Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

14/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact salamku@hotmail.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Perang Iraq - Dicetuskan di Israel 

http://www.currentconcerns.ch/archive/20030102.php 


Stephen J. Sniegoski (*), USA

Dalam satu artikel di dalam The American Conservative yang mengkritik alasan serangan Amerika ke atas Iraq, ahli sejarah diplomatik veteran  Paul W. Schroeder hanya menyentuh secara ringkas 'mungkin sebab dan motif yang tidak diberitahu di sebalik polisi ini - keselamatan untuk Israel.' Jika keselamaran Israel merupakan motif sebenar kenapa Amerika ingin menyerang, Shroeder menambah : 'Seakat yang saya tahu, ia mewakili sesuatu yang unik dalam sejarah. Memang biasa bagi kuasa besar untuk mencuba berprang menggunakan wakilnya ('proxy'), dengan menyebabkan negara kecil berperang bagi kepentingannya. Kali ini pertama kali setakat yang saya tahu sebuah kuasa besar (malahan kuasa 'super') berperang bagi pihak negara yang lebih kecil. Terdapatkah bukti Israel dan para penyokongnya telah berjaya membuatkan Amerika berperang bagi pihaknya?

Salahguna peristiwa Sept 11

Untuk mengetahui motif-motif sebenar perang Iraq, seseorang itu perlu bertanya soalan yang penting: Bagaimana serangan pengganas pada Sept 11 menjurus kepada perang Iraq, dimana tiada bukti dikaitkan ia terlibat dalam serangan itu? Kita boleh lihat sejak dari serangan Sept 11, golongan konservatif baru, yang kebanyakannya (walaupun bukan semua) dianggotai oleh orang berbangsa Yahudi dan mereka yang simpati kepada Zionist, telah cuba menggunakan serangan Sept 11 untuk memerangi keganasan dunia, yang kebetulannya bersamaan dengan musuh-musuh Israel. 

Golongan konservatif-baru dan Israel

Walaupun panggilan konservatif baru (neocon) biasa digunakan, penerangan ringkas mengenai kumpulan ini mungkin membantu pemahaman kita. Ramai dari generasi pertama konsevatif baru ini asalnya orang Democrat yang liberal, atau sosialis dan Marxists, dan juga Trotskyites. Mereka berubah ke haluan kanan pada tahun 1960an dan 1970an sebagai Democratic Party dan berganding bahu dengan gerakan anti perang McGovernite yang berhaluan kiri. Dan perhatian kepada Israel menjadi satu agenda utama bersama perubahan itu. Seperti ahli sains politik, Benjamin Ginsberg katakan: 'Satu faktor utama yang mengubah mereka ke haluan kanan ialah simpati mereka kepada Israel dan meningkatnya kekecewaan dengan parti Democratic pada tahun 1960an yang membantah kesediaan ketenteraan Amerika dan peningkatan simpati kepada hal-hal berkaitan negara dunia ketiga  (contohnya Hak asasi orang Palestine). Melalui gerakan anti-komunis di era Reagan, komitmen kepada kekuatan persenjataan Amerika, dan kesediaan untuk masuk campur secara politik dan ketenteraan dalam hal-ehwal negara lain demi demokrasi (dan kepentingan Amerika), konservatif baru menemui gerakan politik yang boleh menjamin keselamatan Israel.'2

Perang keatas Iraq berpunca di Israel?

Puak konservatif baru ini telah mencadangkan perang Amerika ke atas Iraq sebelum tragedi Sept 11, 2001 lagi. Serangan 9/11 telah memerikan mereka alasan untuk meneruskan niat itu. Idea yang mendakwa puak konservatif baru yang berada di sebalik tabir perang ini telah disuarakan oleh beberapa orang pengkritik. Contohnya, Joshua Micah Marshall menulis artikel di dalam The Washington Monthly berjudul: 'Bomkan Saddam?: Bagaimana ketaksuban beberapa orang penting dari puak konservatif baru menjadi matlamat utama polisi luar negara Amerika.' Dan Kathleen dan Bill Christison menulis di dalam e-journal berhaluan kiri CounterPunch: 'Dakwaan bahawa perang dengan Iraq dirancang di Israel, atau dicadangkan oleh penggubal polisi yang mahu membentuk keadaan yang selamat kepada Israel, amat kuat (kebenarannya-sic).  Ramai penganalisa Israel percayakannya. Pengkritik Israel Akiva Eldar baru-baru ini secara terbuka dalam satu ruangan di dalam Ha'aretz berkata Perle, Feith, dan ahli strategi yang lain "bertindak secara berhati-hati untuk memenuhi ketaatan mereka kepada kerajaan Amerika dan kepentingan Israel.' Cadangan ujudnya ketaatan kepada dua pihak tidak dibincang secara terbuka dalam akhbar Israel, tidak seperti di Amerika. Pejuang keamanan Uri Avnery, yang amat mengenali PM Israel Ariel Sharon telah menulis bahawa Sharon telah sejak sekian lama merancang rancangan besar untuk mengubah struktur Asia Tengah dan 'angin sedang bertiup do Washington yang mengingatkan saya kepada Sharon. Saya tiada bukti bahawa Bush mendapatkan idea-idea darinya (Sharon-sic). Tetapi gayanya amat sama.' 3

Di dalam tulisan berikut, ......

Bahagian seterusnya artikel ini hanya boleh dibaca oleh pelanggan Salamku-List. Username dan password boleh didapati dengan melanggan (PERCUMA) Salamku-List

Log-in: Belum Langgan? Langgan Percuma:
Masukkan username & password
User Name:  
Password:  
    
Langgan Salamku-List
Masukkan nama/nama samaran dan e-mail:
Nama:
Email:  
Langgan      Henti Langgan
  *Anda akan terima e-mail untuk pengesahan.

*Selepas pengesahan, username dan password akan di'e-mail' kepada anda.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia