www.SalamKu.com

 

Kandungan























 Muka Depan
 Prakata | Aluan
 Apa itu Islam?
 Qur'aan
 Muhammad Sal-lal-lahu-alaihi-wassalam  
 Islam & Sains
 Qur'aan & Sains Moden  
 Penciptaan Manusia      

 Kesan Kelucahan

 Tubuh Manusia
  Asal Usul Bumi dan Geologi
 Laut & Lautan
 Astronomi
 Fakta-fakta Sains
 Cahaya Kebenaran
 Penjejak Kebenaran

 Nota Akhir
 Bibliographi
 FAQ's
 Peta Laman | Index
 Sign Up | Tell a Friend
 Hubungi Kami

 PRAKATA

P r i n t  T h i s  A r t i c l e

  -----------------------------------------------------------

 PRAKATA
Oleh Suruhanjaya Tanda-Tanda Saintifik Dari Al-Quran & Hadis 

 Inilah kebenaran, dan kebenaran terletak diatas pengetahuan manusia mengenai hakikat dirinya. Berasaskan kepada fakta itu, dan mengambil kesempatan diatas kelebihan tersebut, ianya membolehkan manusia mengetahui hakikat mengenai dunia sekelilingnya, hubungan mereka dengannya, dan hak dan tanggungjawab mereka kepada dunia di sekelilingnya.

 Walaubagaimanapun, kebenaran mesti mempunyai cara yang boleh memandu manusia ke arahnya, dan menerangkan hakikatnya kepada mereka. Itulah mesej yang penting untuk pembelajaran dan arahan. Mesej yang Allah wahyukan kepada sesiapa jua yang Dia suka daripada hamba-hamba yang terpilih, seperti Rasul-RasulNya dan wali-waliNya yang Dia berikan pengetahuan.

 Daripada ilmuNya, Dia menurunkan wahyuNya kepada mereka, supaya mereka dipandu kearah kebenaran dan diperkenalkan kepada kebenaran itu. Dan sebagai rahmat dan panduan kepada dunia, pada setiap masa dan tempat, Rasul-Rasul dan hamba-hamba terpilh diutuskan kepada makhluk-makhlukNya dan hamba-hambaNya yang lain.

Allah Allah berfirman bermaksud:

 ..., dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar. (Qur'aan 13:7)

 Memandangkan tanggungjawab mencari kebenaran ini bermula sejak zaman dahulu kala lagi, dan setua sejarah itu sendiri, dan memandangkan ianya akan sentiasa dianggap penting dalam kehidupan, maka kebenaran akan dikurniakan oleh Allah Allah kepada setiap yang mengenalinya. Para ulamak dan ahli ilmu dianggap sebagai pewaris-pewaris Rasul yang bertanggungjawab menyampaikan mesej dan panduan supaya cahaya kebenaran dan kebaikan terus ujud di kalangan manusia.

 Oleh itu, wahyu terakhir, dinamakan Al-Quran, diturunkan untuk membimbing manusia kearah ilmu pengetahuan, dan ke arah kebenaran. Kemampuan daya fikir diiktiraf dalam usaha menimba ilmu pengetahuan ini. Ia juga memartabatkan sains dan hasil-hasilnya untuk mengajak manusia mengkaji ayat-ayat yang dibaca disamping berpandukan hadis-hadis Nabi. Dalam proses pengkajian itu, manusia bukan sahaja bakal menemui tanda-tanda dunia yang nyata, tetapi juga memahami rahsia kerohanian.

 Allah Allah memberi kepastian kepada manusia dalam usaha mereka menimba ilmu pengetahuan, jika mereka berniat ikhlas dan benar-benar bertakwa kepada Allah Allah dan menunaikan tanggungjawab mereka, Dia Yang Maha Agung akan membantu mereka dan memandu mereka menuju jalan yang benar.

 Lebih dari itu, Dia juga menawarkan janji yang pasti bahwa jika para pengkaji dan pemikir menemui kesukaran dalam usaha mereka, dan bila mereka menemui halangan, Dia Yang Maha Agung, akan membantu mereka dengan cara menjadikan penemuan fakta menjadi lebih senang. Ini ialah supaya mereka mengetahuinya melalui hidayahNya, nikmatNya, dan membantu mereka mengenalpasti fakta-fakta tersebut sebagai balasan kepada usaha dan kesungguhan mereka, kerana Allah Allah Maha Mengetahui mengenai mereka.

Saudaraku, lihat firman Allah Allah bermaksud:

 Dan katakanlah (wahai Muhammad):  "Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan ni'mat-ni'matNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata)"; dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan. [Qur'aan 27:93]

 Justeru, tiada sesiapa pun mempunyai alasan, dan justeru itu kehendak Allah akan dilaksanakan keatas makhluk-makhluknya melalui makhluk-makluknya yang sedar dan bertanggungjawab yang mencari kebenaran, dan keatas makhluknya yang mungkin tidak endah atau tidak begitu memperdulikan kebenaran,

AllahAllah berfirman bermaksud:

 Dan orang-orang yang berhujjah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah sesudah disambut dan diterima ugamaNya - bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta beroleh azab seksa yang seberat-beratnya. [Qur'aan 42:16]

  -----------------------------------------------------------

 
P r i n t  T h i s  A r t i c l e
© Muzammil Haji Daud