www.SalamKu.com

 

: : Muka Depan  : : Berita Dunia  

Disclaimer: Artikel ini diterjemahkan dengan keizinan laman web http://www.it-is-truth.org 


KANDUNGAN

 Muka Depan
 Prakata | Aluan
 Apa itu Islam?
 Qur'aan
 Muhammad Sal-lal-lahu-alaihi-wassalam  
 Islam & Sains
 Qur'aan & Sains Moden  
 Penciptaan Manusia      

 Kesan Kelucahan

 Tubuh Manusia
  Asal Usul Bumi dan Geologi
 Laut & Lautan
 Astronomi
 Fakta-fakta Sains
 Cahaya Kebenaran
 Penjejak Kebenaran

 Nota Akhir
 Bibliographi
 FAQ's
 Peta Laman | Index
 Sign Up | Tell a Friend
 Hubungi Kami

  -----------------------------------------------------------

 Tahap-tahap Penciptaan Manusia (A)

Human Sperm Human Zygot Female OvumCreation Of Man

 AllahAllah mengutuskan Nabi Muhammad, sallallahu 'alaihi wa sallam (sallAllahu ‘alaihi wa sallam), sebagai Rasul untuk seluruh alam. AllahAllah berfirman di dalam Al-Quran bermaksud:

 Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Qur'aan 21, Al-Anbiyaa' :107).

 Dan Nabi Muhammad ialah Rasul Allah kepada puak badwi di padang pasir sebagaimana ia juga Rasul Allah untuk ahli sains yang berkerja di makmal moden. Sebelum zaman Nabi Muhammad, setiap rasul hanyalah diutuskan khusus untuk kaumnya sahaja:

...dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar. (Qur'aan 13, Ar-Ra'd :7).

 Mesej Nabi Muhammad’s sallallahu 'alaihi wa sallam (sallAllahu ‘alaihi wa sallam) adalah untuk semua manusia. Oleh itu,  Allah Allah mengurniakan baginda mukjizat sebagai bukti kepada mesej baginda, mukjizat yang berlainan dari mukjizat-mukjizat rasul-rasul lalu. Bukti-bukti (mujizat) rasul-rasul lalu hanya boleh dilihat oleh umat di zaman itu dan mungkin oleh generasi sejurus selepas itu sahaja. Kemudian Allah Allah akan mengutuskan rasul yang baru disokong dengan bukti-bukti mukjizat baru untuk mengembalikan keimanan umatnya. Berbeza dengan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Oleh kerana baginda sallallahu 'alaihi wa sallam diutuskan sebagai Nabi dan Rasul terakhir sehingga Hari Kiamat, maka Allah Allah mengurniakan kepada baginda sallallahu 'alaihi wa sallam mukjizat yang berpanjangan sebagai bukti sokongan.

 Jika kita menyoal seorang Yahudi atau Kristian untuk menunjukkan mukjizat Nabi Musa atau Nabi Isa alaihissalam, mereka terpaksa mengaku ia di luar kuasa manusia untuk menunjukkan semula mujizat-mukjizat itu. Tongkat Nabi Musa 'alaihissalam sudah tiada dan tidak boleh diperbuatkan semula. Begitu juga Nabi Isa 'alaihissalam tidak boleh lagi diminta untuk menghidupkan orang mati. Bagi kita mukjizat-mukjizat ini telah tercatat dalam lipatan sejarah. Berbeza dengan Muslim. Jika seorang Muslim ditanya mengenai mukjizat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam yang paling unggul, dengan senangnya dia boleh menunjukkan kitab Al-Quran. Ini kerana AL-Quran ialah mukjizat yang kekal di tangan kita. Ianya sebuah kitab terbuka untuk semua orang mengkaji isi kandungannnya.

AllahAllah berfirman di dalam al-Quran bermaksud: 

 Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahikan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. (Qur'aan 6, Al-An'aam :19).

