Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

22/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


'Mayat-mayat dimana-mana'

http://www.smh.com.au/articles/2003/03/21/1047749944836.html

Mac 22 2003

Koresponden Herald Lindsay Murdoch, yang bersama-sama unit artileri Marin, melaporkan mengenai satu daripada pertempuran-pertempuran awal di sempadan Iraq-Kuwait.

Hanya sedikit pertahanan yang diberikan ketika tentera Marin A.S. memasuki selatan Iraq awal semalam. Salah satu dari pertembungan darat itu kelihatan seperti pembunuhan dan bukannya pertempuran. 

Askar-askar Iraq yang menembak dahulu, sejurus selepas Presiden A.S. George Bush mengumumkan serangan keatas Saddam Hussein sedang berjalan.

Ianya satu kesilapan yang membawa maut.

Unit Meriam Iraq yang sedang besiap menanti penakulakn Amerika, telah menguji senjata mereka dengan menembak beberapa kali ke arah kawasan yang mereka percaya akan digunakan kereta kebal A.S. untuk memasuki sempadan. Radar A.S. telah mengesan kedatangan peluru-peluru itu dan mengenalpasti sumbernya.

Selepas beberapa jam, askar-askar Iraq dan meriam buatan Russia 122mm howitzers mereka dimusnahkan apabila tentera Amerika melepaskan tembakan meriam yang mengegarkan bumi dan mencerahkan angkasa dengan kilaun cahaya oren.

"Mayat-mayat berada dimana-mana," lapor seorang pegawai A.S. di radio.

Selepas itu, ketumbukan tentera Amerika itu bergerak ke bukit Safwan Hill, pusat pemantauan Iraq yang terletak beberapa KM dari sempadan. Enam jam selepas marin A.S. memusnahkan musuh mereka di sempadan, mereka membedil Safwan Hill pula dengan ledakan yang kuat. Safwan Hill meletup dalam bola api yang amat besar dan pusar pemantauan Safwan Hill hilang dari pandangan.

"Saya kasihankan mereka yang berada disitu," kata sarjan marin. "Kami ada menuntut mereka supaya serah diri."

Kemusnahan Safwan Hill ialah satu kutamaan untuk tentera yang sedang mara kerana ia mempunyai alat pemantauan yang canggih ditepi lebuhraya yang melalui Kuwait ke Basra dan Baghdad. Tentera A.S. dan Britain tidak dapat menyeberangi sempadan melainkain jika tempat itu dimusnahkan.

Helikopter marin, Cobra, menembak peluru berpandu Hellfire di sebelah selatan. Kemudian senjata marin 'howitzers', dengan keupayaan jarak sehingga 30 KM, menembak secara bertubi-tubi untuk lapan jam. Mereka dibantu oleh jet pejuang US Navy yang menggugurkan 40,000 pound letupan dan 'napalm', kata seorang pegawai A.S. kepada Herald.

Pakar perundangan dari International Committee of the Red Cross di  Geneva berkata pengunaan napalm atau bom udara berbahan api secara amnya tidak haram disebabkan A.S. tidak menandatangai perjanjian senjata 1980 yang mengharamkan atau mengawal pengunaan sesetengah senjata. "Tetapi A.S. perlu mengamalkan prinsip-prinsip asas yang digariskan oleh Undang-undang Kemanusian Antarabangsa dan mengambil semua langkah untuk melindungi orang awam. Dalam kes napalm dan bom udara berbahan api, ini adalah satu langkah berjaga-jaga kerana ia senjata yang memusnahkan kawasan luas dan bukan senjata yang memusnahkan tempat spesifik," kata Dominique Loye, penasihat jawatankuasa mengenai senjata dan IHL.

Menjelang subuh di Safwan Hill, yang dapat dilihat hanya sebatang antenna yang diselubungi asap. Marin mara, dan pegawai-pegawai mereka berkata mereka nekad untuk sampai secepat mungkin ke  Baghdad.

Serangan udara pertama di Baghdad, dan pengumuman Mr Bush bahawa perang sedang berjalan seperti mengejutkan pegawai-pegawai A.S. di padang pasir Kuwait.

Serangan dirancang pada asalnya untuk bermula awal hari ini. Namun, mereka tidak nampak risau.

Beberapa jam selepas pengumuman Bush, segerombolan kereta kebal, terak, bulldozers dan meriam-meriam terus meredah padang pasir Kuwait menuju ke kedudukan masing-masing di sempadan Iraq.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia