-----------------------------------------------------------
Kemunculan penyakit-penyakit baru
disebabkan merebaknya kelucahan (lewdness).
Professor
T.V.N. Persaud: "Saya tiada masalah pada pendapat
saya bahawa ini ialah inspirasi dari tuhan (divine inspiration)
atau wahyu yang menyebabkan beliau mengucapkan
kenyataan-kenyataan tersebut."
Kami
perkenalkan kepada anda Dr. T.V.N. Persaud, Profesor bahagian
Kajian Tubuh, Profesor bahagian Pediatrik dan Kesihatan
Kanak-Kanak, dan Profesor bahagian Obstetrics, Gynecology, dan
Sains Pembiakan di University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba,
Canada. Ketika di universiti itu, beliau pernah bertugas sebagai
Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh selama 16 tahun. Profesor Keith
Moore memperkenalkan beliau kepada kami dan dia percaya terdapat
para cendikiawan dan ahli sains yang sentiasa mencari Kebenaran.
Profesor Persaud salah seorang dari mereka. Beliau seorang yang terkenal
di bidangnya dan telah menulis atau menyunting 22 buku teks dan
mengeluarkan 181 kertaskerja-kertaskerja saintifik (Scientific paper). Pada
tahun 1991, beliau telah menerima anugerah J.C.B. Grant Award
dari Persatuan Ahli Anatomi Kanada. Beliau memasukkan di dalam
buku-buku tersebut ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang beliau
telah disampaikannya di beberapa persidangan yang beliau hadiri.
Ini ialah satu daripada hadis-hadis yang Profesor Persaud telah
kaji:
Empatpuluh
dua malam selepas tumpahan air mani (tahap nutfah-pent), Allah
menghantar malaikat untuk membentuknya, dan membina pendengaran,
penglihatan, kulit, otot-otot dan tulang-tulang. Kemudian
malaikat bertanya: O Tuhan, adakah dia ini lelaki atau
perempuan? Allah
menentukan apa yang dia suka dan malaikat
merekod. [Saheeh Muslim, Kitaab Al-Qadar]
Diterjemahkan
terus dari apa yang dicatatkan di laman it-is-truth.
Gambar
ini menunjukkan janin pada hari ke 35 (tiada gambar-pent) yang
belum menampakkan bentuk manusia. Dan gambar berikutnya
menunjukkan janin yang sama pada hari ke-42. Justeru, Dr.
Persaud berkata, kita belum boleh mengecamkan bentuk manusia.
Kita lihat gambar-gambar ini pula yang dibuat oleh CIBA
menunjukkan janin pada hari ke 42 (Gambar 7.1). Seminggu
kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus selepas 42 hari, gambar
itu bertukar sepenuhnya seperti yang dapat kita lihat (gambar
7.2). Hadis Nabi yang menerangkan perkara ini bermaksud:
Empatpuluh
dua malam selepas tumpahan air mani (tahap nutfah-pent), Allah
menghantar malaikat untuk membentuknya, dan membina pendengaran,
penglihatan, kulit, otot-otot dan tulang-tulang...
Gambar. 7.1
Gambar. 7.2
Dr.
Persaud menyampaikan banyak kajian-kajian mengenai hubungan di
antara Al-Quran dan Hadis dengan sains moden. Berikut ini satu
lagi hadis yang dikaji Profesor Persaud dan beliau menjadikannya
satu dari tajuk penyampaiannya:
Jika kelucahan ujud di kalangan manusia dan menjadi perbuatan
biasa dan terbuka, wabak dan penyakit baru yang tidak ujud
sebelum ini akan merebak di kalangan mereka. [Ibn Maajah, Al-Hakim]
*Diterjemahkan secara terus dari catatan di lama it-is-truth.
Mari
kita baca penerangan Profesor Persaud mengenai hadis ini: "Memang
diterima umum perubahan yang berlaku di uterus cervix ada kaitan
dengan umur wanita, kekerapan hubungan seks, dan jumlah pasangan
seks mereka. Beberapa kajian wabak penyakit telah menunjukkan
kaitan penting diantara hubungan seks dengan ramai pasangan dan
kadar jangkitan penyakit 'cervical carcinoma' yang tinggi. Kesan dan bahaya
hubungan seks rambang dan di luar tabii telah disebut di dalam
sebuah hadis yang diucapkan 1400 tahun dahlu. Perkataan
'kelucahan' mencakupi perzinaan, saya difahamkan: hubungan
sejenis, hubungan dengan binatang, dan lain-lain hubungan seks
yang dilarang. Dan kita perlu melihat penyakit Herpes dan Aids
sebagai contoh penyakit-penyakit baru dan pada saat ini penyakit
yang belum ditemui penawarnya."
Hari ini kita boleh memahami kepentingan hadis ini kerana
hubungan sejenis, pelacuran, dan kelucahan telah semakin merebak
malahan dibenarkan oleh undang-undang di banyak negara barat.
Hanya beberapa tahun selepas revolusi seks, penyakit ini yang
dikatakan oleh Dr. Persaud sebagai semakin merebak dan
sebahagiannya, seperti Aids, memberi masalah kesihatan yang
serius hari ini. Sabda-sabda Rasulullah
memang amat tepat. Aids
(lihat gambar 7.3) ialah satu contoh terbaik penyakit yang tidak
ujud sebelum ini, tetapi kini semakin merebak dengan cepatnya
dan ramai manusia risau jika mereka menjangkitinya.
Gambar. 7.3
(Scanning Electron Micrograph (SEM) of the surface of a T-Lymphocyte (pink) infected with HIV)
Kita
terhutang budi kepada Professor Persaud diatas usaha beliau.
Bila kami menanya beliau mengenai fenomena ini yang beliau amat
arif dan beliau telah kaji, kata beliau:
"Saya
nampak Nabi Muhammad
seorang manusia biasa. Dia tidak boleh membaca atau menulis.
Malahan dia buta huruf. Kita bercakap mengenai 1400 tahun lalu
disini. Ada seorang manusia yang buta huruf membuat
pengumuman-pengumuman dan kenyataan-kenyataan yang amat menepati
sains. Secara peribadi saya tidak nampak ini berlaku secara
tidak sengaja, terdapat terlalu banyak kes-kes ketepatan ini
dan, seperti Dr. Moore, saya tiada masalah dalam hal ini bahawa
ini ialah suatu insprirasi atau wahyu dari Tuhan yang
menyebabkan dia membuat kenyataan-kenyataan tersebut."
Wahyu-wahyu
tersebut telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad
dari Allah
. Allah
mewahyukan dari ilmu-ilmuNya seperti yang Allah
firmankan:
...
tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah
diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya.... [Qur'aan 4:166]
Kitab ini, Al-Quran, ialah Panduan, Bukti, Kebenaran yang
terbukti dan kekal bersama kita sehingga akhir zaman. -----------------------------------------------------------
|