 Kemukjizatan Al-Quran terserlah di dalam ilmu yang dikandunginya. Allah Allah Yang Maha Agung befirman:

 ... tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya...Qur'aan 4:166).

 Oleh itu, ahli sains dan cendikiawan, para profesor dari pelbagai universiti yang melambangkan kecemerlangan pemikiran manusia, telah berpeluang meneliti ilmu pengetahuan yang terkandung di dalam kitab Allah Allah ini. Di zaman ini sains telah menemui banyak penemuan-penemuan baru mengenai alam semesta, walaupun Al-Quran sendiri telah pun membincangkan topik alam semesta dan manusia lama sebelum itu. Oleh itu, apakah hasilnya?

 Kami perkenalkan kepada anda Profesor Emeritus Keith Moore, salah seorang dari ahli sains terkemuka di bidang kajian tubuh manusia dan kajian embrio (Anatomy and Embriology). Kami meminta Profesor Moore untuk membuat analisa saintifik kepada beberapa ayat-ayat Al-Quran tertentu dan hadis-hadis nabi yang berkaitan dengan bidang kepakaran beliau.

 Professor Moore ialah penulis buku bertajuk "The Developing Human" ("Manusia Yang Berkembang"). Beliau ialah Profesor Emeritus dalam bidang Kajian Tubuh dan Bioloji Sel (Anatomy and Cell Biology) di University of Toronto, Kanada. Disitu, beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Dekan (Associate Dean) di Jabatan Sains Asas (Basic Science), Fakulti Perubatan dan bertugas selama 8 tahun sebagai Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh (Department of Anatomy). Dr. Moore pernah bertugas di University of Winnipeg, Kanada selama sebelas tahun. Beliau telah memimpin banyak persatuan-persatuan pengkaji tubuh antarabangsa dan Majlis Kesatuan Sains Bioloji. Profesor Moore telah dipilih untuk menganggotai Royal Medical Association of Canada, International Academy of Cytology, the Union of American Anatomists dan the Union of North and South American Anatomists. Pada tahun 1984, beliau telah menerima anugerah berprestij dalam bidang kajian tubuh di Kanada, iaitu anugerah J.C.B. Grant Award dari Persatuan Pengkaji Tubuh Kanada (the Canadian Association of Anatomists).

 Beliau telah menulis banyak buku-buku berkaitan kajian tubuh klinikal dan kajian embrio. Lapan daripadanya digunakan sebagai buku rujukan di sekolah-sekolah* perubatan dan telah diterjemahkan ke enam bahasa.

*sekolah bermakna fakulti di universiti.

 Apabila kami meminta Profesor Moore untuk mengkaji ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi, beliau berasa takjub. Beliau berasa pelik bagaimana Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, pada empatbelas kurun yang lalu, mampu menerangkan mengenai embrio dan tahap-tahap perkembangannya dengan terperinci dan tepat sekali sedangkan ianya hanya ditemui oleh ahli sains sejak tiga puluh tahun lalu sahaja. Ketakjuban beliau bertukar menjadi penghormatan terhadap ayat-ayat tersebut. Beliau memberikan pandangan ini kepada rakan-rakan intelek dan kelompok saintifiknya. Malahan beliau memberikan syarahan di atas topik keserasian di antara kajian embrio moden dengan Al-Quran dan Sunnah dimana beliau berkata:

 Saya berbesar hati untuk membantu menerangkan kenyataan-kenyataan dari Al-Quran mengenai kejadian manusia. Jelas bagi saya bahawa kenyataan-kenyataan ini diberikan kepada Muhammad dari Allah Allah, atau Tuhan, oleh kerana kesemua ilmu-ilmu ini tidak ditemui sehingga beberapa kurun selepas beliau. Ini membuktikan kepada saya Muhammad ialah seorang Rasul Allah Allah.

