www.SalamKu.com

 

KANDUNGAN

 Muka Depan
 Prakata | Aluan
 Apa itu Islam?
 Qur'aan
 Muhammad Sal-lal-lahu-alaihi-wassalam  
 Islam & Sains
 Qur'aan & Sains Moden  
 Penciptaan Manusia      

 Kesan Kelucahan

 Tubuh Manusia
  Asal Usul Bumi dan Geologi
 Laut & Lautan
 Astronomi
 Fakta-fakta Sains
 Cahaya Kebenaran
 Penjejak Kebenaran

 Nota Akhir
 Bibliographi
 FAQ's
 Peta Laman | Index
 Sign Up | Tell a Friend
 Hubungi Kami

 APA ITU ISLAM?

P r i n t  T h i s  A r t i c l e

  -----------------------------------------------------------

 Apa Itu Islam?

What Is Islam Bolehkah kita menemui penerangan mengenai alam semesta? Ujudkah penjelasan yang meyakinkan? Kita semua sedar tiada keluarga yang boleh berfungsi tanpa seorang ketua, tiada bandaraya boleh ujud dengan makmur tanpa adanya pentadbiran yang cekap dan tiada sebuah negeri yang boleh beroperasi tanpa seorang pemimpin. Kita juga sedar tiada apa yang boleh ujud dengan sendirinya.

 Selain dari itu, kita juga memerhatikan bahawa alam semesta ini ujud dan berfungsi dalam keadaan yang teratur, dan ianya telah ujud sejak lebih berbillion tahun. Bolehkah kita katakan bahawa semua ini berlaku secara kebetulan dan tanpa peraturan? Bolehkah kita kaitkan keujudan manusia dan seluruh alam ini dengan suatu kebetulan sahaja. Manusia hanyalah sebahagian kecil dari seluruh alam semesta yang besar ini, dan jika manusia merancang dan menghargai faedah dari perancangan, maka keujudannya dan alam semesta ini tentunya juga berasaskan satu perancangan rapi.

 Ini bermakna ada sesuatu di sebalik keujudan kita, dan ada suatu kuasa luarbiasa yang mencipta benda-benda dari tiada kepada ada dan memastikan semuanya berjalan teratur. Di dunia ini tentu ada satu kuasa hebat untuk memastikan perjalanan dunia yang teratur. Di sebalik keindahan alam semulajadi, tentu ada Yang Maha Pencipta yang mencipta semua benda yang ujud ini untuk satu tujuan istimewa.

 Manusia yang berfikir kenal akan Pencipta ini dan menamakannya Allah Allah. Dia bukan manusia kerana tiada manusia yang boleh mencipta manusia lain. Dia bukan haiwan, dan bukan juga tumbuhan. Dia bukan berhala, bukan juga patung, oleh kerana benda-benda tersebut tidak mampu mencipta dirinya sendiri mahupun benda-benda lain. Dia sebenarnya ialah Perekacipta dan Penjaga semua mereka itu. Pereka sesuatu mesti berbeza dan lebih hebat dari benda yang direkanya.

 Ada pelbagai cara untuk mengenali Allah dan banyak yang boleh dibincangkan mengenaiNya. Kehebatan dan keajaiban alam semesta ini adalah seumpama buku terbuka yang kita boleh baca mengenaiNya. Selain itu, Allah Allah membimbing kita melalui para RasulNya dan wahyu-wahyu yang Dia turunkan kepada manusia. Rasul-Rasul dan wahyu-wahyu ini menerangkan semua perkara yang kita perlu tahu mengenai Maha Pencipta.

 Penerimaan menyeluruh kepada ajaran dan panduan dari Yang Maha Pencipta seperti yang diturunkan kepada para RasulNya ialah ugama Islam. Islam mengajar bahawa Allah Allah itu satu dan  Yang Maha Kuasa, yang menyebabkan manusia menyedari erti alam semesta ini dan kedudukannya di situ. Keimanan ini membebasklan manusia dari sebarang ketakutan dan kepercayaan karut kerana keimanan membuatkan dia menyedari keujudan Allah Allah Yang Maha Kuasa, dan tanggungjawabnya kepada Allah.

