Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

 

: : 13/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud

Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, bukan komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 

 

 

Israel kepada [kata] AS.: Sekarang Ajar Syria dan Iran
Oleh Aluf Benn
Ihsan: Haaretz Daily, artikel asal klik sini

Dua dari pembantu kana Perdana Menteri Ariel Sharon akan berlepas ke Washington untuk mengadakan perbincangan berasingan minggu ini. Penasihat Keselamatan Kebangsaan Efraim Halevy akan berbincang mengenai akibat perang Iraq dan kejatuhan rejim Baath keatas kawasan itu, ketua biro perdana menteri Dov Weisglass akan mengemukan kepada Rumah Putih komen Israel mengenai rancangan "peta jalan" untuk perdamaian.

Israel akan mencadangkan agar Amerika Syarikat menguruskan persoalan Iran dan Syria oleh kerana sokongan mereka terhadap keganasan dan usaha mereka membina senjata pembunuh awam. Israel akan menekannkan bahawa sokongan Syria kepada Hezbolah, yang dianggap AS sebagai sasaran penting dalam perang menentang keganasan antarabangsa.


Pegawai-pegawai Amerika baru-baru berkata dalam satu perbualan sulit bahawa AS akan bertindak terhadap Syria dan Iran, tetapi melalui ketenteraan. Pentadbiran Amerika berang terhadap Syria oleh kerana sokongannya kepada Iraq ketika perang dan kesediannya menerima pemimpin Iraq yang melarikan diri dari rejim Saddam Hussein. Manakala Iran pula, pentadbiran Amerika mencadangkan untuk berkerjasama dengan PBB dan Suruhanjaya Kuasa Atom (Atomic Energy Commission) untuk menghentikan program nuklear Iran.

Weisglass dijadualkan bertemu Penasihat Keselamatan Kebangsaan [Amerika] Condoleezza Rice dan menyuarakan kerisauan Israel mengenai peta jalan damai itu. Sumber-sumber kerajaan kanan berkata tujuan Weisglass ialah "untuk memastikan sesuatu yang merisuakan kita tidak akan berlaku." Pihak pentadbiran pula telah menjelaskan ia tidak bersedia untuk membuka semula peta jalan itu dan membincangkannya dan akan membentangkannya kepada kedua-dua pihak menurut peta yang sedia ada, selepas kerajaan baru Palestin diketuai Abu Mazem menangkat sumpah. Sumber-sumber Israel mengandaikan Weisglass akan cuba mencapai "prinsip yang dipersetujui bersama untuk perlaksanaan rancangan itu" dengan pihak Amerika yang akan mengambil kira "garisan merah" (had?) Israel.

Menteri Luar Silvan Shalom bercakap dengan rakan sejawat ASnya  Colin Powell jumaat lalu sebagai persediaan untuk perbincangan itu. Shalom berkata komen Israel mengenai peta jalan itu bertujuan "melicinkan perlaksanaannya," dan menerangkan tekanan politik yang dihadapi kerajaan Sharon. Katanya "komen-komen kita akan membantu peta jalan itu diluluskan oleh kabinet [Israel]
."

Powell menjelaskan kepada Shalom bahawa peta jalan itu akan dibentangkan tanpa sebarang perubahan. Komen-komen Israel mengenai peta jalan itu menyatakan, bahawa tahap-tahap perlaksanaannya bergantung kepada prestasinya dan bukan jadualnya; bahawa Israel hanya akan bertindak sebagai tindakbalas kepada langkah-langkah lebih awal pihak Palestin, dan bukan bertindak bersama-sama; bahawa pihak Palestin akan mengumumkan mereka melupakan hak untuk kembali; bahawa pemberhentian penempatan [di kawasan yang dicerobohi] hanya dibuat selepas tempoh perdamaian yang panjang; dan bahawa aktiviti IDF di kawasan yang dicerobohi tidak akan dihadkan. Israel juga meminta agar inisiatif Saudi tidak diamblikira sebagai sumber yang berhak untuk perbincangan damai ini.

Pihak berkuasa keselamatan sedang memikirkan untuk melakukan tindakbalas baik terhadap Abu Mazen, temasuk pembebasan beratus-ratus tahanan Palestin dan mengosongkan kawasan yan ditakluki utara Semenanjung Gaza.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia