Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

29/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


 

Aznar berdepan 91% tentangan kepada perang
http://www.guardian.co.uk/Iraq/Story/0,2763,925146,00.html
Giles Tremlett di Madrid dan Sophie Arie di Rome

Terjemahan: Muzammil Haji Daud
Sabtu Mac 29, 2003
The Guardian


Perdana Menteri Sepanyol, Jose Maria Aznar, orang ketiga di arena antarabangsa disamping George Bush dan Tony Blair dalam kemaraan berperang, kini sedang memerhatikan kemusnahan politiknya semalam apabila tunjuk perasaan anti-perang meluas dan undian menunjukkan 91% rakyat Sepanyol menentang perang.

Madrid, Barcelona dan bandaraya-bandaraya lain bergegar dengan bunyi-bunyi paluan periuk dan kuali dari jendela rumah mereka pada malam Khamis dalam satu siri terbaru tunjuk perasaan anti-perang yang menyaksikan pertempuran diantara polis dan para penunjuk perasaan.

Istana Alhambra di Granada, simbol Islam Sepanyol silam, menutup lampu semasa protes malam Khamis, dan di Barcelona, ahli-ahli bomba membunyikan siren tanda sokongan.

Tahap penentangan terhadap perang memaksa kerajaan parti People terpaksa berada dalam keadaan bertahan. Mr Aznar tidak berani untuk membuktikan sokongannya kepad Bush sebelum perang dengan penghantaran tentera. Malahan, penghantaran 900 tentera untuk "kerja-kerja kemanusian" juga menimbulkan kemarahan puak anti-perang.

Undian yang paling baru diterbitkan oleh pihak rasmi kerajaan menunjukkan 91% undi membantah perang. Undian mengenai hasrat mengundi pilihanraya menunjukkan, dalam masa dua bulan, parti People telah menjunam dari berada dalam kedudukan seri kepada kalah sedikit berbanding parti sosialis yang anti-perang. Majoriti rakyat kini menjangkakkan parti sosialis akan memenangi pilihanraya tahun depan.

Kerajaan menjawab dengan berkata ia memikirkan "bukan mengenai pilihanraya akan datang tetapi generasi akan datang."

Penunjuk ajar ('mentor') kepada Mr Aznar, Felix Pastor, bekas presiden parti yang masih menganggotai jawatankuasa parti, menuduh beliau telah memusnahkan kerja keras yang dibuat untuk membina parti yang sederhana dan berhaluan tengah-kanan.

"Hasrat untuk mengadakan sebuah parti Christian People yang sederhana, berperikemanusian telah dimusnahkan," katanya kepada akhbar El Mundo. "Rakyat Sepanyol ada hak untuk mengharapkan kerajaan mereka mengelakkan mereka dari sebarang peperangan ... Polisi-polisi Bush memang amat teruk yang kita sepatutnya tidak menyokongnya."

Kata-kata beliau itu diucapkan selepas beberapa perletakan jawatan termasuk bekas menteri dan beberapa ahli parti peringkat bawahan.

Menteri-menteri kini dibayangi kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan. Pejabat-pejabat parti People dirosakkan dan dicemari 'grafiti' (tulisan dinding) anti-perang.

Di Itali, kerajaan menghadapi kesukaran politik selepas 1,000 tentera payung terjun A.S. mendarat di utara Iraq Rabu lalu selepas berlepas dari pangkalan A.S. di Vicenza. Perdana menteri Silvio Berlusconi berjanji Itali tidak akan digunakan sebagai pangkalan berlepas untuk serangan keatas Iraq. Secara rasmi, Itali menyokong tentera bersekutu dan menawarkan pangkalan-pangkalan tentera dan ruang udaranya untuk kegunaan tentera A.S. tetapi bukan untuk melancarkan perang.

Mr Berlusoni dituduh penentang sebagai mengambil pendirian yang "kabur", ada ketika meyakinkan A.S. dan Britain sokongannya sambil menuntut pula, setelah rakyat menentang perang, pertubuhan antarabangsa dihormati.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia