Selamat Datang
SalamKu.com : Berita Dunia |
23/03/03
Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.
Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com
Vatican melahirkan perasaan 'sakit' terhadap perang http://www.ananova.com/news/story/sm_762664.html?menu=
Vatican melahirkan rasa "sakit yang amat sakit" terhadap serangan anjuran A.S. keatas Iraq dan menyalahkan kedua-dua pihak kerana gagal mencari penyelesaian secara aman.
Pope John Paul II mengadakan satu upacara "Mass" (berdoa?) waktu subuh di 'chapel' peribadinya untuk keamanan.
Dalam satu kenyataan selepas itu, Vatican berkata ia "mengutuk" kegagalan kerajaan Iraq dari menerima tuntutan PBB supaya ia melupuskan senjata, sambil berkata pope telah membuat rayuan serupa.
Selain itu, Vatican juga berkata ia "marah" disebabkan rundingan untuk penyelesaian aman telah diganggu.
Vatican mengulangi kedutaannya di Baghdad akan terus dibuka dan pertubuhan-pertubuhan Katolik di Iraq akan terus memberikan bantuan kepada rakyat Iraq.
Cardinal Pio Laghi, yang baru-baru ini bertemu Presiden George W. Bush sebagai sebahagian dari usaha pope untuk membantah perang, berkata pope meneruskan doa untuk keamanan.
"Mungkin dia masih ada peranan untuk dimainkan," kata Cardinal Laghi.
Sebelum ini pope berkata tiada alasan moral atau perundangan untuk perang dan ianya boleh merosakkan perhubungan diantara penganut-penganut Kristian dan Muslim.
Cardinal Laghi memanggil serangan keatas Iraq sebagai "fakta yang tragik dan memusnahkan."
"Kini kita mengingati kanak-kanajk, keluarga-keluarga, mereka yang melarikan diri, mereka yang yang mengambil perlindungan," kata Cardinal.
"Saya merasai kekecewaan, kerisauan, dan ketakutan, khususnya apabila memikirkan kematian yang menunggu mereka."
© Associated Press
Cerita ini difailkan: 12:19 Thursday 20th March 2003