-----------------------------------------------------------
Apa Itu Islam?
Bolehkah
kita menemui penerangan mengenai alam semesta? Ujudkah
penjelasan yang meyakinkan? Kita semua sedar tiada
keluarga yang boleh berfungsi tanpa seorang ketua, tiada
bandaraya boleh ujud dengan makmur tanpa adanya pentadbiran yang
cekap dan tiada sebuah negeri yang boleh beroperasi tanpa
seorang pemimpin. Kita juga sedar tiada apa yang boleh ujud
dengan sendirinya.
Selain
dari itu, kita juga memerhatikan bahawa alam semesta ini ujud dan
berfungsi dalam keadaan yang teratur, dan ianya telah ujud sejak
lebih berbillion tahun. Bolehkah kita katakan bahawa semua ini
berlaku secara kebetulan dan tanpa peraturan? Bolehkah kita kaitkan keujudan manusia dan seluruh alam ini dengan suatu
kebetulan sahaja. Manusia hanyalah sebahagian kecil dari seluruh
alam semesta yang besar ini, dan jika manusia merancang dan
menghargai faedah dari perancangan, maka keujudannya dan alam
semesta ini tentunya juga berasaskan satu perancangan rapi.
Ini
bermakna ada sesuatu di sebalik keujudan kita, dan ada suatu
kuasa luarbiasa yang mencipta benda-benda dari tiada kepada ada dan
memastikan semuanya berjalan teratur. Di dunia ini tentu ada
satu kuasa hebat untuk memastikan perjalanan dunia yang teratur.
Di sebalik keindahan alam semulajadi, tentu ada Yang Maha
Pencipta yang mencipta semua benda yang ujud ini untuk satu
tujuan istimewa.
Manusia
yang berfikir kenal akan Pencipta ini dan menamakannya Allah . Dia bukan manusia kerana tiada manusia yang boleh
mencipta manusia lain. Dia bukan haiwan, dan bukan juga
tumbuhan. Dia bukan berhala, bukan juga patung, oleh kerana
benda-benda tersebut tidak mampu mencipta dirinya sendiri
mahupun benda-benda lain. Dia sebenarnya ialah Perekacipta dan
Penjaga semua mereka itu. Pereka sesuatu mesti berbeza dan lebih hebat dari benda yang
direkanya.
Ada
pelbagai cara untuk mengenali Allah dan banyak yang boleh
dibincangkan mengenaiNya. Kehebatan dan keajaiban alam semesta
ini adalah seumpama buku terbuka yang kita boleh baca mengenaiNya. Selain
itu, Allah
membimbing kita melalui para RasulNya dan wahyu-wahyu
yang Dia turunkan kepada manusia. Rasul-Rasul dan wahyu-wahyu ini
menerangkan semua perkara yang kita perlu tahu mengenai Maha Pencipta.
Penerimaan
menyeluruh kepada ajaran dan panduan dari Yang Maha Pencipta
seperti yang diturunkan kepada para RasulNya ialah ugama Islam.
Islam mengajar bahawa Allah
itu satu dan Yang
Maha Kuasa, yang menyebabkan manusia menyedari erti alam semesta
ini dan kedudukannya di situ. Keimanan ini membebasklan manusia
dari sebarang ketakutan dan kepercayaan karut kerana keimanan
membuatkan dia menyedari keujudan Allah
Yang Maha Kuasa, dan
tanggungjawabnya kepada Allah.
Keimanan
ini mesti diterjemahkan dan diuji melalui amalan kerana keimanan sahaja
tidak mencukupi. Keimanan kepada Tuhan Yang Satu memerlukan kita
melihat manusia sebagai satu keluarga dibawah kekuasaan Yang
Maha Pencipta, Pemberi Rezeki kepada semua. Islam menolak konsep
manusia terpilih. Sebaliknya Islam menetapkan keimanan kepada
Maha Pencipta dan amalan solehlah yang merupakan jalan ke
syurga. Justeru, hubungan terus dengan Allah ujud tanpa
memerlukan
orang tengah.
Islam
bukanlah satu ugama baru. Sebenarnya Islam adalah mesej dan
panduan sama yang telah Allah
berikan kepada semua
Rasul-RasulNya seperi Adam, Idris, Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishak,
Daud, Musa, Isa, dan Muhammad . Walaubagaimanapun, mesej yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad
ialah Islam yang telah lengkap dan
dalam bentuk terakhir.
Al-Quran
pula ialah firman-firman Allah
dan sumber asas ajaran dan
perundangan Islam. Ia membincangnkan persoalan kepercayaan,
amalan baik, sejarah manusia, penyembahan Tuhan, ilmu,
kepintaran, hubungan manusia dengan Tuhan, dan hubungan sesama
manusia. Ia juga mengandungi ajaran lengkap dari mana kita boleh
membina satu sistem yang hebat, keadilan sosial, ekonomi,
politik, perundangan, dan hubungan antarabangsa. Semuanya adalah
isi penting di dalam Al-Quran.
Manakala
Hadis pula ialah ajaran, sabda, pengesahan, dan perbuatan
Nabi Muhammad yang
dikumpulkan dengan teliti oleh para sahabat baginda
. Hadis berfungsi menerangkan ayat-ayat Al-Quran.
-----------------------------------------------------------
Arkaanul-Eeman:
Rukun Iman (Kepercayaan)
Seorang Muslim
sejati mesti mempercayai rukun-rukun iman berikut:
-
Kepercayaan kepada Tuhan Yang Satu (Allah), Maha Agung, Tidak
Berkesudahan, Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Pencipta,
Maha Pemberi Rezeki. Dia tiada anak, dan tidak pula
diberanakkan, dan tiada apa pun yang serupa denganNya.
-
Kepercayaan kepada Rasul-Rasul Allah tanpa membeza-bezakan
di antara mereka. Setiap bangsa ada diutuskan Pemberi amaran
atau Rasul dari Allah . Mereka dipilih oleh Allah
untuk
mengajar manusia dan menyebarkan wahyuNya. Al-Quran menyebut
sebahagian daripada mereka, dan Nabi Muhammad
ialah Rasul terakhir dan penutup kepada sejarah kerasulan.
-
Kepercayaan kepada kitab-kitab dan wahyu-wahyu Allah dengan
menerima mereka sebagai cahaya pembimbing yang diterima
Rasul-Rasul untuk digunakan sebagai panduan membawa umat
mereka menuju jalanNya. Di dalam Al-Quran, rujukan khusus
diberikan kepada kitab-kitab Nabi Ibrahim, Musa,Daud, dan
Isa 'alaihissalam. Namun, sejak sekian lama sebelum diwahyukan kitab
Al-Quran kepada Nabi Muhammad , sebahagian dari isi kandungan
kitab-kitab tersebut telah hilang atau dipinda. Kitab Allah
yang kekal asli dan lengkap hanyalah Al-Quran. Ianya kekal asli
seperti mana pada mula ianya diwahyukan kepada
Nabi Muhammad .
-
Kepercayaan kepada malaikat-malaikat pesuruh Allah ,
mengakui mereka sebagai makhluk yang tidak membuat dosa, dan
juga makhluk yang tidak memerlukan makanan, minuman, mahupun
rehat. Mereka ialah hamba Allah yang diberi penghormatan dan
diberi tugas-tugas tertentu dan menghabiskan malam dan
siannya untuk menyembah Allah. Mereka patuh kepada perintah
Allah .
-
Kepercayaan kepada Hari Kiamat dan Alam Akhirat, mengakui
bahwa alam semesta ini akan musnah suatu ketika nanti, dan
mereka yang telah mati akan dibangkitkan semula untuk
diadili. Manusia yang mempunyai rekod amalan soleh akan
diberi ganjaran sebaik-baiknya akan dimasukkan ke dalam
Syurga Allah .
Manakala mereka yang membuat amalan jahat akan diseksa dan
dihumbankan ke dalam Neraka. Masing-masing menerima balasan
yang adil dan setimpal.
-
Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar (ketentuan Allah ),
samada baik atau buruk, yang telah ditakdirkan oleh Allah
berdasarkan ilmu dan kebijaksanaanNya. Tiada apa pun boleh
terjadi di dalam kerajaan Allah
tanpa keinginanNya. Ilmu dan kuasa Allah
menguasai semua makhlukNya. Dia Maha Bijaksana dan Maha
Mengasihani, dan apa juga tindakanNya mesti mempunyai hikmah
tertentu. Jika ini yang kita tanam di dalam hati dan minda
kita, maka kita mesti menerima dengan redha apa jua takdir
yang ditimpakanNya keatas kita walaupun mungkin kita tidak
mampu memahaminya atau mungkin kita berpendapat ianya buruk.
Keimanan
tanpa amalan tidak diterima oleh Islam kerana keimanan itu suatu
yang sensitif dan boleh menjadi begitu berpengaruh. Apabila
keimanan tidak disusuli dengan amalan soleh, kekuatan dan kuasa
mengerakkan semangatnya akan akan hilang.
-----------------------------------------------------------
Arkaanul-Islam: Lima Rukun Islam
(Amalan)
-
Shahadatain (Penyaksian): Mengakui bahwa tiada yang
berhak disembah selain dari Allah
(Maha Pencipta), dan Nabi Muhammad
ialah Rasul Allah .
-
Solat: Penyembahan kepada Allah
sebanyak lima kali sehari. Amalan ini menguatkan keimanan
kepada Allah dan mendorong manusia meningkatkan tahap moral
mereka. Ia menyucikan hati dan menghalang manusia dari
melakukan amalan mungkar:
- Salaatul-Fajr (Sembahyang Subuh)
- Salaatul-Zuhur (Sembahyang sekitar
tengahari)
- Salaatul-Asar (Sembahyang petang)
- Salaatul-Maghrib (Sembahyang sekitar
matahari terbenam)
- Salaatul-Isha (Sembahyang Malam)
-
Zakaah (Sedekah): Menurut istilah, makna ringkas
Zakaah ialah penyucian. Manakala makna teknikalnya pula
ialah sejumlah wang atau barangan yang dibelanjakan oleh
seorang Muslim setiap tahun kepada mereka yang layak
berasaskan jumlah wang atau barang yang disimpannya.
Kepentingan zakat lebih dari sekadar untuk bantuan
kemanusiaan dan sosio-politik sahaja.
-
Puasa: Di bulan Ramadan, penganut Islam bukan hanya
menghindari makanan, minuman, dan hubungan suami-isteri dari
subuh hingga ke senja, mereka juga disuruh supaya
menghindari niat dan kehendak jahat. Ramadan mengajar mereka
erti kasih-sayang, amanah, dan kesungguhan. Ia juga
menyuburkan rasa tanggungjawab sosial, kesabaran, dan kuasa
diri.
-
Ibadah Haji (Perjalan ke Mekah): Ianya wajib
dilakukan sekali untuk seumur hidup bagi mereka yang mampu
dari segi kewangan dan kesihatan. Ibadat Haji adalah
perhimupnan tahunan terbesar di mana umat Islam bertemu dan
kenal-mengenal diantara satu sama lain, mempelajari
permasalahan mereka, dan mempertingkatkan perhubungan
diantara mereka tanpa sedikit pun perasaan prejudis atau
prasangka berdasarkan kebangsaan, kesukuan mahupun status.
Lagipun semua manusia adalah sama sahaja pada pandangan
Allah .
Jadi ibadat Haji membuktikan semangat universal Islam dan
semangat persaudaraan dan persamaan diantara sesama Muslim.
-----------------------------------------------------------
|