Make your own free website on Tripod.com

www.SalamKu.com

 

: : Muka Depan  : : Berita Dunia  

Disclaimer: Artikel ini diterjemahkan dengan keizinan laman web http://www.it-is-truth.org 


KANDUNGAN

 Muka Depan
 Prakata | Aluan
 Apa itu Islam?
 Qur'aan
 Muhammad Sal-lal-lahu-alaihi-wassalam  
 Islam & Sains
 Qur'aan & Sains Moden  Penciptaan Manusia      

 Kesan Kelucahan

 Tubuh Manusia
  Asal Usul Bumi dan Geologi
 Laut & Lautan
 Astronomi
 Fakta-fakta Sains
 Cahaya Kebenaran
 Penjejak Kebenaran

 Nota Akhir
 Bibliographi
 FAQ's
 Peta Laman | Index
 Sign Up | Tell a Friend
 Hubungi Kami

  -----------------------------------------------------------

 Kemunculan penyakit-penyakit baru disebabkan merebaknya kelucahan (lewdness).

Aerosol Bacteria White Blood Cells

 Professor T.V.N. Persaud: "Saya tiada masalah pada pendapat saya bahawa ini ialah inspirasi dari tuhan (divine inspiration) atau wahyu yang menyebabkan beliau mengucapkan kenyataan-kenyataan tersebut."

 Kami perkenalkan kepada anda Dr. T.V.N. Persaud, Profesor bahagian Kajian Tubuh, Profesor bahagian Pediatrik dan Kesihatan Kanak-Kanak, dan Profesor bahagian Obstetrics, Gynecology, dan Sains Pembiakan di University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Canada. Ketika di universiti itu, beliau pernah bertugas sebagai Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh selama 16 tahun. Profesor Keith Moore memperkenalkan beliau kepada kami dan dia percaya terdapat para cendikiawan dan ahli sains yang sentiasa mencari Kebenaran. Profesor Persaud salah seorang dari mereka. Beliau seorang yang terkenal di bidangnya dan telah menulis atau menyunting 22 buku teks dan mengeluarkan 181 kertaskerja-kertaskerja saintifik (Scientific paper). Pada tahun 1991, beliau telah menerima anugerah J.C.B. Grant Award dari Persatuan Ahli Anatomi Kanada. Beliau memasukkan di dalam buku-buku tersebut ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang beliau telah disampaikannya di beberapa persidangan yang beliau hadiri. Ini ialah satu daripada hadis-hadis yang Profesor Persaud telah kaji:

 Empatpuluh dua malam selepas tumpahan air mani (tahap nutfah-pent), Allah  Allah menghantar malaikat untuk membentuknya, dan membina pendengaran, penglihatan, kulit, otot-otot dan tulang-tulang. Kemudian malaikat bertanya: O Tuhan, adakah dia ini lelaki atau perempuan? Allah Allah menentukan apa yang dia suka dan malaikat merekod. [Saheeh Muslim, Kitaab Al-Qadar]

Diterjemahkan terus dari apa yang dicatatkan di laman it-is-truth.

 Gambar ini menunjukkan janin pada hari ke 35 (tiada gambar-pent) yang belum menampakkan bentuk manusia. Dan gambar berikutnya menunjukkan janin yang sama pada hari ke-42. Justeru, Dr. Persaud berkata, kita belum boleh mengecamkan bentuk manusia. Kita lihat gambar-gambar ini pula yang dibuat oleh CIBA menunjukkan janin pada hari ke 42 (Gambar 7.1). Seminggu kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus selepas 42 hari, gambar itu bertukar sepenuhnya seperti yang dapat kita lihat (gambar 7.2). Hadis Nabi yang menerangkan perkara ini bermaksud:

 Empatpuluh dua malam selepas tumpahan air mani (tahap nutfah-pent), Allah menghantar malaikat untuk membentuknya, dan membina pendengaran, penglihatan, kulit, otot-otot dan tulang-tulang...

Human Embryo at 7 weeks
Gambar. 7.1


Stages of development of Human Face (in days)
Gambar. 7.2

 Dr. Persaud menyampaikan banyak kajian-kajian mengenai hubungan di antara Al-Quran dan Hadis dengan sains moden. Berikut ini satu lagi hadis yang dikaji Profesor Persaud dan beliau menjadikannya satu dari tajuk penyampaiannya:

 Jika kelucahan ujud di kalangan manusia dan menjadi perbuatan biasa dan terbuka, wabak dan penyakit baru yang tidak ujud sebelum ini akan merebak di kalangan mereka. [Ibn Maajah, Al-Hakim] *Diterjemahkan secara terus dari catatan di lama it-is-truth.

 Mari kita baca penerangan Profesor Persaud mengenai hadis ini:

 "Memang diterima umum perubahan yang berlaku di uterus cervix ada kaitan dengan umur wanita, kekerapan hubungan seks, dan jumlah pasangan seks mereka. Beberapa kajian wabak penyakit telah menunjukkan kaitan penting diantara hubungan seks dengan ramai pasangan dan kadar jangkitan penyakit 'cervical carcinoma' yang tinggi. Kesan dan bahaya hubungan seks rambang dan di luar tabii telah disebut di dalam sebuah hadis yang diucapkan 1400 tahun dahlu. Perkataan 'kelucahan' mencakupi perzinaan, saya difahamkan: hubungan sejenis, hubungan dengan binatang, dan lain-lain hubungan seks yang dilarang. Dan kita perlu melihat penyakit Herpes dan Aids sebagai contoh penyakit-penyakit baru dan pada saat ini penyakit yang belum ditemui penawarnya."

 Hari ini kita boleh memahami kepentingan hadis ini kerana hubungan sejenis, pelacuran, dan kelucahan telah semakin merebak malahan dibenarkan oleh undang-undang di banyak negara barat. Hanya beberapa tahun selepas revolusi seks, penyakit ini yang dikatakan oleh Dr. Persaud sebagai semakin merebak dan sebahagiannya, seperti Aids, memberi masalah kesihatan yang serius hari ini. Sabda-sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam memang amat tepat. Aids (lihat gambar 7.3) ialah satu contoh terbaik penyakit yang tidak ujud sebelum ini, tetapi kini semakin merebak dengan cepatnya dan ramai manusia risau jika mereka menjangkitinya.

Scanning Electron Micrograph (SEM) of the surface of a T-Lymphocyte (pink) infected with HIV   Scanning Electron Micrograph (SEM) of the surface of a T-Lymphocyte (pink) infected with HIV
 Gambar. 7.3
(Scanning Electron Micrograph (SEM) of the surface of a T-Lymphocyte (pink) infected with HIV)

 Kita terhutang budi kepada Professor Persaud diatas usaha beliau. Bila kami menanya beliau mengenai fenomena ini yang beliau amat arif  dan beliau telah kaji, kata beliau:

 "Saya nampak Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam seorang manusia biasa. Dia tidak boleh membaca atau menulis. Malahan dia buta huruf. Kita bercakap mengenai 1400 tahun lalu disini. Ada seorang manusia yang buta huruf membuat pengumuman-pengumuman dan kenyataan-kenyataan yang amat menepati sains. Secara peribadi saya tidak nampak ini berlaku secara tidak sengaja, terdapat terlalu banyak kes-kes ketepatan ini dan, seperti Dr. Moore, saya tiada masalah dalam hal ini bahawa ini ialah suatu insprirasi atau wahyu dari Tuhan yang menyebabkan dia membuat kenyataan-kenyataan tersebut."

 Wahyu-wahyu tersebut telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dari Allah Allah . Allah Allah mewahyukan dari ilmu-ilmuNya seperti yang Allah Allah firmankan: 

... tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya.... [Qur'aan 4:166]

 Kitab ini, Al-Quran, ialah Panduan, Bukti, Kebenaran yang terbukti dan kekal bersama kita sehingga akhir zaman.

  -----------------------------------------------------------

P r i n t  T h i s  A r t i c l e
Muzammil Haji Daud