 Keimanan ini mesti diterjemahkan dan diuji melalui amalan kerana keimanan sahaja tidak mencukupi. Keimanan kepada Tuhan Yang Satu memerlukan kita melihat manusia sebagai satu keluarga dibawah kekuasaan Yang Maha Pencipta, Pemberi Rezeki kepada semua. Islam menolak konsep manusia terpilih. Sebaliknya Islam menetapkan keimanan kepada Maha Pencipta dan amalan solehlah yang merupakan jalan ke syurga. Justeru, hubungan terus dengan Allah ujud tanpa memerlukan orang tengah.

 Islam bukanlah satu ugama baru. Sebenarnya Islam adalah mesej dan panduan sama yang telah Allah Allah berikan kepada semua Rasul-RasulNya seperi Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishak, Daud, Musa, Isa, dan Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Walaubagaimanapun, mesej yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam ialah Islam yang telah lengkap dan dalam bentuk terakhir.

 Al-Quran pula ialah firman-firman Allah Allah dan sumber asas ajaran dan perundangan Islam. Ia membincangnkan persoalan kepercayaan, amalan baik, sejarah manusia, penyembahan Tuhan, ilmu, kepintaran, hubungan manusia dengan Tuhan, dan hubungan sesama manusia. Ia juga mengandungi ajaran lengkap dari mana kita boleh membina satu sistem yang hebat, keadilan sosial, ekonomi, politik, perundangan, dan hubungan antarabangsa. Semuanya adalah isi penting di dalam Al-Quran.

 Manakala Hadis pula ialah ajaran, sabda,  pengesahan, dan perbuatan Nabi Muhammad yang sallallahu 'alaihi wa sallam dikumpulkan dengan teliti oleh para sahabat baginda sallallahu 'alaihi wa sallam . Hadis berfungsi menerangkan ayat-ayat Al-Quran.

  -----------------------------------------------------------

 Arkaanul-Eeman: Rukun Iman (Kepercayaan)

Seorang Muslim sejati mesti mempercayai rukun-rukun iman berikut: 

  1.  Kepercayaan kepada Tuhan Yang Satu (AllahAllah), Maha Agung, Tidak Berkesudahan, Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Pencipta, Maha Pemberi Rezeki. Dia tiada anak, dan tidak pula diberanakkan, dan tiada apa pun yang serupa denganNya.

  2.  Kepercayaan kepada Rasul-Rasul Allah tanpa membeza-bezakan di antara mereka. Setiap bangsa ada diutuskan Pemberi amaran atau Rasul dari Allah Allah. Mereka dipilih oleh Allah Allah untuk mengajar manusia dan menyebarkan wahyuNya. Al-Quran menyebut sebahagian daripada mereka, dan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam ialah Rasul terakhir dan penutup kepada sejarah kerasulan.

  3.  Kepercayaan kepada kitab-kitab dan wahyu-wahyu Allah dengan menerima mereka sebagai cahaya pembimbing yang diterima Rasul-Rasul untuk digunakan sebagai panduan membawa umat mereka menuju jalanNya. Di dalam Al-Quran, rujukan khusus diberikan kepada kitab-kitab Nabi Ibrahim, Musa,Daud, dan Isa 'alaihissalam. Namun, sejak sekian lama sebelum diwahyukan kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, sebahagian dari isi kandungan kitab-kitab tersebut telah hilang atau dipinda. Kitab Allah yang kekal asli dan lengkap hanyalah Al-Quran. Ianya kekal asli seperti mana pada mula ianya diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam.

  4.  Kepercayaan kepada malaikat-malaikat pesuruh Allah Allah, mengakui mereka sebagai makhluk yang tidak membuat dosa, dan juga makhluk yang tidak memerlukan makanan, minuman, mahupun rehat. Mereka ialah hamba Allah yang diberi penghormatan dan diberi tugas-tugas tertentu dan menghabiskan malam dan siannya untuk menyembah Allah. Mereka patuh kepada perintah Allah Allah.

