Selamat Datang
SalamKu.com : Berita Dunia |
Amerika Membina Pangkalan Tentera Berdekatan Sempadan Saudi-Iraq: Laporan http://www.islamonline.net/english/News/2003-03/08/article04.shtml
WASHINGTON
(IslamOnline.net & News Agencies) - Tentera Amerika sedang membina
pangkalan tentera di dalam Arab Saudi hanya beberapa batu dari sempadan
Iraq untukdigunakan sebagai tempat memilakan operasi khas ke tempat-tempat
di Iraq seperti telaga minyak dan kawasan menyimpan senjata, menurut CNN. Saliuran itu menyebut pegawai kerajaan Amerika berkata pada Mac 7, pangkalan itu mungkin juga akan digunakan untuk misi mencari dan menyelamat jika tentera udara Amerika ditembak jatuh oleh Iraq.. Saudi
Arabia sudah pun menempatkan 5,000 tentera Amerika, khususnya di
Pangkalan Udara Prince Sultan di al-Kharj, 80 kilometer di selatan Riyad,
dimana mereka menguatkuasa zon tidak boleh terbang di selatan Iraq sejak
tamatnya Perang Teluk 1991. Menurut
CNN, tentera Amerika merancang menggunakan beberapa pangkalan Saudi untuk
operasi ketenteraan yang tidak diumumkan kepada orang awam kerana
sensitivi rakyat kepada kehadiran tentera Amerika. Putera
Mahkota Saudi Putera Abdullah bin Abdul Aziz menegaskan pada Khamis, Mac
6, bahawa sebarang perang keatas Iraq yang diketuai Amerika perlu mendapat
mandat Majlis Keselamatan PBB." "Putera
Mahkota Abdullah berkata sebarang perang akan membawa kemusnahan dan
tragedi kepada Timur Tengah," kata seorang pegawai Saudi. Menteri
Luar Saudi Putera Saud el-Faisal sudahpun menafikan bahawa Riyad akan
membenarkan tentera Amerika melancarkan atau mengarahkan serangan ke atas
Iraq dari tanah Saudi. "Kami
telah mengumukan dengan jelas yang kita tidak akan mengambil bahagian
dalam perang ini, itu pendirian kita," Putera Saud memberitahu TV
satelit Al-Arabiya dari pusat peranginan Mesir di Sharm el-Sheikh dimana
beliau menghadiri pertemuan Arab pada hari Sabtu, Mac 1. Penafian
itu adalah susulan kepada laporan yang disiarkan di akhbar Washington
Post pada February 26 yang menyatakan Amerika dan Arab Saudi sudah
mencapai persetujuan yang memenarkan Amerika memperluaskan opreasi
udaranya dari tanah Saudi jika perang meletus. Akhbar
itu menyebut adanya persetujuan rahsia yang akan membenarkan Amerika
menjalankan misi pengeboman dari Arab Saudi selepas pengemboman awal
selagi mana tiada pengumuman awam dibuat. Amerika
menyebut sebelum ini ia telah mengadkan perbincangan 'produktif' mengenai
penggunaan tanah Saudi jika perang meletus. Arab
Saudi menandatangai satu kenyataan pada Summit Arab yang menegaskan semua
negara-negara Arab tidak akan mengambil bahagian dalam perang keatas Iraq. Lapangan
Terbang Saudi ditutup
Dalam
perkembangan berkaitan, satu lapangan terbang Saudi yang berdekatan
sempadan Iraq telah ditutup pada Jumaat disebabkan oleh "kerja
penyelengaraan". "Lapangan
terbang Arar telah ditutup sejak Khamis untuk kerja selenggara. Kapal
terbang telah diarahkan menuju ke Lapangan terbang Sakaka," yang
terletak 150 di selatan Arar dalam kawasan al-Jawf, kata seorang pegawai
Suadi Arabian Airlines in Arar kepada AFP secara rahsia. Tetapi
kumpulan pemberontak Saudi berpusat di London berkata lapangan terbang
Arar yang terletak 15 kilometer dari sempadan Iraq ditutup kepada
penerbagan awam disebabkan tentera Amerika mendarat disitu untuk menyertai
perang keatas Baghdad. Pergerakan pembangkang Movement for Islamic Reform in Arabia (MIRA) menuduh lapangan terbang itu ditutup "disebabkan ketibaan tentera Amerika untuk mengambil bahagian dalam perang ketasa Iraq." MIRA
berkata Rabu lalu, Mac 5, bahwa sejumlah tentera Amerika yang besar telah
tiba di Arab Saudi untuk memperkukuhkan lagi kontijen yang sedia ada di
Pangkalan Udara Putera Sultan. Dalam
kenyataannya, ia berkata diantara 2,000 dan 5,000 tentera Amerika kini
berada di Tabuk dimana "beberapa kapal terbang Galaxy yang sarat
dengan peralatan berat telah juga sampai". Tuduhan
yang sama juga dipersetujui agensi the Saudi Information Agency, satu
pertubuhan berpusat di Washington, yang berkata Rabu lalu beberapa ratus
tentera Amerika telah tiba di lapangan terbang Arar. Ia
menegaskan beberapa kapal terbang Galaxy telah tiba di Arar baru-baru ini
membawa peralatan berat, "jelas untuk digunakan dalam perang keatas
Iraq." Tentera
Amerika yang ditempatkan di kawasan Teluk dan Meditteranean untuk
kemungkinan menyerang Iraq telah mencecah 240,000 orang termasuk 130,000
di Kuwait, menurut pegawai tentera Amerika. Tentera
Amerika di Kuwait, pangaklan penting untuk serangan darat, bertambah
menjadi 130,000 dari 111,000 seminggu lalu, kata pegawai itu. 48,000
lagi tentera laut dan marin berada diatas kapal laut di Teluk dan
Mediteranean. Jumlah tentera di tempat lain juga agak stabil dengan 8,000 di Qatar, 8,000 di Saudi Arabia, 5,000 di Bahrain, 3,000 di Oman, and 20,000 yang ditempatkan di Eropah untuk bantuan kecemasan, kata pegawai tersebut. |