www.SalamKu.com

 

: : Muka Depan  : : Berita Dunia  

Disclaimer: Artikel ini diterjemahkan dengan keizinan laman web http://www.it-is-truth.org 


KANDUNGAN

 Muka Depan
 Prakata | Aluan
 Apa itu Islam?
 Qur'aan
 Muhammad Sal-lal-lahu-alaihi-wassalam  
 Islam & Sains
 Qur'aan & Sains Moden  Penciptaan Manusia      

 Kesan Kelucahan

 Tubuh Manusia
  Asal Usul Bumi dan Geologi
 Laut & Lautan
 Astronomi
 Fakta-fakta Sains
 Cahaya Kebenaran
 Penjejak Kebenaran

 Nota Akhir
 Bibliographi
 FAQ's
 Peta Laman | Index
 Sign Up | Tell a Friend
 Hubungi Kami

  -----------------------------------------------------------

 Mengenai Tubuh Manusia

  

  -----------------------------------------------------------

 Mengenai Sifat Merasa oleh Kulit

 Dr. Tagatat Tejasen: "Laa Ilaahaa IllAllah Muhammad Rasool Allah!"

Illustration of Human Skin Anatomy Orang ini sedang mengucap dua kalimah shahadah yang menjadikannya seorang Muslim. Peristiwa ini berlaku ketika berlangsungnya Persidangan Perubatan Saudi Kelapan di Riyadh. Beliau ialah Profesor Tejatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh di Chiang Mai University, Thailand. Sebelum itu, beliau bertugas sebagai Dekan Fakulti Perubatan di universiti yang sama.

 Kami bentangkan kepada Profesor Tejasen beberapa ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan kepakaran beliau di bidang kajian tubuh. Beliau memberi komen bahawa kitab-kitab Buddha juga memgandungi keterangan yang tepat mengenai tahap-tahap perkembangan embrio. Kami beritahu beliau bahawa kami amat berminat dan tidak sabar mahu melihat keterangan-keterangan itu dan mengenali kitab-kitab tersebut. Setahun kemudian, Profesor Tejasen kembali ke King Abdul Aziz University sebagai pemeriksa luar. Kami mengingatkan beliau mengenai kenyataan yang beliau buat setahun lalu. Namun, beliau meminta maaf dan berkata sebenarnya beliau membuat kenyataan itu tanpa mengesahkannya dahulu. Walaubagaimanapun, apabila memeriksa kitab-kitab Buddha, beliau tidak menemui sebarang keterangan mengenai subjek itu (perkembangan embrio-pent).

 Sejurus kemudian, kami bentangkan kepada beliau satu syarahan yang ditulis oleh Profesor Keith Moore mengenai keserasian diantara kajian embrio moden dengan keterangan-keterangan di dalam Al-Quran dan Hadis. Kami bertanya Profesor Tejasen jika beliau mengenali Profesor Keith Moore. Beliau menjawab bahawa beliau memang mengenalinya, sambil menambah Profesor Moore ialah salah seorang dari ahli sains terkemuka di bidang itu (kajian embrio-pent).

 Selepas meneliti artikel itu, Profesor Tejasen berasa amat kagum. Kami bertanya beliau beberapa soalan dalam bidang kepakarannya. Salah satu dari soalan-soalan itu berkaitan dengan penemuan moden dalam bidang kajian kulit (dermatology) mengenai sifat merasa yang dimiliki oleh kulit. Jawab Dr. Tejasen: "Ya jika kesan kebakaran agak dalam."

 Dr. Tejasen diberitahu: Awak akan berminat untuk mengetahui bahawa di dalam kitab ini, Kitab Suci Al-Quran, terdapat satu rujukan sejak 1400 tahun dahulu yang menerangkan tentang saat penyiksaan terhadap orang kafir di dalam api neraka, dan ia menyatakan apabila kulit mereka telah musnah, Allah Allah akan mencipta kulit yang baru kepada mereka supaya mereka terus merasai penyiksaan disebabkan api neraka. Ini membayangkan pengetahuan mengenai hujung deria di dalam kulit, dan ayat tersebut bermaksud:

Fire Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Qur'aan 4, An-Nisaa' :56).

 Kami bertanya lagi: Jadi, adakah anda percaya ini ialah rujukan yang dibuat 1400 tahun lalu kepada kepentingan hujung deria rasa di dalam kulit? Dr. Tejasen menjawab: "Ya saya setuju."

 "Pengetahuan mengenai deria rasa telah ditemui sejak lama dahulu oleh kerana ia berkata jika seseorang itu membuat salah, dia akan dihukum dengan  membakar kulitnya dan selepas itu Allah Allah akan membuat kulit yang baru untuknya dan menyeliputinya supaya dia terus merasai hukuman itu. Ini bererti mereka mengetahui sejak bertahun-tahun dahulu penerima (receptor) deria rasa berada di kulit, oleh itu mereka memasang kulit yang baru."