  5.  Kepercayaan kepada Hari Kiamat dan Alam Akhirat, mengakui bahwa alam semesta ini akan musnah suatu ketika nanti, dan mereka yang telah mati akan dibangkitkan semula untuk diadili. Manusia yang mempunyai rekod amalan soleh akan diberi ganjaran sebaik-baiknya akan dimasukkan ke dalam Syurga Allah Allah. Manakala mereka yang membuat amalan jahat akan diseksa dan dihumbankan ke dalam Neraka. Masing-masing menerima balasan yang adil dan setimpal.

  6.  Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar (ketentuan Allah Allah), samada baik atau buruk, yang telah ditakdirkan oleh Allah berdasarkan ilmu dan kebijaksanaanNya. Tiada apa pun boleh terjadi di dalam kerajaan Allah Allah tanpa keinginanNya. Ilmu dan kuasa Allah Allah menguasai semua makhlukNya. Dia Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani, dan apa juga tindakanNya mesti mempunyai hikmah tertentu. Jika ini yang kita tanam di dalam hati dan minda kita, maka kita mesti menerima dengan redha apa jua takdir yang ditimpakanNya keatas kita walaupun mungkin kita tidak mampu memahaminya atau mungkin kita berpendapat ianya buruk.

 Keimanan tanpa amalan tidak diterima oleh Islam kerana keimanan itu suatu yang sensitif dan boleh menjadi begitu berpengaruh. Apabila keimanan tidak disusuli dengan amalan soleh, kekuatan dan kuasa mengerakkan semangatnya akan akan hilang.

 

  -----------------------------------------------------------

 Arkaanul-Islam: Lima Rukun Islam (Amalan)

  1.  Shahadatain (Penyaksian): Mengakui bahwa tiada yang berhak disembah selain dari Allah Allah (Maha Pencipta), dan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam ialah Rasul Allah Allah.

  2.  Solat: Penyembahan kepada Allah Allah sebanyak lima kali sehari. Amalan ini menguatkan keimanan kepada Allah dan mendorong manusia meningkatkan tahap moral mereka. Ia menyucikan hati dan menghalang manusia dari melakukan amalan mungkar:

    1. Salaatul-Fajr (Sembahyang Subuh)
    2. Salaatul-Zuhur (Sembahyang sekitar tengahari)
    3. Salaatul-Asar (Sembahyang petang)
    4. Salaatul-Maghrib (Sembahyang sekitar matahari terbenam)
    5. Salaatul-Isha (Sembahyang Malam)

  3.  Zakaah (Sedekah): Menurut istilah, makna ringkas Zakaah ialah penyucian. Manakala makna teknikalnya pula ialah sejumlah wang atau barangan yang dibelanjakan oleh seorang Muslim setiap tahun kepada mereka yang layak berasaskan jumlah wang atau barang yang disimpannya. Kepentingan zakat lebih dari sekadar untuk bantuan kemanusiaan dan sosio-politik sahaja.

  4.  Puasa: Di bulan Ramadan, penganut Islam bukan hanya menghindari makanan, minuman, dan hubungan suami-isteri dari subuh hingga ke senja, mereka juga disuruh supaya menghindari niat dan kehendak jahat. Ramadan mengajar mereka erti kasih-sayang, amanah, dan kesungguhan. Ia juga menyuburkan rasa tanggungjawab sosial, kesabaran, dan kuasa diri.

  5.  Ibadah Haji (Perjalan ke Mekah): Ianya wajib dilakukan sekali untuk seumur hidup bagi mereka yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan. Ibadat Haji adalah perhimupnan tahunan terbesar di mana umat Islam bertemu dan kenal-mengenal diantara satu sama lain, mempelajari permasalahan mereka, dan mempertingkatkan perhubungan diantara mereka tanpa sedikit pun perasaan prejudis atau prasangka berdasarkan kebangsaan, kesukuan mahupun status. Lagipun semua manusia adalah sama sahaja pada pandangan Allah Allah. Jadi ibadat Haji membuktikan semangat universal Islam dan semangat persaudaraan dan persamaan diantara sesama Muslim.

  •  INILAH ISLAM

  •  JALAN YANG SEBENAR MENUJU KEJAYAAN

  •  DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

 

  -----------------------------------------------------------

 
P r i n t  T h i s  A r t i c l e
© Muzammil Haji Daud