Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

 


Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Perancis, Russia akan veto cadangan

http://www.lsj.com/news/local/030311_iraq_1a.html 
Amerika gagal dapatkan 9 undi yang diperlukan untuk luluskan ketetapan

ERIC DRAPER/Associated Press

Masih mecuba: President Bush bercakap dengan Perdana Menteri Jepun Junichiro Koizumi pada hari Isnin dari pejabat beliau Oval Office. Amerika gagal mendapatkan sembilan undi yang diperlukan untuk meluluskan ketatapan PBB keatas Iraq.

Oleh Dafna Linzer, Associated Press

PBB - Kempen President Bush melalui talipon untuk mendapatkan sokongan kepada cadangan kata dua kepada Iraq telah gagal Isnin - menyebabkan kelewatan undian Majlis Keselamatan dan membuka jalan kepada kemungkinan berkompromi untuk memberi lebih masa kepada Saddam.

Amerika telah berharap untuk membentangkan ketetapan tersebut kepada majlis hari ini, dan meletakkan Mac 17 sebagai tarikh akhir untuk Iraq melupuskan senjata. Namun, undian terpaksa dilewatkan apabila Amerika dan sekutu-sekutunya sedar mereka gagal mendapatkan sembilan undi untuk memperolehi majoriti.

Tetapi sembilan undi belum cukup memberangsangkan. Presiden Perancis Jacques Chirac berkata Perancis akan mem'veto' sebarang ketetapan yang membenarkan perang. Begitu juga Russia yang berkata akan memveto cadangan tersebut.

Amerika Syarikat dan Britain berkata mereka sanggup berbincang mengenai tarikh akhir dan perubahan lain ke atas ketetapan tersebut.

Diantara beberap perubahan yang sedang difikirkan: menambahkan senarai pemeriksaan yang Iraq perlu patuhi untuk membuktikan pelupusan senjata dan kerjasama mereka.

Beberapa negara yang berbelah-bagi sedang memikirkan untuk melewatkan tarikh akhir sehingga  April 17 - tetapi jelas cadangan sebegitu tidak akan diterima Amerika, memandangkan ratusan ribu tentera Amerika sedang menunggu arahan di Teluk Parsi.

:: ke MukaDepan