www.SalamKu.com

 

KANDUNGAN

 Muka Depan
 Prakata | Aluan
 Apa itu Islam?
 Qur'aan
 Muhammad Sal-lal-lahu-alaihi-wassalam  
 Islam & Sains
 Qur'aan & Sains Moden  
 Penciptaan Manusia      

 Kesan Kelucahan

 Tubuh Manusia
  Asal Usul Bumi dan Geologi
 Laut & Lautan
 Astronomi
 Fakta-fakta Sains
 Cahaya Kebenaran
 Penjejak Kebenaran

 Nota Akhir
 Bibliographi
 FAQ's
 Peta Laman | Index
 Sign Up | Tell a Friend
 Hubungi Kami

 ALUAN

P r i n t  T h i s  A r t i c l e

  -----------------------------------------------------------

 ALU-ALUAN

Preface Isi kandungan buku ini pada asalnya dipersembahkan dalam bentuk pita video, di mana beberapa pertemuan dan dialog diadakan dengan ahli-ahli sains yang terkemuka dari pelbagai bidang. Ini diadakan untuk memeriksa fakta-fakta saintifik yang dinyatakan di dalam beberapa ayat-ayat Al-Quran, dan untuk menonjolkan hakikat bahawa ugama Islam menggalakkan pengkajian sains dan penimbaan ilmu tanpa apa-apa jua perbezaan diantara initisari Al-Quran dan fakta-fakta saintifik.

 Ahli-ahli sains yang terlibat di dalam dialog ini semuanya bukan Muslim. Kebanyakan mereka menerangkan banyak fakta-fakta saintifik yang baru sahaja ini ditemui dan selepas bertahun-tahun mengkaji dan mempelajarinya. Apabila mereka diberitahu bahawa fakta-fakta saintifik yang baru sahaja mereka temui itu telah pun dinyatakan samada secara terus atau tersirat di dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun dahulu, mereka merasa terkejut. Komen-komen mereka pelbagai, namun kebanyakan mereka mengakui bahawa Al-Quran ini mustahil datang dari manusia atau sumber biasa. Malahan, beberapa orang dari mereka terus yakin dan mengakui bahwa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam  ialah seorang Rasul Allah Allah. Salah seorang dari mereka telah memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah Shahadah dan menjadi seorang Muslim. .

 Apabila pakar-pakat sains tersebut mengakui hakikat-hakikat ini, mereka sebenarnya mempamirkan satu bukti kebenaran Islam di depan rakan sejawat mereka dan di depan orang-orang yang kurang berilmu di kalangan mereka. Mereka sebenarnya membuka pintu-pintu yang sudah lama tertutup dan membuka jalan menuju keimanan sebenar kepada Allah Allah, Tuhan sekelian alam. Jadi, apa lagi alasan-alasan dari mereka yang menjauhi kebenaran setelah terbentangnya bukti-bukti ini dan pengesahan dari ahli-ahli sains tersebut?

AllahAllah berfirman di dalam Al-Quran bermaksud: 

 Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah Allah dan kamu mengingkarinya, pada hal ada seorang saksi dari Bani Isra'il memberi keterangan mengakui (sahnya Kitab) yang sama seperti Al-Quran ini, lalu ia percayakan (Al-Quran ini dari Allah Allah ), sedang kamu dengan sombong angkuh mengingkarinya? (Tidakkah dengan yang demikian kamu bersifat zalim)? Sesungguhnya Allah Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim (yang degil dalam kekufurannya)". (Qur'aan 46:10).

AllahAllah berfirman lagi bermaksud:

 Maka sesiapa yang Allah Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sengan mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah Allah  menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Qur'aan 6:125).

Preface Dialog asal dengan ahli-ahli sains tersebut dan telah dirakam di dalam pita video bertajuk "This is The Truth" (makna: "Inilah Kebenaran"-pent). Ianya lebih berkesan dan mudah difahami oleh seorang penonton. Untuk membolehkan pertukaran idea ini boleh diikuti oleh lebih ramai orang, kami mengambil keputusan untuk menerbitkan buku ini, yang mengandungi pengesahan-pengesahan dari ahli-ahli sains yang terlibat dalam perbincangan seperti yang terkandung di dalam pita video, tanpa sebarang perubahan.

 Pita video itu juga mengandungi komen-komen panjang dari Shaykh Abdul-Majeed Az-Zindani. Komen-komen tersebut juga dibentangkan disini seperti yang diutarakan di dalam versi Bahasa Inggeris. Semua ayat-ayat Al-Quran di dalam pita video ditulis di dalam buku ini menurut terjemahan AL-Quran ke bahasa Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, yang dikemaskini dan diedit oleh the Presidency of Islamic Researches, IFTA, Call and Guidance, Saudi Arabia.

 Kami harap buku ini akan memanafaatkan mereka yang membacnya, dan semoga Allah Allah membantu mereka memahami mesej Islam, dalam pengembaraan menuju jalan yang benar.

 Abdullah M. Al-Rehaili, Riyadh
Ramadan 1415 (February, 1995)

  --------------------------------------------------------

P r i n t  T h i s  A r t i c l e
© Muzammil Haji Daud