 Kulit (lihat Gambar 8.1) ialah pusat deria rasa untuk merasai kebakaran. Justeru, jika kulit terbakar sepenuhnya, ia hilang deria rasanya. Oleh sebab itulah Allah Allah menghukum orang-orang kafir di Hari Pembalasan kelak dengan mengembalikan kulit-kulit mereka setiap masa, seperti yang difirmankan Yang Maha Suci Lagi Maha Terpuji di dalam Al-Quran bermaksud:

 TSesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Qur'aan 4, An-Nisaa' :56)..

 Kami bertanya beliau soalan berikut: 'Munasabahkah jika ayat-ayat ini disampaikan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dari sumber manusia?' Profesor Tejasen bersetuju bahawa ayat-ayat tersebut tidak mungkin bersumberkan manusia. Tetapi beliau bertanya tentang sumber ilmu itu dan dari mana Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam  menerimanya?

 Kami berkata, "Dari AllahAllah, Yang Maha Terpuji Lagi Maha Suci." Kemudian beliau bertanya lagi: "Tetapi siapa dia AllahAllah?"

 Kami menjawab: Dia ialah pencipta semua benda yang ujud ini. Jika anda mendapat kepintaran maka ianya disebabkan kerana ianya datang dariNya Yang Maha Pintar. Jika anda menemui pengetahuan mengenai alam semesta, ini ialah kerana alam semesta ini dicipta oleh Dia yang memiliki semua ilmu. Jika anda nampak kesempurnaan dalam semua ciptaan-ciptaan ini, maka ianya membuktikan semua ini adalah ciptaan Dia Yang Maha Mengetahui, dan jika anda mendapat kasih sayang, maka ini membuktikan hakikat ianya ciptaan Yang Maha Penyayang. Oleh itu, jika anda nampak ciptaan ini mempunyai susunan yang bersatu dan bekait rapat antara satu sama lain dengan sempurna, maka ianya bukti kepada ciptaan Tuhan Yang Maha Pencipta, Yang Maha Terpuji, dan Yang Suci.

Illustration of Human Skin Anatomy
Gambar 8.1

 Professor Tejasen bersetuju dengan apa yang kami katakan kepadanya. Beliau kembali ke negara asalnya dimana beliau menyampaikan beberapa syarahan mengenai ilmu dan penemuan yang baru ini. Kami diberitahu lima dari pelajar-pelajarnya memeluk Islam hasil dari syarahan-syarahan tersebut. Selepas itu, ketika Persidangan Perubatan Saudi Kelapan di Riyadh, Profesor Tejasen menghadiri beberapa siri syarahan mengenai tanda-tanda perubatan di dalam Al-Quran dan Hadis.

 Professor Tejasen menghabiskan empat hari bersama-sama beberapa orang cendikiawan, termasuk Muslim dan bukan Muslim, berbincang mengenai fenonema yang ditemui dalam Al-Quran dan Hadis ini. Pada akhir sesi-sesi itu Profesor Tejasen bangun dan berkata:

 "Sejak tiga tahun lepas saya berminat dengan Al-Quran, yang Shaykh Abdul-Majeed Az-Zindani berikan kepada saya. Tahun lepas, saya telah mendapat skrip terakhir Profesor Keith Moore dari shyakh. Beliau meminta saya menterjemahkan skrip itu kepada bahasa Thai dan memberikan beberapa syarahan kepada Muslim di Thailand. Saya telah menyempurnakan permintaannya. Anda boleh lihatnya dalan pita video yang saya hadiahkan kepada shaykh. Dari kajian saya dan dari apa yang saya pelajari sepanjang persidangan ini, saya percaya semua perkara yang dirakamkan di dalam Al-Quran 1400 tahun lalu mesti merupakan satu kebenaran, yang boleh dibuktikan secara saintifik. Memandangkan Nabi Muhammad  sallallahu 'alaihi wa sallam tidak boleh membaca mahupun menulis, Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam mestilah seorang utusan yang menyampaikan kebenaran ini yang telah disampaikan kepadanya sebagai ilmu oleh Tuhan Yang Satu Yang Maha Pencipta. Pencipta ini mestilah Allah Allah , atau Tuhan. Oleh itu, saya fikir inilah masanya untuk saya berkata "Laa ilaaha illAllah', bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Allah, 'Muhammad Rasool Allah', Muhammad itu Utusan Allah Allah ..."

 "Saya bukan sahaja belajar mengenai ilmu sains di persidangan itu, tetapi juga berpluang menemui ramai ahli-ahli sains baru dan menemui ramai kawan-kawan baru di kalangan para peserta. Perkara yang paling berharga yang saya dapat pada persidangan ini ialah 'Laa ilaaha IllAllah, Muhammad Rasool Allah', dan menjadi seorang Muslim."

 Kebenaran ini memang datang dari AllahAllah yang berfirman bermaksud:  

ADan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keteragan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. (Qur'aan 34, Saba' :6).

  -----------------------------------------------------------

P r i n t  T h i s  A r t i c l e
© Muzammil Haji Daud