kita membawa satu battalion marin."

Akhirnya, ia hanya mengambil masa 9 minggu untuk mengalahkan Taliban dan memporak-perandakan Al Qaedda. Walaubagaimanapun, ada juga kegagalan. Osama bin Laden berjaya melepaskan diri di Tora Bora pada bulan December 2001, apabila ejen CIA bergantung kepada ketua puak untuk menangkap beliau.Franks telah dikritik hebat disebabkan hal ini, dan juga disebabkan beliau mengarahkan perang dari pangkalan MacDill Air Force Base di Tampa, Fla., bukan di medan perang.

Itu memang akan berubah di Iraq. Pusat kawalan dan arahan telah dibina di Qatar. Franks akan berlepas minggu ini untuk mengetuai operasi dan dikatakan akan berada di sana sehinggalah krisis Iraq berjaya diselesaikan.

:: ke MukaDepan