Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


29/03/03  Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


 

 
Gambaran kesengsaraan dan kesedihan dipancarkan ke seluruh dunia
The Scotsman
Sabtu 29 Mac 2003


ALASTAIR JAMIESON AND LARA MARLOWE IN BAGHDAD
http://www.thescotsman.co.uk/international.cfm?id=37177200

 

SEORANG WANITA yang memakain furdah hitam menangis dengan kuat sambil menampar muka dengan tangannya di koridor hospital Al-Noor hospital ketika doktor membedah anak lelakinya.

Tidak jauh dari situ, seorang pemuda Iraq, dengan sebahagian dari tangannya berlumuran darah, berteriak kesakitan ketika doktor cuba membuang serpihan peluru dari kakinya.

"Saya dibedil ... sebuah peluru berpandu terjatuh berdekatan rumah saya," kata pemuda itu.

Gambaran-gambaran di dalam hospital itu ditayangkan di TV Al-Jazeera sejurus selepas letupan di sebuah pasaraya di barat Baghdad yang membunuh sekurang-kurangnya 55 orang dan mencederakan berdozen-dozen yang lain.

Dr Haqi Ismail Razouq, pengarah hospital itu, berkata kebanyakan dari yang tercedera ialah kanak-kanak dan keadaan mereka memang tenat, sambil menambah mangsa-mangsa mulai sampai lebih kurang jam 6:30 petang.

Keranda 'segera' dan orangramai yang mengerumuni hospital itu ditayangkan oleh Al-Jazeera. Sebuah ambulan dilihat cuba membawa mereka yang cedera melalui orang ramai dan mayat dua kanak-kanak diambil di rumah mayat hopsital.

Abu Dhabi TV berkata peluru berpandu mungkin telah membedil pasar al-Nasserdan menayangkan lubang yang besar dan kereta-kereta yang rosak teruk.

Seorang lagi doktor di hospital Al-Noor - lebih kurang 300 yard dari tempat letupan - berkata beliau sudah membilang seramai sejumlah 55 kematian dan lebih dari 57 yang tercedera dari pasar itu, yang beliau kata dipenuhi wanita-wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Al-Jazeera berkata pencarian lebih ramai mangsa diteruskan dan menunjukkan gambar-gambar orang ramai membawa keluar keranda-keranda dari hospital yang dikerumuni orang orang.

Sekumpulan orang awam yang bersedih melaungkan "Allahu akbar," (Allah Maha Besar) dan sepasang selipar kanak-kanak yang berlumuran darah terdampar diatas jalan tidak jauh dari tempat lubang kesan bom itu.

Omar Ismail, seorang jurutera berusia 35 tahun yang menyaksikan letupan itu, berkata bahagian-bahagian tubuh melayang ke sebelah jalan, dan selepas letupan itu, wanita dan kanak-kanak berteriak sambil berlari-lari dalam kebingungan untuk mencari orang yang dikasihi.

"Kenapa mereka terlalu membenci orang Iraq?" tanya beliau.

Letupan itu menyebabkan lubang seluas meja kopi di atas koridor di depan deretan kedai-kedai. Air melimpah dari paip-paip yang pecah dan besi-besi berjuntaian dari bumbung kedai-kedai yang rosak.

"Kenapa mereka membuat kesilapan macam ni jika mereka menggunakan teknoloji?" kata Abdel-Hadi Adai, yang kehilangan adik iparnya yang berumur 27 tahun, Najah Abdel-Rida, dalam letupan itu.

Ini kejadian kedua seumpamanya di kawasan orang awam di Baghdad.

Pada hari Khamis, sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dan berdozen-dozen cedera dalam serangan peluru berpandu yang dituduh Iraq dilakukan tentera bersekutu di kawasan pasar Al-Shaab di pinggir bandar, di utara Baghdad. Pusat Arahan A.S. di Qatar berkata ia tiada bukti menunjukkan tentera bersekutu yang bertanggungjawab dan membayangkan ia mungkin peluru berpandu tentera Iraq yang tersasar dari sasaran dan kembali jatuh ke bumi. 

Pemimpin perang di A.S. dan Britain akan merasa risau mengenai laporan korban orang awam yang besar di Iraq ketika rakyat mereka membantah perang ini.

Letupan awal malam di pasar itu diikuti dengan serangan peluru berpandu awal pagi esoknya yang memusnahkan empat tingkat dari bangunan 10-tingkat ibusawat talipon Baghdad.

Tiga kemudahan telekomunikasi Baghdad dibedil ketika pengeboman yang teruk itu. Sehingga kini, pihak berkuasa Iraq lebih berminat menunjukkan kepada pemberita asing bangunan yang rosak dari manusia yang cedera. Dalam masa sembilan hari, mereka membenarkan pemberita melawat berdozen-dozen kawasan yang dibom tetapi hanya menganjurkan satu lawatan ke hospital.

Statistik telah disampaikan kepada menteri penerangan, Mr Mohamed Said al-Sahaf, yang berkata 33 orang awam telah terkorban di Iraq dalam masa 24 jam dari Khamis dan Jumaat, termasuk tujuh di Baghdad. Dia berkata 150 yang lain telah tercedera pada tempoh yang sama.

Tentera bersekutu merancang untuk mengekalkan kemudahan-kemudahan awam Iraq bagi mengurangkan kos pembangunan semula, namun kesukaran yang ditempuhi dalam penaklukan mungkin akan menyebabkan tindakan yang digelar "keluar sasaran".

Menteri pertahanan Iraq, Jen Sultan Hashem Ahmed, menjangkakan malam Khamis lalu bahawa Baghdad mungkin akan dikepung dalam masa lima hingga sepuluh hari.

Penduduk risau "sasaran kembar" iaitu sasaran tentera dan sasaran awam - pusat janakuasa, stesen pam, jambatan - mungkin akan dibuat.

Rakyat Iraq menganggap ibu sawat talipon sebagai sasaran awam.

Selepas malam yang digegarkan dengan letupan-letupan yang berterusan, ramai dari penduduk Baghdad tidak dapat menghubungi sanak-saudara dan rakan-rakan untuk bertanya khabar.

Ibu sawat al-Awiya dibom pada jam 7 pagi semalam menggunakan bom penembus kubu berkuasa 4500 lb yang menggegarkan tebing timur sungai Tigris seumpama gegaran gempa bumi.

Di jalan menuju Jambatan Sineg, satu lagi bom yang besar tersasar hanya beberapa meter dari sasarannya iaitu Pusat Telekomunikasi al-Rashid, yang juga memuatkan ibu pejabat pos bandaraya itu.

Ketika beberapa orang yang memakai pakaian seragam hijau memasukkan kotak-kotak styrofoam yang sarat dengan papan litar ke atas van, seorang pegawai berkata: "Ini satu kesilapan sasaran yang amat tipis. Saya jangka A.S. akan kembali bila-bila masa sahaja.

"Saya akan keluar dari sini sekarang jika saya jadi anda."

  • Lara Marlowe ialah koresponden untuk akhbar Irish Times.


  • :: MukaDepan   :: Berita Dunia