Al-Quran dan Sains Moden:
Seiring atau berlawanan?
Astronomy (siap)
Physics
Geography
Geology
Oceanology
Biology |
Botany
Zoology
Medicine
Physiology
Embryology
General Science
Conclusion |
Pengenalan
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Semenjak mulai mendiami planet ini, manusia sentiasa berusaha
memahami alam ini, kedudukannya dalam alam ini, dan tujuan
kehidupan itu sendiri.
Dalam usaha
menjejaki kebenaran yang telah berterusan di sepanjang kurun dan
meliputi pelbagai tamaddun, ugama yang tersusun telah membentuk
hidup manusia dan menentukan perjalanan sejarah. Sesetengah
ugama berpandukan kitab-kitabnya, dan didakwa oleh penganutnya
bahawa ia diwahyukan. Manakala sebahagian agama yang lain hanya
bergantung kepada pengalaman manusia.
Al-Qur’aan, sumber utama ugama Islam ialah kitab yang
wajib dipercayai oleh Muslim sebagai bersumberkan Tuhan
sepenuhnya. Muslim juga percaya ia mengandungi panduan untuk
semua manusia. Oleh kerana mesejnya dipercayai untuk sepanjang
masa, ia sepatutnya relevan sepanjang masa. Adakah Al-Quran
melepasi ujian ini? Disini, saya ingin memberikan kajian
objektif mengenai kepercayaan Muslim terhadap Al-Quran yang
dikatakan bersumberkan Tuhan dari sudut penemuan sains yang
sahih.
Ada ketikanya dalam sejarah peradaban dunia apabila keajaiban
atau apa yang dilihat seperti keajaiban, lebih dipercayai
berbanding logik akal. Tetapi, bagaimana kita takrifkan
erti 'keajaiban'? Keajaiban ialah sesuatu keluarbiasaan yang
berlaku kepada manusia dan manusia pula tiada penerangan
kepadanya. Walaubagaimanapun, kita mesti berhati-hati sebelum
menerima suatu kejadian itu sebagai keajaiban. Satu artikel
dalam 'The Times of India' Mumbai pada tahun 1993 melaporkan
seorang orang suci ('saint') bernama 'Baba Pilot' mendakwa telah
menyelam di dalam sebuah tangki untuk tiga hari dan tiga malam
tanpa henti. Walaubagaimanapun, apabila pemberita ingin
memeriksa dasar tangki yang digunakan beliau untuk 'keajaiban'
itu, dia enggan membenarkannya. Dia berdolak-dalih dengan
berkata bagaimana seseorang itu memeriksa rahim ibu yang
melahirkannya. 'Baba' itu menyembunyikan sesuatu. Ia hanyalah
satu lakonan untuk mendapatkan publisiti. Tentu tiada seorang
pun manusia yang berfikiran waras akan menerima keajaiban
sebegitu. Jika keajaiban palsu begitu dianggap ujian untuk
kesucian, maka kita terpaksa menerima Mr. P. C. Sorcar, seorang
ahli magik yang terkenal dengan permainan silap matanya sebagai
seorang manusia yang amat dekat dengan Tuhan.
Kitab yang mendakwa bersumberkan dari Tuhan sebenarnya mendakwa
ianya juga adalah satu keajaiban. Dakwaan begitu boleh disahkan
pada bila-bila masa sahaja berpandukan standard yang ada pada
zaman itu. Muslim percaya Al-Quran ialah wahyu Tuhan yang
terakhir, keajaiban yang ajaib yang diturunkan sebagai rahmat
untuk semua manusia. Oleh itu, mari kita periksa kebenaran
dakwaan ini.
Saya merasa berterimakasih kepada Saudara Musaddique kerana
bantuannya untuk komen editornyta. Semoga Allah membalas jasa
baik beliau,
Aameen
Dr.
Zakir Naik
(Islamic Research Foundation)
^
Top
-----------------------------------------------------------
Cabaran Al-Quran
Sastera dan puisi adalah cara untuk manusia meluahkan perasaan
dan daya kreativitinya. Berkaitan dengan itu, dunia pernah
melalui zaman dimana sastera dan puisi dianggap berada di
kedudukan hebat sebagaimana kedudukan sains dan teknoloji dewasa
ini.
Muslim dan bukan Muslim bersetuju Al-Quran merupakan satu hasil
sastera Arab yang paling cemerlang pernah dihasilkan di muka
bumi ini. Al-Quran mencabar manusia dalam ayat-ayat berikut yang
bermaksud:
“Dan kalau kamu ada menaruh syak
tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hambi Kami
(Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang
sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang
kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul
kamu orang-orang yang benar; Maka kalau kamu tidak dapat
membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya,
maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang
disediakan untuk orang-orang kafir.”
[Al-Qur’aan 2, Al-Baqarah :23-24]
(Al-Qur’an
2, Al-Baqarah :23-24 menunjukkan nombor Surah 2 Surah Al-Baqarah
dan ayat 23 dan 24.)
Petunjuk yang sama digunakan dalam setiap bahagian buku ini.
Rujukan dan terjemahan Al-Quran berdasarkan Tafsir Pimpinan
Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran oleh Haji Muhammad Nur Haji
Ibrahim, Cetakan Kelima 1987, Terbitan Bahagian Ugama, Jabatan
Perdana Menteri (Malaysia).
Cabaran Al-Quran ialah supaya dihasilkan satu surah (bab)
sepertimana surah yang dikandunginya. Ianya diulang di dalam
Al-Quran beberapa kali. Namun, cabaran itu yang menuntut satu
surah yang sama dari segi keindahan bahasa dan maknanya tidak
terjawab hingga ke hari ini. Seorang manusia moden yang berfikir
tidak mungkin akan mempercayai sesebuah kitab ugama yang
menyebut, dalam bahasa yang cukup puitis, bahawa dunia ini rata.
Ini kerana kita hidup di zaman dimana daya fikir, lojik akal,
dan sains dianggap penting. Tidak ramai yang akan menerima hanya
berdasarkan keindahan ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti ianya
datang dari Tuhan. Mana-mana kitab yang mendakwa diwahyukan
Tuhan mesti boleh diterima dari segi kehebatan lojiknya.
Menurut seorang ahli fizik terkemuka dan pemenang Hadiah Nobel,
Alberty Einstein, "Sains tanpa ugama bermakna kelemahan.
Ugama tanpa sains bermakna kebutaan." Justeru, mari kita
kaji Al-Quran dan kita kaji samada Al-Quran dan Sains Moden ini
bergerak seiring atau berlawanan.
Al-Quran bukanlah buku sains, sebaliknya buku petanda-petanda,
yakni ayat-ayat. Terdapat lebih dari enam ribu petanda di dalam
Al-Quran dan seribu darinya membicarakan persoalan sains. Kita
semua tahu sains sering kali membuat 'U-turn' (penemuannya
sering berubah-rubah). Di dalam buku ini, saya hanya
mengambilkira fakta sains yang sahih dan bukannya hanya
hyphothesis dan teori yang disandarkan kepada andaian dan belum
terbukti.
-----------------------------------------------------------
|