 Fikirkanlah apa yang diucapkan oleh seorang ahli kajian embrio ternama dan terhormat ini setelah mengkaji ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan bidang beliau, dan kesimpulan beliau ialah Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam  mesti seorang Rasul Allah Allah.

 AllahAllah berfirman di dalam Al-Quran mengenai tahap-tahap penciptaan manusia:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; lalu Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah ('alaqah); lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging (mudghah); kemudian Lami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balutkan tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifatnya keadaannya. Mala nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Qur'aan 23, Al-Mu'minun :12-14).

 Perkataan Arab 'alaqah mempunyai tiga makna-makna. Pertama ia bermakna "lintah". Kedua "benda yang tergantung". Dan ketiga "ketulan darah".

 Apabila membandingkan lintah air tawar dengan embrio pada tahap 'alaqah, Profesor menemui satu persamaan yang menakjubkan di antara kedua-duanya. Beliau menyimpulkan embrio pada tahap 'alaqah mempunyai rupabentuk yang amat serupa dengan lintah. Profesor Moore meletakkan gambar embrio berdekatan dengan gambar lintah. (Lihat gambar 3.1) Beliau menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada ahli-ahli sains dalam beberapa persidangan.

(A) Human Embryo (B) Leech
Gambarajah 3.1

 Makna kedua perkataan 'alaqah ialah "benda yang tergantung", dan kita boleh lihat embrio terlekat di dalam uterus (rahim) ibunya ketika tahap 'alaqah. Selain itu, makna ketiga perkataan 'alaqah ialah "ketulan darah". Penting itu difahami, seperti yang disebut oleh Profesor Moore, bahawa ketika tahap 'alaqah, embrio melalui beberapa proses dalaman yang diketahui umum, seperti pembentukan darah dalam pembuluh darah yang tertutup, sehinggalah kitaran metabolik sempurna melalui placenta. Ketika tahap 'alaqa, darah dikumpul dalam pembuluh darah yang tertutup dan sebab itulah embrio juga menyerupai ketulan darah disamping menyamai rupabentuk lintah. Kedua-dua keterangan ini dinyatakan di dalam satu perkataan Al-Quran 'alaqah.

 Bagaimanakah Nabi Muhammad mengetahui semua ini? Profesor Moore juga mengkaji embrio pada tahap mudghah (seperti benda yang dimamah). Beliau mengambil secebis tanah liat dan memamahnya. Kemudian beliau membandingkannya dengan gambar embrio pada tahap mudghah. Profesor Moore menyimpulkan bahawa embrio di tahap mudhgah (gambar kiri-pent) mempunyai rupabentuk yang sama dengan benda yang dimamah (Gambar 3.2) (gambar kanan). Beberapa majalah "periodical" Kanada menerbitkan kenyataan-kenyataan Profesor Moore ini. Tambahan lagi, beliau telah muncul dalam tiga program televisyen dimana beliau menekankan keserasian diantara sains moden dan apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran sejak seribu empat ratus tahun dahulu. Selepas itu beliau ditanya soalan ini: "Adakah ini bermakna tuan percaya Al-Quran ialah firman-firman Allah Allah?' Jawab beliau: "Tidak susah untuk saya percaya begitu." Profesor Moore juga ditanya: "Bagaimana anda boleh percayakan Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam sedangkan anda juga percayakan Isa Al-Masih? Jawab beliau: :Saya percaya mereka datang dari pendidikan yang sama".

Embryo: The similarities between the human fetus at the mudghah stage 'like a chewed lump' Gum : The similarities between the human fetus at the mudghah stage 'like a chewed lump'
Gambarajah. 3.2

 Jelas ahli sains moden di seluruh dunia hari ini telah menyedari bahaw: 

.. tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya...(Qur'aan 4:166).

 Justeru, ahli sains moden tidak mempunyai masalah untuk menerima Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai Rasul Allah Allah.

  -----------------------------------------------------------

P r i n t  T h i s  A r t i c l e
© Muzammil Haji Daud